Berita // News :
Calon-calon PAS Muda, Profesional Dan Berwibawa
hold=0>
Wednesday, July 10, 2002 - 10:01 PM GMT



PAS
memperkenalkan calon-calon mereka untuk pilihanraya kecil Pendang dan Anak
Bukit dalam satu majlis di Sungai Baru 9 Julai yang lepas. Majlis
Pengumuman Calon berlangsung di Markas Pemuda di Sungai Baru pada jam 9.00
malam, 9 Julai yang lalu. Antara pemimpin yang hadir termasuk YAB Tuan Guru
Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Pemangku Presiden PAS, YB Datuk Hj Mustafa
Ali, Naib Presiden PAS, YB Ustaz Azizan Razak Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir. HJ
Sahri Bahri Setiausaha Agung keADILan, Dr Sanusi Osman Setiausaha Agung PRM,
YB Saifuddin Nasution Ismail Timbalan Ketua P! emuda Keadilan, YB Hj
Fakrulrazi Zawawi, Pemangku YDP PAS kawasan Kuala Kedah, YB Mohamad Sabu
ahli parlimen PAS Kuala Kedah, Dr Lee Boon Chye, Gobalakrishnan, Low Chee
Cheong beserta pemimpin BA yang lain. Dalam ucapan-ucapan mereka, YB
Saifuddin dan YB Tuan Hj Hadi mengajak pengundi Anak Bukit untuk memastikan
kemenangan calon PAS/BA untuk terus menafikan majoriti 2/3 BN di Kedah.
Mereka turut mendedahkan penyelewengan oleh kerajaan BN di Kedah, termasuk
bagaimana projek Muzium Padi di Gunung Kriang dalam kawasan Anak Bukit
diusahakan oleh syarikat Ekran, milik kroni Mahathir, Ting Pek Khiing, gagal
disiapkan walaupun kerajaan negeri sudahpun membayar RM19 juta. YAB Tuan Hj
Hadi seterusnya memperkenalkan calon PAS di DUN Anak Bukit, Ir Hj Amiruddin
Hamzah.Ir Hj Amiruddin, 40 merupakan lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan dan
Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada universiti Bradford, England. Beliau
anak tempatan Kuala Kedah dan ibubapan! ya merupakan bekas pendidik. Bekas
Pelajar MRSM Seremban ini pernah bertugas sebagai jurutera MADA 1984-96 dan
sebagai Pengurus Kanan Darulaman Realty Sdn Bhd pada tahun 1997-99. Beliau
kini menguruskan firma perunding pengurusan sendiri. Beliau memang aktif
dalam PAS sejak muda lagi dan merupakan sekarang merupakan AJK Dewan Pemuda
PAS Kedah dan AJK Badan Perhubungan PAS Kedah. Turut diperkenalkan oleh YAB
Tuan Hj Hadi termasuklah calon PAS di Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Mohd
Osman, 44 tahun. Dr Mohd Hayati merupakan bekas pelajar Maktab Mahmud Alor
Star, Kolej Islam Klang serta Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Jitra,
Kedah. Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di UKM dan
lulus pada tahun 1983. Sebelum ini Dr Hayati pernah bertugas sebagai Pegawai
Perubatan HKL, Hospital Alor Star dan Hospital Baling. Beliau kemudiannya
membuka klinik sendiri bersama isterinya Dr Rahimah Sahit di Pekan Pendang.
Dalam PAS, b! eliau merupakan AJK PAS kawasan Pendang. PAS pada kali ini
berniat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai lapisan
pemimpin dari golongan muda dan profesional dan yakin calon-calon mereka
pasti mendapat sokongan rakyat. Calon-calon PAS selamat dinamakan pada hari
penamaan semalam dan yakin untuk menghadapi lawan mereka Othman Abdul dan
Zakaria Said.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke