PAS serah senarai nama 'pengundi hantu' kepada semua petugas
Tuesday, July 16 @ 09:56:27 MYT


PENDANG, 16 Julai (Hrkh)- Setiap jentera UPU PAS akan diedarkan senarai nama
pengundi yang telah mati tetapi masih terdapat dalam senarai pengundi.

Tindakan ini diambil sebagai langkah untuk mengesan pengundi hantu pada hari
pembuangan undi 18 julai ini, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abd
Razak.
Jelas beliau, petugas akan memastikan tidak ada nombor kad pengenalan
pengundi yang sama dengan nombor kad pengenalan pengundi yang telah mati,
dan sekiranya perkara tersebut berlaku protes akan segera dibuat.
"Pengalaman kita dalam pilihan raya lepas, ada beberapa kes yang kita temui
no kad pengenalan yang sama tetapi digunakan oleh orang berlainan," ujarnya.
Selain itu menurut Ustaz Azizan, beliau juga telah mengarahkan seluruh UPU
PAS Kedah menyenaraikan nama-nama pengundi yang telah mati tetapi masih
terdapat dalam senarai! pengundi untuk dibuat bantahan secara besar-besaran
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Cukuplah orang mempermainkan kita selama ini dan sekarang adalah masa untuk
kita memperbetulkan keadaan," tegas beliau dalam ceramahnya bersama Tuan
Guru Nik Aziz dan Dr Wan Azizah di Sebarang Pendang.
Dalam pada itu juga, Ustaz Aziizan turut menasihatkan pengundi-pengundi di
Pendang supaya menolak parti yang tidak ada dasar perjuangan seperti Umno.
Dahulu katanya, Umno mempunyai dasar perjuangan untuk membela nasib orang
Melayu.
Tetapi tambah beliau, dasar perjuangan Umno itu sudah tiada sekarang ini,
bahkan Umno sendiri telah menghina Melayu sebagai 'haprak' dan bertanggung
jawab menghakis keistimewaan orang Melayu.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke