*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ada kata-kata dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi, "caught pants down"...yang bermaksud kita menyaksi dengan mata kita sendiri perbuatan aib seseorang secara terang-terang. Lagipun maksudnya ialah orang jahat yang tak dapat lari dari perbuatan jahatnya yang sudah jelas dilihat orang ramai secara terang- terang. Maka saya akan sebut, "SPR caught pants down." Dalam berita TV malam ini, pihak SPR akan membuat peraturan baru semua parti politik tidak boleh berkempen menggunakan isu ugama, perkauman dan mengaibkan peribadi pemimpin kerajaan. Mereka kesal kerana kekalahan BN di Lunas adalah gejala yang buruk yang Malaysia sedang menuju ke arah pilihanraya yang tidak sihat. SPR berkata begitu ...kerana BN yang kalah ...jika BN yang menang, tentu sekali pihak SPR akan diam sahaja. Berkenaan tuduhan pihak pembangkang menggunakan isu ugama dan perkauman adalah satu gejala buruk dalam politik, saya ada beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini: 1. SPR patut adakan satu peraturan baru bahawa TIDAK BOLEH ada mana-mana parti yang berasaskan bangsa. UMNO ada nama "Malay" dalam partinya, MIC ada nama "Indian" dalam nama partinya, MCA pula ada nama "Chinese" dalam nama partinya. Isunya, SPR mahu satu parti yang berbilang kaum yang tidak ada menonjolkan nama satu bangsa tertentu. Kalau kita lihat nama parti keADILan, ia sebuah parti yang disertai semua kaum berasaskan menentang kezaliman kerajaan. Calun keADILan yang menang itu adalah seorang Melayu yang mewakili perbagai kaum dalam parti keADILan itu sendiri. Maka adalah tidak logik tuduhan parti keADILan meletakkan calonnya seorang Melayu yang menentang calon India MIC adalah bersifat perkauman. Jika SPR dan UMNO mengambil kira sangat fasal pihak pembangkang meletakkan calon Melayu bertanding dengan orang bukan Melayu, saya cadangkan supaya UMNO bersikap konsisten dalam pilihanraya yang akan datang. Jika di Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu, saya cadangkan mereka meletakkan calon-calon orang Cina, India dan Thai di DUN-DUN di Kelantan untuk menentang calon-calon Melayu daripada PAS dan KeADILan. Ini kerana Barisan Nasional yang bersifar benar-benar parti perbagai kaum, mereka patut menunjukkan dasar mereka adalah bukan parti perkauman. Tentu mereka tidak berani meletakkan calon-calon mereka terdiri dari bukan Melayu kerana mereka sendiri sedar itu adalah strategi politik yang lemah. Kalau mereka berbuat begitu, tentulah UMNO akan bertambah kalah teruk di Kelantan. Yang SPR tidak faham, apa itu STRATEGI politik. Dalam erti lain, SPR adalah alat UMNO. 2. Seperkara lagi..jika SPR sangat sensitif terhadap isu ugama yang digunakan oleh pembangkang, maka orang Melayu yang berugama Islam tidak boleh mengundi calon Melayu, takut-takut mereka akan mengundi memilih orang Islam. Saya agak SPR sudah gila macam UMNO. Tidakkah mereka melihat, sungguhpun Barisan Alternatif juga didokong oleh PAS (sebuah parti Islam), orang bukan Islam menyokong BA, dan dalam BA juga terdapat DAP (parti sekular), orang Islam sendiri menyokong BA?? Jadi tidak timbul pihak pembangkang menggunakan isu ugama dan perkauman dalam meletakkan calon-calon mereka. Bagi PAS dan keADILan, tentu sekali mereka akan meletakkan calon-calon mereka adalah 100% orang Melayu di Kelantan. Ini dinamakan strategi politik. Barisan Nasional takut mahu meletakkan seorang calon India MIC di Kelantan, mengikut strategi politik mereka tentu mereka akan kalah. Orang yang gila sahaja yang bertanding untuk menanti kekalahan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>