11.40 pagi
Mahfuz dan tiga yang lain ditahan dilokap

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Mahfuz Omar dan tiga yang lain akan terus dimasukkan ke penjara Kajang petang ini jika mereka tidak membayar denda RM1,500 yang dikenakan ke atas mereka sebelum jam 4 petang ini.

Buat masa ini, ke empat-emopat mereka telah dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sementara menunggu bayaran denda diselesaikan.

Peguam ke empat-empat mereka, Mohammad Hanipa Maidin telah mengesahkan ke empat-empatnya memilih dipenjarakan selama sebulan dari membayar denda RM1,500 kerana tidak rela membayar satu senpun kepada kerajaan yang ada.

Pendirian ini telah disahkan oleh Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor. Sementara itu, sumber mahkamah mengesahkan tindakan Mahfuz memilih penjara sebulan tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai anggota Parlimen Pokok Sena.

Ini kerana, hukuman ke atas beliau adalah denda RM1,500 dan bukannya penjara. Beliau hanya tidak mahu membayar denda itu lalu dikenakan penjara selama sebulan.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke