Assalamualaikum,

Sekadar meluahkan rasa sebak dan teramat sebu di dalam dada.

Hari ahad, penghujung minggu baru-baru ini, jiwa saya rasa keluh 
kesah sungguh, rasa berserabut dari pagi hingga ke malam. Masa drive 
bawak kereta tu pun, tanpa sedar, saya menghela nafas panjang dan 
mengeluh berulang kali hingga ditegur orang rumah. 

Begitu juga waktu hendak tidur pada malamnya, rasa berserabut dan 
sebu memenuhi rongga dada.

Siang itu, ketika ke sebuah restoren, bila terlihat akhbar Berita 
Harian di atas meja dgn muka hadapannya mengadap saya, terasa macam 
nak lari jauh-jauh saja.

Untuk seketika, saya rasa amat phobia sungguh pabila melihat Utusan 
Malaysia dan Berita Harian, terutamanya muka depannya pada hari 
berkenaan.

Kenapa boleh jadi begitu?

Saya sendiri tak tahu kenapa, tapi apabila melihat Muslimat-Muslimat 
berpurdah, balu kepada para-para Syuhada di bumi Chechya itu 
terlentang dan tersandar di kerusi dalam dewan Theater di Moscow itu, 
seperti sedang lena dalam perjalanan menuju jannah , jiwa saya cukup 
rasa terhiris, rasa sayu dan segala macam perasaan yg sukar 
digambarkan memenuhi rongga dada. Terasa begitu syahdu dan amat
sentimental sekali, sukar digambarkan dengan kata-kata.

Berbagai pertanyaan bertali arus memenuhi padang pemikiran saya:

"Apalah agaknya khabar anak-anak mereka yang ditinggalkan di bumi 
Chechnya sana? Kenapalah mereka begitu sangat percaya bahawa tentera 
kapir Russia akan bertolak ansur dan memenuhi permintaan mereka? 
Kenapakah mereka yg begitu ramai jumlahnya (50 orang) tidak buat plan 
yang betul-betul selesa? alang-alang menyeluk pekasam kenapakah 
mereka tak letupkan saja theater itu, biar padan dengan muka pihak 
berkuasa Russia itu..."

Kenapa kah itu, kenapakah ini dan berbagai kenapa lagi bermain di 
dalam sanubari saya. Semuanya menambahkan lagi rasa simpati, kesian 
dan segala macam rasa sabu di dalam dada.

Saya juga macam tuan-tuan, hanyalah seorang insan biasa, hanyalah 
seorang Muslim biasa dalam ribuan juta manusia muslim yg dikatakan 
orang umpama buih di tengah lautan di akhir zaman.

Saya hanyalah setitik drpd buih-buih itu; tuan-tuan dan puan-puan 
juga adalah tergolong ke dalam buih-buih itu; dan para muslimat 
berpurdah yg gugur syahid di medan Theater di Moskow itu adalah juga 
sebahagian drpd buih-buih berkenaan.

Saya tidak pasti kenapa apa yg berlaku kpd mereka itu memberi kesan 
yg amat mendalam kpd jiwa saya. Saya sendiri tak pasti.

Entah kenapa, w/pun saya tidak kenal siapa mereka, tetapi jauh di 
dalam diri, terasa-rasa seakan jantung hati saya dirobek-robek 
apabila melihat mereka khususnya muslimah-muslimah bertudung hitam 
itu tersandar terkulai layu di atas kerusi masing2. Tambah 
meruntunkan lagi rasa di jiwa, apabila berita Yahoo hari ini (20 Oct 
02) memuatkan berita bahawa mereka-mereka itu ditembak di kepala 
semasa sedang lena tertidur akibat penangan gas ubat tidur tentera 
Russia; mereka dibunuh ketika tiada upaya melawan balas.

Walaupun rasa simpati bertandang di dalam jiwa, namun apabila 
mengingatkan janji Allah " Wala tahsaban nallazi nak kutillu fi 
sabilillah hi amwata, bal ahya....dan seterusnya"  maka saya cuba 
pujuk hati saya dengan mengatakan bahawa Janji Allah itu benar, walau 
pun di muka hadapan Utusan Malaysia dan Berita Harian itu kita 
melihat mereka mati pada mata kita, tapi sebenarnya mereka tidak 
mati...

Sebaliknya, mereka sedang menikmati syahid seperti yang dijanjikan. 
Insyaallah. Moga denga keyakinan ini, akan mampu memberi ketenangan 
kpd diri saya, khususnya, yg secara mendadak dihimpit rasa stress 
yang mencengkam akibat tragedi ini.

Sekadar meluahkan rasa, tidak ada kena mengena dengan mana-mana
kumpulan Pejuang atau pun Militant.

Wassalam,
[EMAIL PROTECTED]



_________________________________________________________________
    http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians

Kirim email ke