*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perkataan "samseng" yang disebut oleh Nik Aziz bukan bererti
menghina Allah. Dia menyebut perkataan itu nisbah kapada manusia
yang sombong dan ganas. Pada fahaman orang-orang Kelantan,
perkataan samseng itu ditujukan kepada manusia yang berbuat
kejahatan tanpa menghiraukan undang-undang dan tatasusila
kemanusiaan. Dalam erti lain, seorang samseng itu berbuat
perkara jahat sesuka hatinya, kerana tidak ada pihak yang lebih
kuat yang boleh menghalangnya di bumi ini. Sama seperti Amerika
adalah samseng kerana ia fikir tiada kuasa yang boleh menandingi-
nya dan dia berbuat sesuka hatinya kerana tidak takut kepada
sesiapa yang boleh menentangnya.

Manusia seumpama ini Allah menyatakan mereka itu sebagai
jabbar dan mutakabbir. Jika mereka berperangai samseng di muka
bumi ini, di akhirat kelak mereka akan bertemu Allah yang
lebih hebat lagi, iaitu Allah yang bersifat "Al-Jabbar" dan
"Al-Mutakabbir". Sebab itulah perbuatan-perbuatan manusia
samseng dan negara yang samseng akan dihukum oleh Allah di
suatu masa kelak. Nisbah sifat samseng manusia akan ditentang
oleh sifat "samseng" Tuhan. Allah yang memiliki kuasa mutlak,
dia boleh menghukum manusia samseng tanpa boleh dihalang
oleh mana-mana pihak.

Tapi Allah yang bersifat "Al-Jabbar" dan "Al-Mutakabbir" itu
bukan bererti Allah akan menzalimi manusia di akhirat. Dengan
kedua-dua sifat itu, dia pasti menghukum manusia-manusia
samseng dengan seberat-berat dan sepedih-pedihnya. Sebab itu,
dalam erti lain, manusia patut takut kepada Allah kerana 
balasan siksaNya amatlah berat dan pedih. Itulah sifat-sifat
yang memperingatkan kita terhadap tindak-balas yang bakal di-
terima oleh manusia-manusia yang samseng.

Jika manusia bersikap sombong terhadap ajaran-ajaran Islam,
mereka seolah-olah tidak memperdulikan Allah. Mereka buat
lupa kepada Allah, dan di akhirat kelak, Allah akan buat lupa
kepada mereka. Manusia-manusia samseng lupa kepada Allah, dan
suka berbuat zalim dan mereka tidak menghiraukan apa sebenar-
nya diajar oleh Al-Qur'an. Ini disebut dalam ayat,

Maka rasalah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan
akan pertemuan dengan harimu ini (Hari Qiamat); sesungguhnya
Kami telah melupakan kamu...[As-Sajdah 32:14]

Manusia samseng buat-buat lupa kepada Allah, mereka berlaku
zalim dan bertindak tanpa mengenali batas-batas kemanusiaan.
Oleh kerana mereka buat-buat lupa, maka Allah akan buat-
buat lupa kepada mereka pula. Ini bukan bererti Allah lupa.
Allah tidak lupa. Cuma Allah membalas tindakan manusia samseng
dengan cara mereka pernah buat-buat lupa kepadaNya, sebagai meng-
hina perbuatan samseng mereka itu, Allah tidak akan mengambil
kira mereka itu adalah manusia yang patut dikesihani, tapi
manusia samseng itu patut dilupakan sahaja, dan rayuan mereka
untuk meringankan azab terhadap mereka tidak diperduli oleh
Allah.

Dalam ayat lain, Al-Qur'an ada menyebut bahawa ada jenis manusia
yang Allah tidak mahu bercakap dan tidak mahu melihat kepada
mereka. [lihat ayat dalam Ali-'Imran 3:77]. Ini seolah-olah
Allah itu sombong. Cuma dalam bahasa Al-Qur'an, Allah menyatakan
Dia berbuat seperti mana manusia berbuat sesama manusia. Allah
BUKAN SOMBONG, tapi dia menggunakan bahasa yang boleh difahami
oleh manusia, seolah-olah dia akan berbuat sombong, jika manusia
itu sombong. Adalah mustahil Allah tidak mahu melihat, seolah-
oleh Dia boleh buka dan tutup mata. Dia berkata begitu nisbah
kepada bahasa manusia untuk difahami oleh manusia. Begitu juga
manusia yang berperangai samseng, Allah akan tunjukkan Dia
adalah lebih samseng nisbah kepada manusia yang tunjuk samseng.

Kalau ada orang tidak faham, Allah akan menjadikan neraka sebagai
tempat siksaan yang kekal selama-lamanya, tiada siapa yang berhak
menyoal kenapa Allah berbuat begitu. Tiada siapa yang boleh
menyoal perbuatan Allah itu adakah adil atau tidak. Tiada siapa 
yang berani berkata Allah itu zalim, Dia berbuat apa Dia kehendaki
mengikut hikmahNya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger Chan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke