Re: H-Net* Umar al-Khatab

2000-07-08 Terurut Topik HP Authorized Customer


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
salam..
pliz pay a visit
http://www.skynary.com/puterimas

- Original Message -
From: Omar AlKhatab [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Friday, June 09, 2000 1:50 AM
Subject: H-Net* Umar al-Khatab



 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz
Halim Nasir al-Hafiz di Masjid Batu,Kampung
Pertama,Permatang Pauh,Pulau Pinang.

Muslimin/muslimat rahimmatulmullah.
Ustaz Halim Nasir memulakan kuliyyah Maghrib pada kali
ini dengan membaca 6 ayat pertama dalam Surah
Thaahaa.Dimana beliau mengaitkan ayat-ayat ALLAH itu
dengan seorang insan yang menjadi bapa mertua Nabi
s.a.w.; iaitulah Saiyyidina Umar ibnul Khatab
radiallahuan.
Apabila kita membicarakan 6 ayat pertama daripada
Surah Thaahaa,maka kita tidak akan lupa peribadi yang
mulia ini.Dimana Saiyyidina Umar ibnul Khatab r.a.
merupakan seorang sahabat,yang kita nak ambil contoh
tauladan daripadanya.Kerana diantara petunjuk-petunjuk
yang diajar oleh Nabi s.a.w. ialah mengikuti jalan
para sahabat.Tidakkah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda bahwa, "Sahabat-sahabat aku itu seumpama kamu
lihat bintang-bintang di langit."
[ 1) Kerana bintang tu bercahaya.
  2) Bintang menjadi pedoman bagi orang yang berada di
atas mukabumi.Seperti, bila kita tengok bintang , kita
boleh tahu dimana arah kiblat.Sebab itu, ada suatu
gugusan bintang yang dinamakan 'Orient The
Hunter'.Yang mana bila tuan-tuan tengok di langit,
bentuknya dia ada 2 kepala, ada deretan 3 pisau dan 2
kaki.Dimana yang melintasi garis rentas 3 titik hujung
pisau itulah arah kiblat. ]

Jadi,diantara para sahabat, salah seorangnya ialah
Saiyyidina Umar al-Khatab.Kita tahu dizaman
jahiliyyahnya ,dialah yang paling kuat menentang
Islam.
[ Yang dibuktikan dalam sirah, ada 2 orang dikalangan
sahabat, yang paling kuat menentang Islam dizaman
jahiliyyah mereka; iaitulah Umar al-Khatab dan Khalid
ibn Walid.
Yang kata Khalid al-Walid ni, kebenciannya terhadap
Rasulullah sehinggakan dia pernah menyebut, "Tidak ada
wajah yang paling aku benci/meluat aku tengok ialah
wajah Muhammad bin Abdullah.".Tuan-tuan boleh bayang
ka kalau orang dah tak suka tengok muka kita.Ini
bermakna betapa memuncaknya kebencian Khalid ibn Walid
terhadap Rasulullah; tetapi akhirnya Islam jugak dia.
]
  Kuatnya Umar menentang Islam, sampai kepada
peringkat sahabat-sahabat bercakap sesama
mereka.Bilamana ada seorang sahabat kata, "Alangkah
eloknya kalau Umar memeluk Islam.".Maka jawab sahabat
yang lain, "Umar boleh masuk Islam.Tapi dengan satu
syarat.".Tanya sahabat-sahabat yang lain, "Apa
syaratnya?".Maka jawab sahabat tadi, "Syaratnya ialah
tunggulah dulu unta bapa dia masuk Islam, kemudian
baru Umar masuk Islam."
[ Maknanya, nak bagitau bahwa daripada peribadi Umar
ketika itu yang begitu bengis/garang/tajam serangannya
terhadap Islam, maka sahabat-sahabat menilaikan bahwa
memang 'impossible' Umar boleh masuk Islam ketika itu.
Tapi main dengan al-Quran, tewas juga Umar.Sebab itu,
orang yang kalau di 'siram'/diberitahu dengan Quran,
tapi dia masih berdegil, maka dialah yang paling
kepala batu diantara kepala-kepala batu punya
orang.Kalau dah dengan ayat Quran pun dia tak boleh
berubah, maka kata ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat
74 yang bermaksud,
"Kemudian hati kamu wahai manusia menjadi keras
seperti batu.Bahkan hati kamu akan menjadi lebih keras
daripada batu lagi."
.ALLAH beritahu bahwa kalau orang yang di 'siram'
dengan al-Quran,tapi masih tak mau tunduk kepada
kebenaran, maka melayakkan dirinya dipanggil 'kepala
batu'. ]
   Saiyyidina Umar ini kita tahu, satu hari dia keluar
pi nak bunuh Nabi.
[ Tuan-tuan, apakah level kejahatannya kalau sampai
tahap nak bunuh Nabi? Apa jenis orang ni kalau sampai
sanggup nak bunuh kekasih ALLAH?. Tapi itulah yang ada
pada jiwa Umar al-Khatab. ]

H-Net* Umar al-Khatab.......2

2000-06-14 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….Sambungan…….

Saiyyidina Umar ni, seorang sahabat yang cukup hebat,
tuan-tuan.Dialah orang yang kalau kita baca hadis,
Nabi pernah kata,“Takutlah kamu dengan firasat
orang-orang beriman.Kerana mereka ini melihat dengan
nur cahaya daripada ALLAH.”
[ Maknanya, kita kena takut dengan orang yang
warak-warak ni seperti tok-tok wali/ tok-tok guru/
ulama-ulama besar.Sebabnya kata Nabi bahwa mereka ni
bukannya memandang dengan pandangan mata kasar, tetapi
pandangan mereka adalah daripada panduan ALLAH.Sebab
itu, kita kena berhati-hati dengan cakap-cakap orang
sebegini.
Inilah yang berlaku kepada Saiyyidina Umar.
(i) Bilamana suatu hari di zaman pemerintahannya,
ketika dia berjalan, dia berjumpa dengan seorang
lelaki yang tidak dikenalinya.Lalu ditanyanya kepada
lelaki itu,“Siapa nama kamu?”…Kata lelaki itu,“Nama
saya Jamrah bin Syihab.”…Kemudian tanya Umar
lagi,“Rumah kamu nama apa?”…Kata lelaki itu,“Nama
rumah saya ialah Bahrun Nar.”…Lalu Umar tersenyum
mendengar jawapan-jawapan dari lelaki itu dan kemudian
dia berkata,“Baik kamu balik cepat sebab sekarang
rumah kamu terbakar.”…Lelaki tu mula-mula ingat
Saiyyidina Umar melawak, tapi bila dia balik, hangus
sungguh rumah dia.Mau tak terbakar; nama dia pun
‘Jamrah’ yang bermakna ‘bara api’.Bin
‘Syihab’,maknanya ‘nyala api’.Kemudian rumah pula
namanya ‘Bahrun Nar’ yakni ‘Lautan api’.Inilah yang
dinamakan firasat orang-orang alim.

(ii) Kejadian kedua, ialah semasa beliau sedang
berkhutbah.Tiba-tiba di tengah-tengah dia sedang
berkhutbah tu, dia menyebut benda yang tak termasuk
dalam text ucapan khutbah.Iaitu dia sebut,“Wahai
Sariah; larilah ke gunung! larilah ke gunung! larilah
ke gunung!” Kemudian dia sambung khutbahnya
kembali.Sahabat-sahabat yang dok perati tengok, mula
rasa pelik.(Kalau ‘kita’, sahlah akan didakwa kerana
dicop sebagai membawa ajaran sesat.) Awat tak
peliknya, kerana sahabat yang bernama Sariah pada
waktu itu sedang bertempur di kawasan perbatasan
Rom.Rupa-rupanya ,di waktu sedang khutbah itu tadi,
ALLAH telah mempamirkan di hadapan Umar secara ‘live’
bagaimana Sariah bersama-sama dengan tentera-tentera
Islam sedang dikepung musuh.Lalu Umar melihat sambil
dia berkhutbah, ada sebuah gunung di belakang tentera
Islam, lalu Umar melaung,“Wahai Sariah; larilah ke
gunung! larilah ke gunung! larilah ke gunung!.” Maka
dengan kehendak ALLAH ,Sariah di Rom dapat mendengar
laungan Umar di Madinah.Lalu apabila Sariah mengikut
arahan itu, maka selamatlah tentera-tentera
Islam.Kemudian apabila Sariah balik, sahabat-sahabat
lain pakat tanya,“Wahai Sariah, adakah kamu mendengar
benda-benda pelik sewaktu kamu sedang perang
dulu?”…Sariah kata,“Ada.Aku dengar suara Umar, yang
mengarahkan aku lari ke gunung.Dan apabila aku menarik
tentera-tenteraku ke gunung, maka selamatlah aku
daripada musuh.”…Subhanallah, inilah Umar al-Khatab.

(iii) Tuan-tuan kenal ka siapa dia
Syurahbil?…Syurahbil ialah panglima yahudi/nassara
yang telah tewas dalam peperangan dengan Abu Ubaidah
Amir al-Jarrah.Maka Abu Ubaidah Amir al-Jarrah lah
yang merupakan sahabat Nabi yang telah berjaya
membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman
yahudi/nassara.Telah menjadi adat pada zaman dulu;
apabila tentera yang menang menakluki sebuah kota,
maka pihak yang kalah mesti menyerahkan ‘kunci’ kota
itu kepada pihak yang menang.Lalu Syurahbil berkata
kepada Abu Ubaidah,“Mengikut kitab kami (taurah/injil)
yang kami baca,bahwa sifat orang yang nak terima
‘kunci’ ini,bukanlah kamu.Tapi dalam kitab kami
ini,yang memberitahu bahwa orang yang layak
menerimanya ialah orang yang jubahnya bertampal 19
jahitan.”…Lalu Abu Ubaidah tahu, yang dimaksudkan
ialah Saiyyidina Umar.Lalu dia pun tulis surat kepada
Umar, memohon supaya khalifah datang ke Baitul Maqdis
untuk menerima ‘kunci’ kota daripada tangan panglima
yahudi/nassara itu.Lalu apabila Umar menerima berita
ini, maka dia mengarahkan hambanya siapkan kenderaan,
mengikut riwayat, kenderaan itu ialah unta.Disini kita
perlu ambil pengajaran betapa adilnya Umar walaupun
dia seorang Amirul Mukminin.Yakni,dalam satu hari
perjalanan (yang makan masa berbulan-bulan itu), Umar
membahagi kepada 3 bahagian. 1\3 yang pertama,Umar
naik atas unta,maka orang suruhannya tarik. 1\3 yang
kedua pula,Umar yang tarik,orang suruhannya pula naik
atas unta.Manakala 1\3 yang akhir,mereka berdua
berjalan dan unta dibiarkan.Lalu mereka pun memulakan
perjalanan dengan Umar naik atas unta dulu dan orang
suruhannya tarik.Bila cukup masa, seperti yang telah
dijanjikan, Umar pula tarik dan orang suruhannya pula
naik.Tuan-tuan 

H-Net* Umar al-Khatab

2000-06-08 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz
Halim Nasir al-Hafiz di Masjid Batu,Kampung
Pertama,Permatang Pauh,Pulau Pinang.

Muslimin/muslimat rahimmatulmullah.
Ustaz Halim Nasir memulakan kuliyyah Maghrib pada kali
ini dengan membaca 6 ayat pertama dalam Surah
Thaahaa.Dimana beliau mengaitkan ayat-ayat ALLAH itu
dengan seorang insan yang menjadi bapa mertua Nabi
s.a.w.; iaitulah Saiyyidina Umar ibnul Khatab
radiallahuan.
Apabila kita membicarakan 6 ayat pertama daripada
Surah Thaahaa,maka kita tidak akan lupa peribadi yang
mulia ini.Dimana Saiyyidina Umar ibnul Khatab r.a.
merupakan seorang sahabat,yang kita nak ambil contoh
tauladan daripadanya.Kerana diantara petunjuk–petunjuk
yang diajar oleh Nabi s.a.w. ialah mengikuti jalan
para sahabat.Tidakkah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda bahwa, “Sahabat-sahabat aku itu seumpama kamu
lihat bintang-bintang di langit.”
[ 1) Kerana bintang tu bercahaya.
  2) Bintang menjadi pedoman bagi orang yang berada di
atas mukabumi.Seperti, bila kita tengok bintang , kita
boleh tahu dimana arah kiblat.Sebab itu, ada suatu
gugusan bintang yang dinamakan ‘Orient The
Hunter’.Yang mana bila tuan-tuan tengok di langit,
bentuknya dia ada 2 kepala, ada deretan 3 pisau dan 2
kaki.Dimana yang melintasi garis rentas 3 titik hujung
pisau itulah arah kiblat. ]

Jadi,diantara para sahabat, salah seorangnya ialah
Saiyyidina Umar al-Khatab.Kita tahu dizaman
jahiliyyahnya ,dialah yang paling kuat menentang
Islam.
[ Yang dibuktikan dalam sirah, ada 2 orang dikalangan
sahabat, yang paling kuat menentang Islam dizaman
jahiliyyah mereka; iaitulah Umar al-Khatab dan Khalid
ibn Walid.
Yang kata Khalid al-Walid ni, kebenciannya terhadap
Rasulullah sehinggakan dia pernah menyebut, “Tidak ada
wajah yang paling aku benci/meluat aku tengok ialah
wajah Muhammad bin Abdullah.”…Tuan-tuan boleh bayang
ka kalau orang dah tak suka tengok muka kita.Ini
bermakna betapa memuncaknya kebencian Khalid ibn Walid
terhadap Rasulullah; tetapi akhirnya Islam jugak dia.
] 
  Kuatnya Umar menentang Islam, sampai kepada
peringkat sahabat-sahabat bercakap sesama
mereka.Bilamana ada seorang sahabat kata, “Alangkah
eloknya kalau Umar memeluk Islam.”…Maka jawab sahabat
yang lain, “Umar boleh masuk Islam.Tapi dengan satu
syarat.”…Tanya sahabat-sahabat yang lain, “Apa
syaratnya?”…Maka jawab sahabat tadi, “Syaratnya ialah
tunggulah dulu unta bapa dia masuk Islam, kemudian
baru Umar masuk Islam.”
[ Maknanya, nak bagitau bahwa daripada peribadi Umar
ketika itu yang begitu bengis/garang/tajam serangannya
terhadap Islam, maka sahabat-sahabat menilaikan bahwa
memang ‘impossible’ Umar boleh masuk Islam ketika itu.
Tapi main dengan al-Quran, tewas juga Umar.Sebab itu,
orang yang kalau di ‘siram’/diberitahu dengan Quran,
tapi dia masih berdegil, maka dialah yang paling
kepala batu diantara kepala-kepala batu punya
orang.Kalau dah dengan ayat Quran pun dia tak boleh
berubah, maka kata ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat
74 yang bermaksud,
“Kemudian hati kamu wahai manusia menjadi keras
seperti batu.Bahkan hati kamu akan menjadi lebih keras
daripada batu lagi.”
…ALLAH beritahu bahwa kalau orang yang di ‘siram’
dengan al-Quran,tapi masih tak mau tunduk kepada
kebenaran, maka melayakkan dirinya dipanggil ‘kepala
batu’. ]
   Saiyyidina Umar ini kita tahu, satu hari dia keluar
pi nak bunuh Nabi.
[ Tuan-tuan, apakah level kejahatannya kalau sampai
tahap nak bunuh Nabi? Apa jenis orang ni kalau sampai
sanggup nak bunuh kekasih ALLAH?… Tapi itulah yang ada
pada jiwa Umar al-Khatab. ]
Dengan bengisnya serta terhunus pedang ditangannya,
dia pergi ke rumah Rasulullah.Ketika mana ditengah
perjalanannya itu, dia disapa oleh seorang kafir
Quraisy, “Yang kamu sibuk nak bunuh Muhammad, tapi la
ni adik kamu Fatimah, dah ikut  Muhammad.Mengapa kamu
tak bunuh dia?”…Lalu dengan perancangan ALLAH, Umar
menukar haluan ke rumah adiknya,Fatimah.Waktu dia
sampai di rumah adiknya, ketika itu Fatimah sedang
membaca ayat-ayat ALLAH dalam bentuk suhuf.Lalu
ditampar adiknya dan merampas suhuf itu, dan
didapatinya di suhuf itu ialah 6 ayat pertama Surah
Thaahaa.Bila Umar tengok,dia gementar.Kerana itulah
al-Quran yang ALLAH sebut,
“Quran ini bukannya syair.Sedikit sangat kamu yang
beriman.Dan Quran ini juga bukannya jampi mentera.”
[ Lalu ustaz Halim cerita semasa dia berceramah di
Surau al-Munawwarah,Taiping; seorang AJK surau telah
mengisahkan hal peribadinya kepada ustaz macamana
hatinya terbuka untuk menyertai perjuangan
Islam.Sebelum ini, cerita hamba ALLAH itu, dia adalah
seorang yang