H-Net* Re: Soalan untuk AHC.

2001-01-01 Terurut Topik Tiger


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Wa 'alaikumussalaam,

Cuma saya nak sebut dari segi hukum Fekah Mu'amalat yang
pernah saya belajar di Pondok. Ramai orang Melayu Islam
hanya tahu hukum sembahyang, puasa dan mengeluarkan zakat.
Tetapi hukum Fekah Mu'amalat mereka tidak belajar cara
berjual-beli, berniaga and berhutang. Pokoknya setiap urusan
Mu'amalat mestilah ada "aqad"nya pada kedua pihak. Ini ialah
untuk menunjukkan redha-meredhai.

Apabila wang milik kita dikira sebagai harga "tamm" (milik
sempurna), menyerah wang untuk tujuan bermu'amalat dalam
membeli-belah, membayar upah, membayar hutang mestilah
ada bukti yang teguh, seperti ada resit and surat perjanjian.

Mengikut kaidah Islam, apabila kita menaiki bas, wang sudah
dibayar sejumlah mengikut destinasi yang ditetapkan, tiket
atau resit sudah dibayar. Maka "aqad" itu tidak ada sebarang
keraguan dan ia adalah SAH. Sudah berlaku redha-meredhai
kedua belah pihak.

Apabila menaiki kereta sewa pula, biasanya tiket atau resit
tidak dikeluarkan. Ini boleh dengan syarat dua pihak pada
ketika mula naik kereka atau sesudah sampai ke destinasi
mengikut kaidah "ijarah" (membayar upah). Yang penting,
adanya aqad antara kedua belah pihak. Tujuan aqad adalah untuk
menimbulkan suasana redha-meredhai antara penumpang dan
dreber kereta. Ini pada destinasi yang sudah dimaklum
harga tambangnya. Mungkin, kalau destinasi itu adalah mengikut
kiraan meter, maka penumpang kena bayar mengikut kiraan meter
itu. Ertinya bayaran dibuat setelah sampai ke destinasi.

Sebab itulah, jika anda menyewa kereta ke satu destinasi yang
tidak diketahui dengan jelas berapa harga tambangnya (bagi kereta
yang tak pakai meter), anda mestilah bertanya kepada dreber supaya 
dapat diadakan aqad. Anda tidak boleh membayar selagi tidak ada 
aqad sebelum bertolak. Dreber kereta tidak berhak meminta bayaran 
kalau belum ada aqad (persetujuan). Begitu juga jika anda menyewa 
kereta seorang diri untuk membayar tambang kesemua penumpang, 
apabila dreber itu mahu mengambil penumpang lain, dia mestilah 
meminta izin anda terlebih dahulu.

===

killer fish wrote:
 
 Assalamualaikum wbt,
 
 Saudara Ahc,
 
 Pada kebiasaannya Bas akan mengambil duitnya terdahulu
 atau kita akan mengambil tiketnya sebelum bertolak ke
 sesuatu destinasi.
 
 Bagi Kereta Sewa atau Taxi, tuan empunya kereta akan
 mengambil tambangnya pula semasa penumpangnya turun
 atau berhenti pada sesuatu tempat.
 
 Kenapakah tuan empunya kereta sewa/taxi tidak
 mengambil duit dahulu?.
 
 Wallahu a'lam.
 
 Bang killer.
 
 __
 Do You Yahoo!?
 Yahoo! Photos - Share your holiday photos online!
 http://photos.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Tiger [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Re: Soalan untuk AHC.

2001-01-01 Terurut Topik killer fish


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Saudaraku AHC,

Berbanyak terima kasih kerna saudara telah
menghuraikan dari segi hukum.

 Kenapakah tuan empunya kereta sewa/taxi tidak
 mengambil duit dahulu?.

Jawapan saya secara spontan ialah kerana tuan empunya
kereta sewa/taxi tidak mengambil DUIT DAHULU adalah
disebabkan DUIT DAHULU tidak sah diperlakukan lagi.
(Berkemungkinan duit zaman Jepun ke..?).

Hanya Ringgit Mahathir saje yg boleh diterima (duit
sekarang ini).

Wallahu a'lam.

Killer Fish.

__
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - Share your holiday photos online!
http://photos.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: killer fish [EMAIL PROTECTED]