Siapa Pengkhianat Melayu Dulu, Kini dan Selamanya?

Dari analisis berita yang disiarkan di dada-dada akhbar arus perdana akhir-akhir ini, jelas kenyanyukan diktator tua yang baru menyambut dekad kedua pemerintahan semakin terserlah. Beliau nampak begitu bankrup idea untuk berhujah menandakan hari-hari terakhir semakin hampir ke penghujungnya. Sedarlah wahai PM kesayangan UmNO dan kroni-kroni yang sewaktu dengannya, bahawa tiada sesuatu pun yang boleh kekal di dunia ini.

Dulu, seperti yang tercatit dalam sejarah, Dr. M pernah dipecat daripada UmNO oleh Almarhum Tunku selepas kalah dalam pilihanraya 1969. Lalu beliau membalas dendam dengan membuat surat layang mencerca kepimpinan Tunku waktu itu. Rupanya perangai dan tabiat Mamak tua ini masih tidak berubah hingga kini. Dia juga dikaitkan dengan peristiwa hitam 13 Mei – sebagai batu api dan pengkhianat kepada bangsa Melayu ketika itu.

Kini setelah dua dekad menjadi PM, dan hampir hilang sokongan Melayu dalam pilihanraya 1999, sikap pendendam beliau semakin menjadi-jadi. Walaupun berbagai kelemahan pentadbirannya sudah menyerlah, sikap angkuh beliau tidak pernah mahu mengaku salah. Ada saja muslihat yang dicari untuk mengelak dari dari kesilapan diri sendiri. Oleh kerana kebengapan pengikut UmNO yang korup, PM tua ini masih terus dapat bertahan. Mamak ini pandai betul mengeksploitasi kelemahan orang Melayu seperti yang ditulis dalam bukunya “Dilema Melayu”.

Sasaran terkini PM ialah pelajar Melayu yang katanya lemah kerana asyik leka dengan politik semasa. Kalau difikir secara waras, bukankah itu suatu perkembangan yang sihat untuk generasi akan datang – di mana pelajar hari ini peka akan isu-isu semasa dan bersedia untuk mengambil alih kepimpinan masa depan; bukan asyik menjadi ulat buku dan “tinggal dalam kepompong” kampus sahaja! Begitulah agaknya yang PM tua ini mahukan agar pelajar hari ini menjadi “yes men” bila keluar universiti dan mudah dieksploitasi seperti ahli-ahli UmNO yang dungu-dungu belaka. Sebolehnya, beliau tidak mahu jawatan Presiden UmNOnya itu dipertandingkan sampai ke akhir hayat. Siapakah pengkhianat kepada sistem demokrasi yang kununnya masih diamalkan dalam UmNO- parti Melayu yang makin hilang keMelayuannya itu?

Katanya, pelajar patut menumpu sepenuh masa kepada pelajaran supaya wang rakyat tidak disalahgunakan. Ewah ewah…, selama ini yang duit rakyat diguna untuk bina mahligai air mata 200 juta serta “bailout” syarikat penswastaan yang gagal seperti MAS dan TIME Dot.com itu angkara siapa yang meluluskannya. Bukankah Menteri Kewangan dulu (Daim) juga dibawah kabinet PM yang sama. Sekarang bila beliau sendiri menjadi Menteri Kewangan, nak suruh pelajar pula supaya jangan membazir. Mana ada lagi biasiswa kepada pelajar Melayu hari ini? Siapakah pengkhianat kepada bangsa Melayu yang sudah hilang kemudahan biasiswa untuk belajar di IPTA ?

Suatu ketika dahulu bila ada ura-ura supaya sistem kuota ke IPTA dihapuskan, bukan main melenting Pemuda UmNO menentang - kunun merekalah pembela bangsa dan agama. Tetapi sekarang bila PM kata pelajar Melayu lemah kerana asyik berpolitik, UmNO juga yang mencadangkan agar sistem meritokrasi diperkenalkan (maknanya sistem kuota tidak diperlukan lagi). Siapa pula pengkhianat bangsa Melayu dalam hal ini?

Yang tengah hangat sekarang ialah usaha pengambilalihan syarikat gergasi UEM oleh Khazanah Nasional melalui Syarikat Danasaham Sdn. Bhd. Kalau dahulu syarikat swasta berlumba-lumba untuk disenarai dalam bursa saham BSKL, sekarang ini nasib yang sebaliknya akan menimpa UEM Bhd. Maknanya dari pentadbiran swasta menjadi kerajaan – bukankah ini menunjukkan program penswastaan yang ditaja oleh PM sendiri sudah mengalami kegagalan. Di waktu mewah kroni disanjung, waktu susah rakyat pula yang kena tanggung !! Inikah keadilan ala kerajaan UmNO-BN pimpinan PM Mamak tua selama dua dekad. Siapakah pengkhianat bangsa Melayu yang menyebabkan kegagalan pencapaian ekonomi Bumiputera melalui program penswastaan yang hanya menguntungkan kroni dan suku sakat ?

Hujah yang mengatakan UEM perlu diselamat untuk menjaga kebajikan pekerja cuma helah politik semata-mata. Walaupun Daim sudah berhenti, namun peranan beliau “di sebalik tabir” tidak boleh kita ketepikan. Cerita-cerita perselisihan faham antara dia dengan PM mungkin cuma adegan sandiwara untuk meredakan keadaan – kerana Melayu mudah lupa !!!

Tentang isu sosial remaja Black Metal pula, PM tua ini terus tidak mahu ambil tanggungjawab malah menyalahkan guru agama dan kelalaian ibu bapa menjaga anak. Bukankah ia terjadi hasil dari pengaruh pusat hiburan yang berleluasa yang diberi lesen oleh kerajaan BN ! Jadi, siapa pengkhianat kepada keruntuhan akhlak remaja Melayu masa kini ?

Sedarlah wahai bangsa Melayu yang masih setia dengan UmNO. Bangkitlah dan buat muhasabah diri agar suatu pembaharuan dibuat sebelum suatu kehancuran berlaku di atas tindak tanduk pemimpin tua yang hanya mementingkan diri serta kroni dan tidak akan memikirkan masa hadapan generasi Melayu akan datang. Jangan jadikan diri kita hamba di tanah air sendiri yang merdeka – Pemuda Berjiwa Merdeka.

BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010804T105440Z
END:VCARD

Kirim email ke