*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Saya menyokong 100% pendapat fakhrull.Sepanjang pemerhatian 
>saya ,dia adalah seorang yang paling popular dlm hizbi.net
>ini.Sehinggakan jawapan-jawapannya menimbulkan kontroversi 
>dan melatahkan sang tiger

Ramai orang yang menulis dalam HizbiNet ini tidak ada nilai
ilmiah. Terutama sekali yang datang dari minda UMNO. Perhatikan
apa yang saya menulis, pasti ia ada sandaran dan rujukan 
ilmiah. Biasanya saya forwardkan apa yang saya tulis kepada
seorang ahli akademik supaya dia boleh membuat komen dan
teguran. Apa yang kita tulis, biarlah ada hujjah yang
konkrit dan nilai yang boleh dipertanggungjawabkan. Pernah
beberapa orang yang sedang menyiapkan tesis MA dan PhD
berterima kasih kepada saya kerana saya merujuk kepada
petikan-petikan buku-buku dan rujukan kitab-kitab. Mereka
boleh menyemak apa yang saya tulis itu benar atau tidak.
Apa yang saya tulis bukan hasil pendapat saya, tetapi
petikan dan rujukan daripada sumber-sumber ilmiah yang
sah.

Bahkan penulisan saya telah membantu mereka mencari bahan-
bahan ilmiah di perpustakaan. Ada seorang pensyarah universiti
menilai penulisan saya dan mengucapkan tahniah kerana
berbuat sesuatu yang wajar, bukan macam setengah-setengah
orang menulis semata-mata melepaskan geram.

Seterusnya, penulisan-penulisan saya akan disertai rujukan
ilmiah, bukan menulis secara orang meracau. Sebab itulah saya
tidak merasa kekok apabila menulis dalam mana-mana Forum
antarabangsa, tak kira apa tajuk..ugama, falsafah, sains,
matematik, isu-isu semasa dunia..bahkan berkenaan dengan
fenomena UFO, E-mel saya dibaca dan mendapat reaksi yang
positif. Sebenarnya sifat sukakan ilmu adalah satu mulia
seorang Islam.

Itu sekadar memberitahu....

Bacalah apa kata Al-Qur'an:

...Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat..
(Al-Mujadalah 58:11)

Terdapat satu huraian dalam kita At-Taj Al-Jami' lil_'usul,
karangan Syeikh Mansur Ali Naasif, pada jilid pertama, muka-
surat 60 yang mentafsirkan ayat "..hanya yang takut kepada
Allah terdiri dari hamba-hambaNya yang ulama..."(Surah Fatir
35:28). Disebutkan dua tafsiran tentang ayat tersebut. Pertama,
hanya ulama tulin yang benar-benar takut kepada Allah. Kedua,
Allah memandang kepada ulama yang beramal dengan ilmunya dengan 
penuh kemuliaan yang mana mereka harus berasa bangga.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke