Re: H-Net* Virus Nipah --- Akibat menentang ALLAH

2000-07-01 Terurut Topik mona mz


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
setahu saya..ade ladang2 babi yg sekitar ipoh ni..
tanah nye milik org melayu.. setiap bulan mendapat
komisen@habuan dari hasil itu. khabarnyer beliau
bukan sebarangan org kat Perak ni.. antara suku-sakat
yg kaya-raya lagi berpangkat.. Hmmm, kaya dgn duit
hasil berjualbeli binatang yg jelas Allah haramkan .. 
Baru ni saya dengor citer lagi.. khabarnye org
berpangkat ni, tak pernah jijak kaki ke masjid.. even
terkenal dgn sikap [EMAIL PROTECTED] Wallahu'alam..

~bila dah terlalu kufur dgn nikmat, Allah hijabkan
segala2nya~


--- Fawzi Bin Kassim [EMAIL PROTECTED] wrote:
 
 
 
 Virus Nipah kini merebak ke Pulau Pinang
 

__
Do You Yahoo!?
Kick off your party with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: mona mz [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Virus Nipah --- Akibat menentang ALLAH

2000-06-30 Terurut Topik Fawzi Bin Kassim


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~



Virus Nipah kini merebak ke Pulau Pinang

PULAU PINANG 30 Jun - Virus pembunuh, Nipah kini merebak pula ke Pulau
Pinang setelah menyerang beberapa ladang ternakan babi di negeri Perak dan
Sarawak.

Hari ini, lima buah ladang ternakan babi yang terletak di daerah Barat Daya negeri ini
disyaki dijangkiti virus tersebut.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Zairi Serlan berkata, jangkitan virus
tersebut telah dimaklumkan kepada pihaknya oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Kuala Lumpur apabila ujian darah babi di makmal Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Ipoh mendapati lima buah ladang itu hampir pasti dijangkiti virus tersebut.

Katanya, perkembangan terbaru itu hasil daripada Program Pengawasan Virus Nipah
Fasa 3 yang dijalankan oleh kerajaan negeri bagi membasmi penyakit itu sejak awal
Mei lalu.

Beliau berkata, tiga daripada ladang tersebut terletak di Batu Maung, sebuah di
Kampung Genting, Balik Pulau manakala sebuah lagi di Sungai Tiram, Bayan Lepas.

''Kesemua lima buah ladang ini dikuarantin mulai hari ini dan penternak tidak dibenar
membawa atau memindah keluar babi atau dagingnya dari ladang terlibat sehingga
diberitahu kelak,'' katanya yang membuat lawatan ke ladang-ladang tersebut untuk
tujuan pemantauan.

Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua babi di ladang ternakan terlibat tidak akan
dimusnahkan sementara menunggu pengesahan ujian darah dari Australia.

Dr. Zairi memberitahu, Program Pengawasan Virus Nipah Fasa 3 di Pulau Pinang
telah dimulakan pada 9 Mei lalu dan sehingga 27 Jun lalu, sebanyak 4,819 sampel
darah babi telah diambil dari 182 ladang di seluruh negeri tersebut.

Di Sibu Sarawak sebelum ini Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri itu
menemui sebanyak 48 serum dari tujuh ladang ternakan babi di daerah itu dijangkiti
virus berkenaan.

Ekoran itu, ladang terbabit, yang mengandungi sejumlah 3,647 ekor babi, diarahkan
tutup.

Ladang itu ialah Ladang Batu 12, Jalan Durin, Ladang Batu 15 dan Batu 25, Jalan
Oya, Ladang Jalan Terusan Teku, Ladang Jalan Ulu Lanang dan dua buah ladang di
Jalan Kwang Tung.

Sementara di Perak, hampir 2,000 ekor babi telah dimusnahkan di beberapa buah
ladang ternakan di negeri itu sejak beberapa minggu ini setelah dijangkiti virus
tersebut.

Berikutan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu, Dr. Zairi menasihatkan orang
ramai agar bertenang dan tidak panik ekoran penemuan tersebut.

Beliau seterusnya meminta para penternak dan semua yang terlibat dalam industri itu
supaya sentiasa berhati-hati dan memakai pakaian perlindungan semasa
mengendalikan ternakan tersebut.

''Mereka juga diminta supaya memberi kerjasama kepada kerajaan dalam kerja-kerja
mengesan dan menyiasat jangkitan virus berbahaya ini,'' katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya ada di kalangan penternak dan pekerja mereka yang
berasa kurang sihat, mereka diminta mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan
segera serta melaporkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk
penyiasatan lanjut.
 







Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" [EMAIL PROTECTED]