*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hmmm..akum

saya berminat untuk mengenali Sisters in Islam....bolehkah sesiapa
berikan saya maklumat ttg organisasi ini...berapa ahlinya..bila ia wujud
...apakah topik yg cuba di perjuangkannya...apakah dasar mereka...?
kalau boleh bagi link lagi baik....wasalam

--[ ORaNG MuDE ]--
----- Original Message -----
From: Shaharuddin Saad <[EMAIL PROTECTED]>
To: 'hanafiah' <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, October 30, 2000 5:44 AM
Subject: RE: [islah-net] Islam Putar Belit


> Sisters in Islam agaknya terlupa statistik kes ROGOL ! Dari sekian
> banyak kes rogol yang dilapurkan berapa peratuskah (%) mangsa rogol adalah
> perempuan yang bertudung ???? Kalau setakat 1-2% tu maka probabiliti untuk
> perempuan bertudung dirogol amatlah KECIL sekali. Selain dari itu apakah
> Sisters in Islam lupa bahawa di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis
video
> lucah tempatan dan luar negeri. Bukankah kajian telah membuktikan bahawa
> pengaruh TV dsb ke atas manusia amatlah besar ??? Daya imaginasi yang
> terhasil kesan dari tontonan TV atau video yang berulang-ulang boleh
> menyebabkan seseorang itu hilang kewarasan fikiran dan berada dalam dunia
> fantasi ciptaannya sendiri. Sisters in Islam mesti tahu apa itu aurat dan
> apa itu bukan aurat !!!
>
>
>
> > -----Original Message-----
> > From: hanafiah [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Saturday, October 28, 2000 7:27 AM
> > To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: [islah-net] Islam Putar Belit
> >
> > Sebulan dua ini hati saya jadi begitu marah, geram dan jengkel sekali.
> > Ia adalah di sekitar beberaapa isu yang begitu hangat
> > diperkatakan. Masalah rogol, culik dan bunuh. Jika setakat isu minyak
> > Terengganu, masih tidak cukup membuatkan hati saya mendidih. Mungkin ia
> > dilatari oleh sedikit sentimen politik, di mana kebetulan saya adalah
> > ahli PAS. Juga ditambah dengan rasa simpati kepada rakyat Terengganu.
> >
> > Namun isu rogol, culik dan bunuh ini lain sedikit. Ia adalah isu agama.
> > Mereka yang memberi komentar tentang isu ini mengait-ngaitkan dengan
> > agama. Dengan syariat Islam. Dan, walaupun ada yang tidak mengaitkannya
> > dengan syariat Islam, namun isikandungannya amat menyinggung syariat
> > ini.
> > -------
> > Begini, dalam hal ini, saya cuba menjauhkan diri dari bercakap dengan
> > berpijak di atas sentimen politik. Saya cuba mengatakan bahawa ini
> > bukanlah soal PAS atau UMNO, tetapi ia adalah soal agama. Dan juga soal,
> > bagaimana hati majoriti umat Islam Ahlus Sunnah perlu dijaga. Oleh itu
> > saya sedaya mungkin akan menulis bukan atas nama sebagai ahli PAS,
> > tetapi sebagai `orang feqh' yang beraliran sederhana. Yang betul
> > walaupun dari UMNO, kita akan kata betul. Yang salah, walaupun datang
> > dari PAS, kita kita akan kata salah. `Orang Feqh' di sini bukanlah
> > bermaksud alim feqh, tetapi mempunyai pemikiran feqh. Penggemar feqh.
> > Suka mengkaji feqh.
> > -------
> > Beberapa artikel yang saya baca seolah-olah mengatakan:
> > 1. "Lihat orang yang bertudungpun dirogol!"
> > 2. "Sebab bertudunglah mangsa mati, kerana lehernya dijerut dengan
> > tudung.."
> > 3. Ketika mereka menghentam ulamak PAS yang berpegang kepada wajib
> > menutup aurat katanya: "Bertudung dan
> > berbungkus tidak semestinga selamat bila keluar rumah."
> > 4. Ketika menghentam ulamak PAS kerana mengatakan tidak boleh bebas
> > bergaul katanya: "mengurung perempuan di rumahpun tak selamat.
> > Kerana bapanya pula yang akan merogolnya."
> > 5. Kejadian jenayah tidak ada kaitan langsung dengan pendedahan aurat
> > perempuan.
> >
> > Semuanya ini disiarkan di akhbar arus perdana.
> >
> > --------
> > Percayalah jika kita biarkan kenyataan-kenyataan yang seumpama ini
> > dikeluarkan, maka akan bertambah reputlah
> > UMNO. Lagi dibuat, lagi reput.. Lagi reput...
> >
> > Alasan saya begini:
> > 1. Kenyataan begini adalah kenyataan yang bertentangan dengan pendapat
> > resmi mazhab negara, iaitu Ahlus
> > Sunnah Wal Jamaah. Jika sekadar itu shaja tidak mengapa, malah mazhab
> > ini juga adalah mazhab seluruh Muslim Malaysia, kecuali beberapa kerat
> > yang terlalu sedikit.
> >
> > Orang PAS juga Ahlus Sunnah. Orang UMNO juga Ahlus Sunnah. Orang ahlus
> > sunnah tidak akan bersetuju dengan
> > kenyataan yang menghina penutupan aurat. Dr Hamid Othman, Yusof Nor
> > dsbnya, mereka ini adalah ulamak UMNO. Mereka ini adalah penganut Ahlus
> > Sunnah Wal Jamaah. Mereka ini tidak mungkin akan mengeluarkan
> > kenyataan-kenyataan yang menghina penutupan aurat atau yang seumpamanya.
> > Saya percaya 100%.
> >
> > 2. Kenyataan berkenaan bertentangan dengan pengamalan ramai umat Islam
> > di Malaysia. Emak saya pakai tudung.
> > Kakak-kakak saya dan adik perempuan saya juga bertudung. Termasuk juga,
> > saudara mara dan majoriti wanita-wanita kampung saya.
> >
> > Isteri Hamid Othman pakai tudung. Isteri Penghulu Pusat Islam juga.
> > Isteri bekas timb. KM P.Pinang juga. Dan beberapa isteri2 menteri lagi.
> > Isteri Astora kita tidak tahu. Isteri Kasim Ahmad juga tidak tahu.
> > Sister In Islam pun tidak tahu. Lihat, bila bebudak sekolah perempuan
> > pergi atau balik dari sekolah.. Kita tidak akan lihat melainkan semuanya
> > bertudung. Apa yang mereka faham tentang tudung itu kita tidak tahu,
> > tetapi dari segi praktiknya mereka bertudung. Dan, ini dapat menyatakan
> > apa yg mereka faham tentang tudung. Sekalipun mereka mungkin tidak tahu
> > hukum-hakamnya secara terperinci, namun dalam kepala mereka sudah
> > semestinya tahu bahawa ia adalah satu kewajipan bagi setiap wanita Islam
> > yang baligh. Inilah yang sudah sebati dalam jiwa raga mereka. Hatta yang
> > tidak bertudung itupun, tetap beranggapan bahawa menutup aurat itu
> > adalah wajib.
> >
> > Sekarang ini, jika ada orang yang mengatakan: "Bertudung litup, wajib
> > kah?" Tentu kita akan kata: "Dia ni memang nak kena penampar agaknya."
> > Yang bertudung, ada juga yang tidak sembahyang. Ini memang betul. Yang
> > bertudung, ada juga yang berkhalwat. Ini Juga betul. Itu masalah lain.
> >
> > 3. Kenyataan berkenaan bertentangan dengan satu hukum yang telah
> > diijmak-kan oleh seluruh Ahlus Sunnah dan
> > Syiah. Cuba lihat ayat-ayat mengenai hijab/penutupan aurat. Para ulamak
> > Ahlus Sunnah dan Syiah telah bersepakat  mengatakan bahawa ia adalah
> > sebagaimana yang kita fahami mengenai aurat sekarang ini. Rujuklah mana2
> > kitab feqh, tafsir dan syarah hadis,maka i ulah juga yang kita jumpa.
> > Pergilah ke mana2 negara di dunia ini. Dari segi praktiknya, apabila
> > seseorang perempuan itu dikatakan menutup aurat, maka apa yang kita
> > fahami, itulah yang mereka juga fahami. Dan apa yang kita amalkan,
> > itulah juga yang mereka amalkan. Yang membezakannya ialah fesyen dan
> > gayanya sahaja. Namun asasnya tetap sama.
> > -------
> > Akhbar arus perdana, banyak kali membenarkan kenyataan2 yg menyinggung
> > perasaan majoriti rakyat disiarkan. Kemudian digambarkan seolah-olah,
> > itulah pandangan yang benar dan menang. Sepertinya itulah yang dipegangi
> > oleh ramai orang.
> > Itulah teori media, di mana-manapun. Mereka adalah agen yg berperanan
> > mendidik rakyat ke arah satu pemikiran tertentu. Dan tempoh masa yang
> > diambil bukan boleh sehari dua, tetapi berperingkat2. Namun, media
> > tidaklah boleh syok sendiri. Mereka perlu beringat tentang masalah
> > kepercayaan. Sebelum ini, rakyat Malaysia pernah mengajar mereka dengan
> > kempen boikotnya. Memang menjadi. Kita beranggapan bahawa mungkin mereka
> > akan sedar atau jika tidakpun, mungkin akan mengubah taktik kepada yang
> > lebih menjinakkan hati rakyat kepada tuan media berkenaan. Namun,
> > mereka terus berdegil. Dan UMNO pun akan bertambah reputlah... Bukan
> > setakat puak pembangkang, namun akar umbi UMNO sendiri sudah mulai
> > ragu-ragu terhadap media, akibat teman-temannya yang lain sudah berubah
> > persepsi tentang media.
> >
> > Ketika permulaan tercetusnya reformasi, mungkin ada yang sanggup
> > menghempas T.V mereka jika ada kenyataan  yang tidak mereka sukai, malah
> > sanggup tidak menonton T.V berbulan-bulan lamanya sebagai tanda protes.
> > Namun sekarang ini keadaan lebih rasional lagi.
> > -------
> > Seperkara lagi yg dapat kita lihat bahawa akhbar ini syok sendiri ialah
> > apabila mereka sering memperkatakan tentang, pengamalan Islam perlulah
> > bersesuaian dengan masyarakat Malaysia. Dengan budaya dan adat resam
> > serta kemajmukannya.
> > Namun dari sudut pengamalannya, mereka tidak laksanakanpun kenyataan
> > mereka ini. Merekalah yang cuba membenarkan siaran artikel2 yang tidak
> > bersesuaian dengan apa yang mereka serukan itu. Pengamalan tentang hadis
> > sbg satu sumber syariat, bukan sekadar budaya pengamalan sahaja, malah
> > rakyat sanggup mati utk mempertahankannya. Pemakaian tudung, bukan
> > sekadar diamalkan kerana agama, tetapi sudah menjadi salah satu budaya
> > wanita Islam Malaysia. Ia diterima oleh semua orang.
> >
> > Hingga2 ada sebuah filem Jackie Chan yg sebahagian penggambarannya
> > berkaitan dengan Malaysia, memaksa
> > heroinnya memakai tudung (ketika menyamar) utk menggambarkan bahawa jika
> > begini, barulah wanita malaysia namanya. Point saya ialah..Jackie Chan
> > pun tahu!
> >
> > Jururawat kerajaan, setahu saya sehingga kini masih tidak dibenarkan
> > menutup aurat secara sempurna oleh  Kementerian Kesihatan. Jika benar ia
> > masih begitu, jelaslah bahawa peraturan ini bertentangan dengan budaya
> > kemajmukan Malaysia.
> > -------
> > Beberapa nama yang perlu UMNO fikirkan.. Nama seperti Astora Jabat,
> > Kasim Ahmad, individu dari Sister In Islam
> > dan Hang Jebat telah menyebabkan hati ramai umat Islam menggerutu.
> >
> > 1. Astora Jabat, semua orang tahu aliran yang dibawanya.
> > 2. Kasim Ahmad, kepala Anti Hadis.
> > 3. Sister In Islam, dengan pandangannya yang bertentangan dengan
> > pandangan ulamak Ahlus Sunnah. Mereka pernah terbabit dengan isu
> > undang2 murtad.
> > 4. Hang Jebat, si anti undang-undang murtad.
> >
> > W/pun mereka ini dari aliran yang berbeza namun dapat kita
> > klasifikasikannya di bawah satu mazhab, iaitu "mazhab Islam Putarbelit".
> >
> > Jika Parti Keadilan mempunyai Anwar Ibrahim yang dikagumi oleh ramai
> > ulamak dan tok guru. Di samping mempunyai hubungan yang amat baik dengan
> > tokoh2 agama. Manakala PAS pula mempunyai sejumlah tokoh2 ulamak
> > berwibawa dan para pelapisnya. Di mana pemikiran yang dibawa oleh mereka
> > inilah yang melatari persepsi orang terhadap parti masing2.
> > Maka, UMNO pula mempunyai Astora Jabat, Kasim Ahmad, Sister ini Islam
> > dan Hang Jebat. Tertinggal satu, Awang Sulung.
> > Pemikiran yang mereka bawa inilah yang menjadi landasan persepsi
> > masyarakat majoriti tentang UMNO. Tidak kiralah, samada si Astora dan
> > rakan-rakannya itu ahli UMNO ataupun bukan. Orang ramai akan tetap
> > beranggapan bahawa suaranya mewakili UMNO. Kelompok Ahlus Sunnah dalam
> > UMNO umpama Dr Hamid Othman dsbnya tenggelam
> > suaranya. ATau tak bersuara langsung.
> > -------------
> > Bayangkan betapa asingnya, betapa janggalnya dan beberapa betapa lagi..
> > Seandainya ada orang mengatakan hadis bukan sumber hukum dalam Islam.
> > Kalau sekadar dia berteori dan merapu seorang diri tidak mengapa, tetapi
> > ia disiarkan di dalam akhbar.
> >
> > Jika akhbar itu adalah akhbar altenatif atau pinggiran masih tidak
> > mengapa, ini dalam akhbar arus perdana, yang diterajui oleh UMNO.
> > Perbuatan ini seolah-olah `isytihar perang' (bukan perang senjata)
> > kepada orang ramai. Ia amat mengganggu
> > ketenteraman dan mencabuli pegangan mereka yang telah begitu teguh
> > dibina sejak turun temurun. Bukan sebulan dua!
> > Juga majoriti rakyat akan merasa janggal dengan kenyataan2 sinis tentang
> > tudung.
> > ----------
> > Pendedahan aurat punca kejadian jenayah
> >
> > Kenyataan TG Nik Aziz dalam kuliahnya bahawa pendedahan aurat boleh
> > menyebabkan kejadian jenayah berlaku. Samada kenyataan berkenaan benar
> > ataupun salah, ataupun kata2 yg perlu ditafsirkan, kita tidak akan
> > bincangkan di sini. Itu kita letak tepi dahulu.. Namun, pihak media
> > perlu ingat, bahawa itulah pegangan mana-mana ulamak. Pandangan
> > mana-mana ustazpun. Dari yang kecil hingga yang terkenal.  Saya sendiri
> > yang serba sedikit ada belajar agama juga mempunyai pemikiran begitu.
> > Kekawan saya yg sama2 belajar agama, juga begitu. Pelajar2 saya juga
> > sama. Ustaz UMNO juga. Ustaz PAS apatah lagi.
> > Bagaimana dengan rakyat kebanyakan? Mereka ikut ustaz dalam hal agama.
> > Tidak mungkin mereka akan ikut peguam, sasterawan atau doktor perubatan
> > dalam hal agama.
> >
> > Kita diajarkan di dalam Feqh Ahlus Sunnah bahawa lelaki harus
> > menundukkan mata di hadapan wanita ajnabi. Manakala wanita pula
> > diajarkan agar menutup aurat dengan cara yang sempurna. Juga tidak boleh
> > bersolek secara berlebihan dan berwangi-wangian. Semuanya ini adalah
> > untuk menjaga hati dan naluri kaum lelaki agar tidak terfitnah dan
> > menimbulkan syahwat mereka.
> >
> > Naluri lelaki yang sedang tenang dan elok jangan diganggu. Jangan
> > digugah. Jika diganggu, ia akan bangkit. Semuanya itu akan direkodkan
> > oleh mereka. Dipendam. Lama kelamaan jiwa mereka akan terganggu.
> > Keimanan mereka jadi tergugat. Kita bimbang bila tidak terkawal ia akan
> > meledak. Ibarat binatang yang naik minyak. Dia tidak kira siapa yang
> > mengusiknya. Pokok pangkalnya siapa yang lalu depan mata, dia akan
> > sapu..
> >
> > Bagi lelaki, perempuan dan sex bukanlah segala2nya di dalam hidup, namun
> > bukan sedikit yang telah memberi  penumpuan pemikiran hanya ke arah itu
> > sahaja. Lebih2 lagi remaja. Naluri seks yg wujud selepas akil baligh
> > membuatkan mereka seolah2 berada di suatu alam baru.
> >
> > Dengan rangsangan2 seks yang wujud di sekelilingnya menyebabkan mereka
> > ini sangat tertekan. Menyebabkan jiwa mereka jadi seperti kuda galak.
> > Lagi dirangsang.. Lagi dirangsang.. Akhirnya kita dapat bayangkan bentuk
> > jiwa yang terbentuk. Kasihan anak-anak kita hari ini. Hasilnya adalah
> > gejala sosial dan macam2 lagi termasuk rogol dan jenayah lain.
> >
> > Bukankah hati itu adalah raja utk kerajaan tubuh badan. "Di dalam diri
> > manusia itu ada seketul darah. Apabila baik, maka akan baiklah seluruh
> > tubuh, jika rosak, maka rosaklah ia... Ia adalah hati."
> >
> > Islam, berprinsipkan kepada "menghalang gejala yang dapat membawa kepada
> > kerosakan". Mazhab putar belit lain sedikit, selagi boleh diputar,
> > selagi boleh dibelit, maka itulah yang mereka akan lakukan.
> >
> > TG Nik Aziz bercakap atas landasan ini. Ini juga adalah kenyataan. Dan
> > inilah yang dipegangi oleh semua Ahlus Sunnah. Jadi memainkan isu ini,
> > sudah tentu tidak akan `menjadi'. Malah senjata makan tuan. Janganlah
> > buatkan orang tergelak lagi...
> > ----------
> > Ingat, reput lebih bahaya dari kerosakan. Kerosakan dapat dibaiki
> > (islah). Reput pula, jika setakat sedikit sahaja, juga masih boleh
> > dipertahankan. Tapi, jika terus mereput, tidak ada jalan lain melainkan
> > mesti digantikan dengan yang lain sahaja.
> > Terdapat beberapa elemen utama yang menjadi asas mengapa UMNO boleh
> > reput. Itu dahpun dibahaskan secara
> > terperinci oleh Annuar Musa tentang apa yang dikatakan teori menyegarkan
> > semula UMNO.
> >
> > Namun elemen-elemen yang dianggap remeh seperti apa yang sedang kita
> > bincangkan ini, tidak diambil peduli
> > langsung oleh pimpinan UMNO. Padahal puak2 dari mazhab Islam putarbelit
> > inilah yang cukup bagus dalam  peranannya mempercepatkan proses
> > pereputan UMNO.
> >
> > Percayalah, puak2 BA sebenarnya pasti akan terkejut besar kerana
> > musnahnya UMNO akan lebih cepat dan pantas dari apa yang mereka
> > jangkakan..
> >
> > Lebih banyak Islam putarbelit ini berkokok, maka akan bertambah cepatlah
> > proses reputan berlaku. Tiada jalan lain melainkan UMNO perlu menghakis
> > indentiti yang dibina oleh Islam putarbelit ke atas batang tubuh UMNO.
> > Ataupun, mereka terpaksa menggunakan kekuatan media arus perdana utk
> > mengubah pegangan rakyat majoriti dari cara yang sedia ada kepada
> > cara Islam putarbelit.
> >
> > Persoalannya, sempatkah? Kerana silap langkah UMNO akan merudum terus.
> > Mereka tidak ada masa untuk itu
> > semua. Kita harap mereka kembali kepada aliran yg dibawa oleh majoriti
> > rakyat. Islam putarbelit hanya dipegang oleh
> > seorang dua sahaja. Mereka perlu disingkirkan dari terus merajai
> > pemikiran agama dalam UMNO. Buat apa terus `membela' golongan minoriti
> > jika ia hanya akan memusnahkan diri sendiri. Yang menjadi sebab UMNO
> > ditolak terus oleh majoriti Melayu.
> >
> > Mungkin tidak mengapa jika ia berlaku dulu-dulu. Iaitu ketika UMNO
> > begitu kukuh belum reput lagi. Ketika era MSC tidak wujud lagi. Melayu
> > sekarang bertambah cerdik dan terbuka.
> > --------
> > Pembawaan ala Hamid Othman masih mampu meraih sedikit sebanyak simpati
> > majoriti. Atau sekurang-kurangnya
> > mereka buat2 tidak mendengar apa yang beliau bebelkan. Namun team ini
> > tewas dengan team Islam putarbelit.
> >
> > Namun juga, beliau menang dari sudut lain. Suara sebenar Hamid Othman
> > ada kedengaran di masjid2, di kelas2 KAFA dan di Sekolah Agama Rakyat.
> > Malah di sekolah menengah. Di masjid2 dan di sekolah2 tidak diajar Islam
> > putar belit.
> >
> > Di situ, feqh yg dipegang oleh Hamid Othman dan pembantunya (Penghulu
> > Pusat Islam) disebarkan. Tauhidnya diajarkan. Dari anak-anak hinggalah
> > kepada orang tua yang berumur 60 - 70 tahun.  Cuma aliran politik
> > kepartian sahaja yang adakalanya berbeza, namun bukan itu soalnya.
> > Kurikulum yang dibawa oleh Hamid Othman membuatkan rakyat berkata,
> > "masalah PAS atau UMNO nak kacau kami tak ada masalah sangat. Tapi,
> > jangan kacau hadis kami, tudung kami dan soal murtad. Kami jadi marah!"
> > Walaupun dari sudut suara di media Hamid Othman kalah, namun Hamid
> > menang di akar umbi. Cuma amat disayangkan kemenangannya itu tidak mampu
> > untuk menolong partinya yang semakin mereput itu. Kerana partinya tetap
> > dicemari oleh persepsi rakyat yg negatif. Ia terus dimamah oleh Islam
> > putar belit. Kasihan..
> >
> > Bukan Pas atau UMNO yang menang. Yang menang sebenarnya ialah Islam
> > Ahlus Sunnah menewaskan Islam
> > putarbelit.
> > ---------
> > Akhbar arus perdana syok sendiri..
> >
> > Ini memang benar. Mereka sangka apa yang mereka lakukan akan membuahkan
> > hasil yang lumayan kepada UMNO. Namun realitinya tidaklah begitu.
> > Realitinya, kepercayaan rakyat kepada akhbar semakin terhakis.  Mereka
> > masih lagi menyangka bahawa merekalah satu-satunya media yang dapat
> > mencorakkan pemikiran rakyat. Dengan bahasa mudahnya, mereka sangka apa
> > yang mereka hidangkan itulah satu-satunya makanan yang akan ditelan oleh
> > majoriti rakyat.
> >
> > Sungguh tidak kita sangka samasekali, bahawa pengamal media dari media
> > arus perdana begitu kolot dan tidak
> > berstrategi langsung. Mereka terlalu ketinggalan zaman. Mereka betul2
> > terlupa `power' dari ledakan MSC. Terimakasih kepada PM kita kerana
> > menjana MSC. Dengannya, tembok kekolotan, kebekuan dan pemikiran tidak
> > terbuka dapat dipecahkan
> > dalam jangkamasa yang begitu singkat sekali.  Jika dahulu mungkin ya..
> > iaitu sebelum era MSC. Namun sekarang tidak
> > lagi...
> >
> > Jika rakyat membaca kenyataan dari akhbar arus perdana, mereka tidak
> > akan telan bulat2 sebagaimana adanya. Mereka akan rujuk kepada sumber
> > alternatif, kemudian membandingkannya. Yang lebih mengejutkan kita
> > ialah, sumber alternatif mampu memperkotak-katikkan sumber arus perdana.
> > Malah memperbudak-budakkannya.
> >
> > Itulah realitinya..
> >
> > Dan, lagi mengejutkan ialah, jika dulu perbandingan sumber hanya akan
> > dibuat oleh golongan terpelajar sahaja. Sekarang ini tidak lagi.. Orang
> > kampungpun sudah cekap! Bukan setakat orang dewasa, malah remaja juga
> > cekap. Nak akses ke internet bukan susah. Pergilah ke internet cafe yang
> > jauhnya sebatu dua. Berlambak-lambak. Bayar RM2.00 hingga RM3.00 sejam.
> > Mereka dengan mudah dapat akses ke sumb er alternatif. Apa yang
> > dimahukan.. Bentuk teks. Audio. Video? Semuanya ada. Kemudian darinya
> > mereka akan dilink-kan ke pelbagai sumber sokongan lainnya. Jika mereka
> > tidak ke internet cafe, mereka akan bertanya kawan utk membuat
> > perbandingan fakta. Ataupun, mereka akan mendengar ceramah. Tidak secara
> >
> > live-pun, mereka akan dengar kaset. Jika tidak dibeli sendiripun, mereka
> > pinjam dari kawan atau sekurang-kurangnya menumpang dengar sahaja. Ini
> > menyebabkan fakta dari akhbar arus perdana lemas terkapai-kapai.
> > Sekarang ini ia satu fakta dari arus perdana melawan 100 fakta dari
> > sumber alternatif. Dari 100 itu tidak mungkin tiada satupun yang
> > mengena.
> > -------------
> > Nasihat kepada UMNO
> > Sebelum melakukan apa-apa tindakan lagi, lakukanlah apa sahaja yang
> > dapat menyejukkan dan meredakan kemarahan majoriti umat Islam. Jangan
> > ditimpakan lagi mereka ini dengan kemarahan-kemarahan agama yang lain.
> > Rakyat Malaysia tidak seperti rakyat negara lain. Mereka tidak akan
> > keluar ke jalan2 raya utk berdemo jika tidak benar2 terpaksa. Mereka
> > lebih gemar memendam rasa. Sekadar merungut2 di kedai-kedai kopi. Nampak
> > zahirnya mereka ini seperti tidak ambil kisah langsung dengan gelagat
> > Islam putar belit.
> >
> > Ya, setakat mana kesabaran mereka dapat bertahan. Setakat ini sahaja
> > sudah berlambak2 isu yang menjadi
> > kemarahan mereka. Kita lihat 2004, bagaimana mereka sekali lagi
> > melepaskan kemarahan mereka. UMNO sudah tiada Anwar. Dan Anwar kedua
> > tidak mungkin akan wujud lagi. Jika Anwar, Islam putarbelit sukar
> > mendapat tempat. Bila tidak mendapat tempat, maka UMNO sukar untuk
> > reput. Pak Lah tidak mampu jadi Anwar. Najib juga tidak boleh.
> > Hishamudin, jauh lagi..
> >
> > Kasihan... Kerana realitinya mereka sudah tiada Anwar lagi. Dan, kita
> > tidak tahu tentang hakikat hikmah Allah melenyapkan Anwar dari UMNO.
> > Yang kita tahu itu, mungkin hanya setitik dari selautan pengetahuan
> > ALlah tentang hikmah di sebaliknya.
> > Sekarang ini tahulah kita. Kagumlah kita akan pengetahuan ALlah yang
> > maha luas tidak bertepi. Dia tidak mencipta sesuatu itu secara sia-sia!
> > -------------
> > Apa yang saya tulis adalah pandangan dari `orang feqh' walaupun tidak
> > alim dalam feqh. Bukan dari orang politik. Ia hanya sekadar pandangan
> > dari orang yang bukan maksum. Di mana di dalamnya ada kemungkinan benar
> > dan salah. Tidak seperti al-Quran dan al-Sunnah yang sudah pasti benar.
> >
> > Betulkan saya jika saya salah.. Jgn biarkan saya merana di akhirat
> > kerana kesalahan saya dalam penulisan ini.
> >
> > Sekian
> > zain y.s
> >
> > http://ahkam.hypermart.net/cgi-bin/viewnews.cgi?category=3&id=972587033
> >
> >
> >
> >
> > ///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
> > //////////////////////////////////
> >
> > Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
> > Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian
> >
> > Langganan : Hantar E-mail kosong ke
> >             [EMAIL PROTECTED]
> > Unsub     : Hantar E-mail kosong ke
> >             [EMAIL PROTECTED]
> >
> > Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
> >
>
> -------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
> eLerts
> It's Easy. It's Fun. Best of All, it's Free!
> http://click.egroups.com/1/9699/9/_/200786/_/972855896/
> ---------------------------------------------------------------------_->
>
> ///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
> //////////////////////////////////
>
> Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
> Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian
>
> Langganan : Hantar E-mail kosong ke
>             [EMAIL PROTECTED]
> Unsub     : Hantar E-mail kosong ke
>             [EMAIL PROTECTED]
>
> Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "luqman ismael" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke