*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

BErikut adalah dialog antara saya dan Akhi Hafidh Firdaus berkenaan
dengan isu 
berzikir berkumpulan dan bersheikh.  Semoga kita akan dapat berkat dan
ilmu darinya.

(BErmula)
waalaikumsalam warahmatullah,


> > > Soalnya sekarang ialah:
> > >
> > > 1) Adakah Ibnu Masuud berbuat KESILAPAN di dalam
> > > melarang orang2 berzikir dengan
> > > kuat dan bersheikh serta
> > > berkumpulan seperti yang dinyatakan dalam riwayat
> > > Amr bin Salamah tersebut???

Abdullah ibnu Mas'ud radiallahu-anhu tidak membuat
kesilapan, malah  tindakan  beliau sebenarnya
menguatkan lagi keterangan as-Shafie rahimahullah, 
bahawa  zikir secara kuat yang diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas radiallahu-anhu  adalah  sekali-sekala atas
tujuan mengajar umat cara berzikir selepas solat 
fardhu.

Kes yang dihadapi oleh Ibnu Mas'ud adalah apabila ahli
zikir sudah tahu  tentang kalimah-kalimah zikir ttp
mereka sengaja menguatkannya mengikut seorang shaikh.


> > > 2) Mengapa berlaku PERCANGGAHAN di antara kedua2
> > > riwayat?

Seperti penjelasan saya di atas, kedua-dua riwayat di
atas merujuk  kepada  kes dan suasana yang berbeza.


> > > 3) Adakah hujjah Imam Syafiee itu KUAT di dalam
> > > menyatakan bahwa riwayat Ibnu
> > > Abbas dan Ibnu Zubair
> > > itu hanya mencerminkan tindakan Nabi untuk MENGAJAR
> > > dan bukannya untuk menjadi
> > > AMALAN kepada kita
> > > semua??

Saya kira ianya adalah kuat kerana hujah beliau berada di bawah 
bimbingan  
ayat 110 surah al-Isra dan beberapa hadis lain yang menerangkan 
perbuatan  Nabi sallallahu-alaihi-wasallam selepas
solat. Hadis-hadis tersebut  menerangkan baginda hanya
duduk sementara menunggu jamaah wanita  keluar. 
Tidak pula diterangkan semasa duduknya itu baginda
bertasbih dan  bertakbir dengan kuat.

Penerangan as-Shafie ini juga menepati firman Allah dlm ayat 205 surah
al-A'raaf .

> > > Kalau tidak kuat adakah ulama2 lain yang MENENTANG
> > > hujjah Imam Syafiee tersebut.

Saya tidak kata menentang ttp saya berkata berbeza
pendapat kerana bab ini melibatkan tafsiran antara 
beberapa dalil yang sahih. Antara yang berbeza 
pendapat ialah Ibnu Taimiyah, Ibnu Hazm dan Abdul Aziz
bin Baaz. Lihat buku saya "Zikir-zikir selepas Solat
Fardhu" (Jahabersa), ms 34-50

> > > p.s Golongan yang mempertahankan zikr berkumpulan
> > > ini menggunakan hujjah ini (
> > > antara lainnya):
> > > > "Saya memang mengetahui keadaan selesainya Nabi
> > > SAW dari
> > > > sembahyangnya (ialah dengan sebab saya mendengar)
> > > suara takbir (yang
> > > > disuarakan dengan nyaring." HR Imam Al-Bukhari,
> > > Muslim dan Ibnu
> > > > Juraij)
> > > > Maka dalam konteks ini, tentu sekali Rasullullah
> > > SAW being the Sheikh
> > > > of halaqah zikir. Zikir jahr/kuat (kalimah
> > > ALLAH/tayyibah) yang
> > > > dilakukan oleh orang tareqat  adalah tidak
> > > menyalahi malah ada asas
> > > > Sunnahnya. Namun hari ini Wahhabi tidak pernah pun
> > > kelihatan berzikir
> > > > atau pun bersalawat di perkarangan Masjidil Haram
> > > mahupun Masjidil
> > > > Nabi  - kata mereka bid'ah.  Sebenarnya merekalah
> > > pembid'ah paling
> > > > besar. I rest my case.
> > >

Hujah paling kuat yang mereka ada bagi menolak hadis
Ibnu Mas'ud adalah bahawa ia merupakan pendapat /
fatwa seorang sahabat. Hujah ini sebenarnya lemah juga
kerana:

[1] Ibnu Abbas juga memberikan gambaran tentang kaedah
zikir Nabi berdasarkan PENGAMATANNYA sendiri dan
bukannya ajaran lisan Nabi.

[2] Dalam berbagai hadis kaedah zikir selepas solat,
hanya Ibnu Abbas seorang sahaja yang menerangkan
bahawa ianya dilakukan secara kuat berramai-ramai.

[3] Dalam salah-satu riwayatnya, Ibnu Abbas berkata
dia dapat mengetahui bahawa Nabi mengakhirkan solatnya
dengan berzikir secara kuat. Ini agak aneh 
kerana akhirnya solat diketahui dengan salam, bukannya
zikir yang kuat.

Hasbi as-Shiddieqie berkata, ini menunjukkan bahawa
hal ini berlaku di awal Islam, ketika usia Ibnu Abbas
masih budak kecil sehingga dia tidak turut 
serta bersolat jemaah. Kerana jika dia turut
berjamaah, dia akan mengetahui akhirnya solat dengan
salam, bukan kerana terdengar bunyi zikir. Ketika Nabi
wafat, umur Ibnu Abbas ialah lebih kurang 13 tahun.
Ini menunjukkan bahawa hadis berzikir dengan kuat
berlaku di zaman awal Islam ketika umur Ibnu Abbas
kira-kira 3 tahun (lebih kurang shj) di mana Nabi
bertindak mengajar umat cara-cara berzikir. Setelah itu Nabi
berzikir secara perlahan sepertimana yang diisyaratkan
oleh lain-lain hadis.

Bagi saya ini adalah cara terbaik bagi memahami antara
hadis Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan lain-lain hadis
dalam bab ini.

Mungkin juga pihak yang tidak bersetuju berhujah
dengan kaedah tarjih hadis, bahawa hadis yang
diriwayatkan oleh sahabat yang junior mengatasi hadis
yang  diriwayatkan oleh sahabat yang senior kerana sahabat
yang junior hanya akan meriwayatkan sesuatu yang
terbaru (the latest) manakala sahabat senior 
kemungkinan meriwayatkan sesuatu yang terdahulu yang
telah dibatalkan hukumnya.

Saya berkata, dalam bab tarjih ini ada juga beberapa
clause  lain yang perlu diberi perhatian:

Pertama: hadis yang diriwayatkan oleh ramai sahabat
mengatasi hadis yang diriwayatkan oleh seorang
sahabat.

Kedua: Hadis yang selari dengan nas al-Qur'an
mengatasi hadis yang tidak selari dengan nas
al-Qur'an.

Ketiga: Dalam keterangan Ibnu Abbas sendiri terdapat
isyarat bahawa apa yang diriwayatkannya berlaku semasa
umurnya yang masih kecil, katakan about 3 tahun, iaitu
10 tahun sebelum Nabi wafat.

Ada sebuah dalil lain riwayat Bukhari (4205) dan
Muslim (2704), bahawa para sahabat dalam satu
ekspedisi telah bertakbir dengan kuat. Mendengar itu
Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam bersabda: "Wahai manusia
kasihanilah diri kamu krn bukanlah kalian menyeru kpd
Zat yg pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau 
menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat
dengan kamu.

Anyway, siapakah "Wahabi" yang tidak berzikir atau pun
bersalawat di perkarangan Masjidil Haram mahupun
Masjidil Nabi ? Mereka ada pakai name tag kah ?

Sekian wasallam.
(Berakhir)

(Bermula Artikel Original)

>Assalamaualaikum,
>
>Baru2 ini saya ada bertanya tentang hadeeth Ibnu
>Mas'ud seperti yang dinyatakan
>dibawah:
>
>   From ’Amr Ibn Salamah: “We used to sit at the door
>of ’Abdullaah Ibn Mas’ood
>before the Morning Prayer, so that when he came out, 
> we would be able to walk with him to the
>mosque.  So Aboo Moosaa
>   al-Ash’aree came to us, so he said, ‘Has Aboo
>’Abdur-Rahmaan come out yet?’
>So we said, ‘No.’  So
>   he sat with us until he came out.  So when he came
>out, all of us stood up
>with him.  So Aboo Moosaa
>   said to him, ‘O Abaa ’Abdur-Rahmaan, verily I saw
>in the mosque a detestable
>action that I hated – but I
>   did not see – and the praise is for Allaah –
>anything except good.’  He said,
>‘So what was it?’  He said,
>   ‘If you live, you will see it.  I saw in the
>mosque, a people sitting in
>circles, waiting for the Prayer.  There
>   was a man in every circle, and in their hands were
>pebbles, so he would say:
>‘So Allaahu Akbar (Allaah
>   is Greater) one hundred times,’ so they would say
>it one hundred times.  So he
>would say: ‘Say
>   al-hamdulillaah (the praise is for Allaah) one
>hundred times,” so they would
>say it one hundred times.
>   And he would say: ‘Say subhaanallaah (Free is
>Allaah from all imperfection)
>one hundred times,’ so
>   they would say it one hundred times.’  He said,
>‘So what did you say to
>them?’  He said, ‘I did not say
>   to them anything, I waited for your command.’  He
>said, ‘Would that you had
>ordered them to count up
>   their evil deeds, and assured them that nothing
>from their evil deeds would be
>lost!’  Then he went, and
>   we went with him, until he came upon the circles
>of these people.  So he stood
>over them and said,
>   ‘What is this that I see you doing?!’  They said,
>‘O Abaa ’Abdur-Rahmaan,
>these are pebbles upon
>   which we count the takbeer, tahleel, and tasbeeh.’
>  He said, ‘Then count up
>your evil deeds, and I
>   assure you that nothing from your evil deeds will
>be lost.  Woe to you O Ummah
>of Muhammad!  How
>   quickly you rush to destruction!  These are the
>Companions of your Prophet
>(sallallaahu ’alayhi wa
>   sallam) who are abundant.  And these are his
>clothes that have not yet
>decayed, and his bowl that is
>   still unbroken.  By Him in Whose Hand my soul is,
>either you are upon the
>religion better guided than
>   the Ummah of Muhammad, or you are opening the door
>to misguidance.’  They
>said, ‘By Allaah O Abaa
>   ’Abdur-Rahmaan, we did not intend anything except
>good.’  He said, ‘And how
>many people intend good
>   yet do not achieve it?  Verily the Messenger
>(sallallaahu ’alayhi wa sallam)
>informed us: “Verily there will
>   be a people reciting the Qur‘aan, yet it will not
>pass beyond their throats.”
>[1] By Allaah I do not know,
>   perhaps most of them are from amongst you.’  Then
>he left them.  So ’Amr Ibn
>Salamah said: We saw
>   the great majority of these people fight against
>us upon the day of
>an-Nahrawaan along with the
>   Khawaarij.”
>
>Saudara Hafidh Firdaus ada komen bahwa riwayat ini
>adalah JAYYID sanadnya berdasarkan kepada pendapat beberapa
>orang ulama hadeeth..
>
>Soalnya sekarang saya berjumpa TIGA riwayat dalam
>Sahih Muslim yang berkata tentang Nabi SAW berzikir secara JAHR selepas solat:
>
>1) Hadeeth 357: Dari Ibnu Abbas, katanya:" Dahulu
>Kami mengetahui selesainya
>sembahyang Rasulullah SAW dengan ucapan beliau
>"takbir".
>
>2) Hadeeth 358 : Dari Ibnu Abbas, katanya"Bahwa zikr
>dengan suara lantang
>setelah selesai sembahyang adalah kebiasaaan di
>zaman Nabi SAW.  Kata Ibnu Abbas" Jika telah ku
>dengar suara berzikir, tahulah
>saya bahwa orang telah bubar sembahyang"
>
>3) Hadeeth 366: Dari Abu Zubair katanya: "Adalah
>Abdullah bin Zubair mengucapkan
>pada tiap2 selesai sembahyang sesudah memberi
>salam:.........." KAta Abdullah
>bin Zubair" Adalah Rasulullah SAW Mengucapkannya
>dengan suara yang lantang tiap2
>selesai sembahyang"
>
>Ketiga2 hadeeth ini saya nuqil dari kitab
>"Terjemahan hadeeth Shahih Muslim"
>jilid I, II dan III terbitan Pustaka Al Husna, I/39
>Kebon Sirih Barat, Djakarta, 1980.
>
>Pada waktu yang sama saya mendapati huraian dari Al
>Umm berkenaan dengan riwayat2 ini seperti berikut:
>
>(QUOTE) Dalam kitabnya “al-Umm”, jld 1, ms 295-297,
>Imam as-Shafie (204H) menulis  bahawa: (Perhatian: 
>Penjelasan tambahan dalam kurungan adalah
>dari saya  sendiri)
>
>‘Saya (Imam Shafie) memandang baik bagi Imam dan
>makmum, bahawa
>berzikir  kepada Allah, sesudah keluar (selesai)
>daripada solat.
>Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali bahawa
>dia itu adalah
>seorang Imam yang harus orang belajar daripadanya.
>
>Maka dia (Imam) mengeraskan suaranya, sehingga dia
>melihat bahawa
>orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia
>mengecilkan
>(memperlahankan) suaranya. Allah Azza wa Jalla telah
>berfirman
>(dalam surah Al Israa’ 17, ayat 110):
>  “… Dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa
>engkau atau sembahyangmu, juga janganlah engkau 
> perlahankannya
>…”
>
>Yakni – Allah sahaja yang Maha Mengetahui – ialah
>doa. Tidaklah engkau
>  keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara.
>Dan tidak engkau
>diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau
>dengar sendiri.
>
>Saya (Imam Shafie) mengira (berpendapat), bahawa
>yang diriwayatkan
>daripada Ibnu Zubair adalah dari ‘Tahlilnya’ Nabi
>SAW. Dan yang
>diriwayatkan daripada  Ibnu Abbas adalah dari
>‘Takbirnya’, sebagaimana
>yang kami (Imam Shafie) riwayatkan.
>
>  Saya mengira (berpendapat) bahawa Nabi SAW
>mengeraskan sedikit
>suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya.
>Yang demikian itu
>kerana umumnya riwayat yang kami (Imam Shafie)
>tuliskan bersama ini dan yang
>lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam ,
>akan pembacaan ‘Tahlil’ dan
>‘Takbir’. Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW
>berzikir sesudah
>solat, dengan yang saya terangkan itu. Dan disebut
>juga perginya Nabi SAW dari
>solat dengan tanpa zikir. Dan Ummu Salamah
>menyebutkan berhentinya Nabi SAW
>sekejap sesudah solat dan beliau tidak berzikir
>dengan dengan keras (kuat).
>
>Saya mengira, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang
>sekejap itu, selain
>untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara.
>
>  Kalau ada yang bertanya, ‘Seperti apakah zikir itu
>?’ Maka saya (Imam
>Shafie) menjawab – Bahawa sepertimana beliau (Nabi
>SAW) mengerjakan
>solat di  atas mimbar yang berdirinya dan rukunya di
>atas mimbar itu. Dan
>kemudian beliau (Nabi SAW) mundur, sehingga beliau
>sujud di atas lantai.
>
>Dan kebanyakkan umurnya, beliau (Nabi SAW) tidak
>mengerjakan solat di
>atas mimbar. Akan tetapi pada pendapat saya (Imam
>Shafie), bahawa Nabi
>SAW menyukai agar untuk dipelajari oleh orang yang
>tidak dapat melihatnya,
>dari orang yang jauh daripadanya – bagaimana
>berdiri, rukuk dan
>mengangkat tangan. Beliau mengajari mereka bahawa
>pada yang demikian
>itu semua penuhkelapangan.
>
>Saya menyukai bahawa (seseorang) imam itu berzikir
>kepada Allah dengan
>sesuatu (bacaan) pada tempat duduknya, sekadar dapat
>orang-orang yang
>pergi dari (kaum) wanita, sebagaimana kata Ummu
>Salamah. Kemudian imam
>itu bangun berdiri.
>
>Kalau dia (imam) berdiri sebelum itu atau dia duduk
>lebih lama dari
>yang demikian, maka tiadalah sesuatu atasnya
>(tidaklah bersalah).
>Bagi makmum, dapat dia terus pergi, apabila Imam
>telah menyelesaikan
>salam, sebelum imam itu berdiri. (Akan tetapi),
>bahawa makmum melambatkan
>dari yang demikian, sehingga dia pergi sesudah
>perginya imam atau
>bersama-sama imam,adalah lebih saya sukai.
>
>Saya (Imam Shafie) menyukai bagi orang yang
>sembahyang sendirian dan
>bagi makmum, bahawa memanjangkan (membanyakkan)
>zikir sesudah solat. Dan
>membanyakkan doa, kerana mengharap diterima oleh
>Allah Subhanahu wa
>Ta’ala sesudah solat fardhu.(UNQUOTE)
>
>
>Soalnya sekarang ialah:
>
>1) Adakah Ibnu Masuud berbuat KESILAPAN di dalam
>melarang orang2 berzikir dengan
>kuat dan bersheikh serta
>berkumpulan seperti yang dinyatakan dalam riwayat
>Amr bin Salamah tersebut???
>
>2) Mengapa berlaku PERCANGGAHAN di antara kedua2
>riwayat?
>
>3) Adakah hujjah Imam Syafiee itu KUAT di dalam
>menyatakan bahwa riwayat Ibnu
>Abbas dan Ibnu Zubair
>itu hanya mencerminkan tindakan Nabi untuk MENGAJAR
>dan bukannya untuk menjadi
>AMALAN kepada kita
>semua??
>
>Kalau tidak kuat adakah ulama2 lain yang MENENTANG
>hujjah Imam Syafiee tersebut.
>
>p.s Golongan yang mempertahankan zikr berkumpulan
>ini menggunakan hujjah ini (
>antara lainnya):
>
> > Al Imam al-Hafidz Al-Maqdisiy dalam kitabnya
>"Al-Umdah Fi
> > Al-Ahkaam"(25) pernah memberitakan: Abdullah b
>Abbas menyebutkan
> > bahawa berzikir dengan mengangkat suara di kala
>para jemaah selesai
> > dari sembahyang fardhu adalah di amalkan
>(sentiasa) di zaman
> > Rasullullah SAW.  Ibnu Abbas menceritakan:
> >
> > "Saya memang mengetahui keadaan selesainya Nabi
>SAW dari
> > sembahyangnya (ialah dengan sebab saya mendengar)
>suara takbir (yang
> > disuarakan dengan nyaring." HR Imam Al-Bukhari,
>Muslim dan Ibnu
> > Juraij)
>
> > Hadith yang sama dikemukakan juga oleh Imam Abd
>Wahab Asy-Sya'rani
> > dalam kitabnya "Kasyf al-Ghummah" (110); demikian
>juga Imam
> > Al-Kasymiriy dalam kitabnya Faidh Al-Baari (315)
>dan As-Sayyid Muhd.
> > Siddiq Hasan Khan dalam kitabnya "Nuzul Al-Abrar"
>(97); juga Imam
> > Al-Baghawiy dalam kitabnya "Mashaabiih as-Sunnah"
>(1:48) dan Imam
> > as-Syaukani dalam "Nail al-Autar"
>
> > Maka dalam konteks ini, tentu sekali Rasullullah
>SAW being the Sheikh
> > of halaqah zikir. Zikir jahr/kuat (kalimah
>ALLAH/tayyibah) yang
> > dilakukan oleh orang tareqat  adalah tidak
>menyalahi malah ada asas
> > Sunnahnya. Namun hari ini Wahhabi tidak pernah pun
>kelihatan berzikir
> > atau pun bersalawat di perkarangan Masjidil Haram
>mahupun Masjidil
> > Nabi  - kata mereka bid'ah.  Sebenarnya merekalah
>pembid'ah paling
> > besar. I rest my case.
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke