*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa dok bagi makan ikan Lohan semalam, bila tengok
anak-anak pompuan saya dua tiga orang yg masih sekolah
rendah tu dok seronok bermain, bertepuk bertampar
sesama mereka, saya teringat meeting Persatuan
Penduduk Taman kami malam sebelum tu.

Risau sungguh aih dgn gejala sosial yg dok ada hari
ini.

Dalam meeting tu, pengerusi taman menceritakan secara
terbuka beberapa maklumat terkini yg berlaku di
sekitar kawasan taman kami tu.

Yang pertamanya, kisah satu pasangan/couple, yg mana
Pengerusi kami dan AJK diminta bantuan oleh pihak
masjid, yg mendapat maklumat dari pejabat Agama Daerah
yg menerima aduan dari orang ramai, untuk meninjau
perkembangan satu couple yg bersekedudukan di sebuah
rumah sewa di Taman kami. Pasangan tu, bukan duduk
sekali, kadang2 dua tiga hari sekali barulah yg
seorang tu datang menjenguk.

Kata Pengerusi Taman:

"Masalahnya, kita pun tak tau nak buat macam mana,
sebab depa tu pasangan LESBIAN....tak kan kita nak pi
selak kain depa pulak!"

Pening aih!

Kemudian, beliau mencerita pula mengenai satu maklumat
terbaru dari pihak Polis yg meminta kerjasama beliau
untuk menghubungi balai dgn seberapa segera apabila
melihat sebuah kereta Wira warna sekian sekian plet no
sekian sekian, yg dipandu oleh pemandu berbangsa India
dan ada seorang wanita berbangsa Melayu.

Apa cerita?

Depa dua orang ini bukan saja disyaki datang
(terutamanya malam hujung minggu) untuk mengedar
dadah; tapi dimaklumkan juga bahawa lelaki India yg
membawa wanita melayu dari Butterworth itu juga adalah
bapa ayam yg membawa wanita itu untuk dilanggan oleh
budak-budak muda di sebuah kawasan perumahan yg belum
siap di situ (rumah2 kosong); pelanggannya majoriti
budak2 India. Dimaklumkan juga banyak ditemui
kondom-kondom bersepah di kawasan perumahan yg belum
siap berkenaan.

Dapat tau saja berita tu, terus saya pesan kat org
rumah jgn bagi anak2 pompuan saya tu keluar ikut suka.
Ya lah, budak2 tu petang2 suka naik basikal ronda2 kat
kawasan rumah kosong tu, kawasan luas, tak dak kereta,
seronoklah depa main dgn memba-memba.

Bila saya sembang dgn sorang cikgu sekolah kisah nie;
dia cerita pulak cerita yg dia dapat drpd seorang
cikgu sekolah di Penang.

Kisahnya, ada budak pompuan Form 2; dok main couple
dgn sorang lelaki (nama Abang Man ka apa, lepas
sekolah dah rasanya). Bila cikgu dpt aduan depa dah
dok buat project; cikgu cekup dia, tanya dia; dia pun
mengaku. 

Kemudian cikgu tu (pompuan) tanya:
"Ish, hang tak takut termengandung ka?"

Dia jawab: 
"Tak takut aih!"

Cikgu tu tanya balik:
"Awat pulak?"

Selamba saja budak pompuan tu jawab:

"Abang Man lepas atas perut....!!"

Masyaallah!!

Nasib baik cikgu pompuan tu dah kahwin, kalau tidak
mau pitam dia!!

Sekian
Kuniq Bendang Perdang




__________________________________________________
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke