*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cc:[EMAIL PROTECTED]

Assalamualaikum......kengkawan

Kira-kira lima tahun lalu.....anak abang ku yang sulung telah mengalami 
sejenis penyakit gangguan mental yang serious.Penyakit itu di alami sebaik 
sahaja dia berumah tangga dengan seorang guru.Jadi jodoh mereka tak 
panjang......si isteri menuntut cerai .....sebaik saja melahirkan anak dari 
perkongsian hidup.Dan kini bekas isterinya telahpun bekahwin lain dan 
mempunyai anak.

Sejak dari itu, ikhtiar demi ikhtiar......tangga demi tangga hospital dan 
klinik swasta di jejaki.Malang nya Allah belum merestui agar penyakitnya 
sembuh.Setelah tiga tahun berlalu.....penyakit anaknya semakin serious.Telah 
tiba satu peringkat di mana anaknya tadi terpaksa di kurung berkunci di 
dalam bilik di kediamannya kerana sudah tidak dapat di kawal lagi.

Sejak dari itu segala urusan mandi dan pakai bagaikan si anak kecil yang 
manja.Sejak dari hari itu segala makan dan minumnya bagaikan seorang 
banduan....pabila pintu di buka.....di hulur perlahan-lahan di lantai.Bak 
kata orang kasih ibu membawa ke syurga.......penat jerih 'alah bisa tegal 
biasa'.

Lebih memilukan hati ibubapa nya apabila mereka tidak di benarkan untuk 
menjeluh(melawat) cucu mereka sendiri yang dalam peliharaan bekas bisan 
mereka.Kedengaran dari mulut-mulut lantang yang jahil...kononnya di kuatiri 
penyakit bapa si budak boleh menular nanti kepada cucunya.Aduh....mengapa 
lah....manusia begitu jahil.

Menikis air mata kakak ku.....pulang ke rumah dengan perasaan sayu.Kakak ku 
seorang ustazah yang berpegang teguh pada agama.....tak pernah membela 
benda-benda jahat! Mujurlah abang ku seorang guru...yang terkenal dengan 
hati yang sabar.....dapat menenangkan keadaan....yang sedikit kecoh.

Sebagaimana yang kita ketahui 'setiap penyakit ada ubatnya'.Perubatan moden 
telah hilang dari ingatannya....apatah lagi doktor mengatakan mereka tak 
dapat mengesan penyakitnya, apatah lagi untuk merawatnya.Bagi abang ku tidak 
ada erti kalah dalam hidupnya.

Beliau pernah mendengar seorang doktor homeopathy yang tinggal di Alor Star, 
Kedah.Jadi suatu hari abang ku ke sana.Jadi dia pun berjumpa dengan seorang 
Dr(H) bernama Dr.Raja....seorang berbangsa keling.Pada Dr tersebut abang ku 
menerangkan akan segala permasalahan anaknya.Jadi berdasar apa yang abang ku 
terangkan , Dr tersebut telah memberi senarai sebanyak lima jenis 
ubat.Seterusnya Dr tersebut mahukan abang ku membeli dua buah buka tentang 
ubat homeopathy yang berharga kesemuanya RM300.00.

Abang ku tak keberatan, malahan abang ku berkata pada Dr 
tersebut...sekiranya anak ku sembuh dia akan mendaftar untuk mengikuti 
kursus homeopathy dan membuka klinik.Lantas Dr itu berkata, tak perlu 
menunggu anak sembuh.....daftar sekarangpun tak apa.

Setibanya di rumah, pada malamnya abang ku mentelah buku yang di beli.Dari 
bacaannya dia mendapati ada dua jenis ubat amat berkaitan dengan penyakit 
anaknya.Iaitu....tak pandai hendak ku menyebutnya....maaf ye kengkawan.

Setelah 2 minggu ubat di beri kepada anaknya, abang ku amat terkejut apabila 
terdapat perubahan yang begitu menakjubkan.Kini enam bulan....anaknya pulih 
sebanyak 50% dan kini setelah berlalu setahun.....anaknya telah 80% pulih.

Kini kehidupannya anaknya bagaikan dulu-dulu, kenal dengan adik 
beradik......dan boleh berbual sebagaimana orang 
normal.......alhamdulillah.Raya yang lepas anaknya datang kerumah ku, dia 
berbual dengan ku,tapi ku rasa bagaikan mimpi kerana orang yang ku berbual 
adalah anak sedara ku yang sakit mental dulu.

Kini abang ku telah menunaikan nazarnya....dan membuka sebuah klinik 
homeopathy sendiri.Walaupun pada dulunya abang ku menganggap homeopathy 
adalah Perubatan Low Class, kini dia menganggap Homeopathy adalah cara 
perubatan Alternatif.

Sekian , terima kasih daripada;

[EMAIL PROTECTED]
(hakcipta terpelihara)




_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke