Re: [ingatan] Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ --- Si Tanggang <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 4. rogol selalunya ditempat tempat yg sunyi tiada berorang dsbnya..namun jika ada yg nampak tapi buat dek saja bukan hal aku katanya...maka apakah hukuman yg jatuh terhadapnya..adakah dia terlepas dari hukuman.walhal dia tahu orang tu akan menjadi mangsa rogol.. J : Menurut ustaz Jailani, orang yang buat dek saja bila dia nampak sendiri depan mata dia bahwa seorang perempuan sedang dirogol, maka berdosalah dia.Dia berkewajipan untuk mencegah perbuatan itu dengan apa cara sekali pun.Lainlah kalau ketika itu si perogol ada senjata ditangannya, maka ikhtiar cara lain perlu diusahakan.Bukan makna ditinggalkan begitu sahaja.Kalaulah dia bersama dengan 1 atau 2 orang rakan lain yang nampak perbuatan itu, bermakna tidak lagi cukup 4 saksi, maka mereka tetap kena pi tangkap si perogol itu untuk dihukum ta`zir walaupun tak boleh hukum hudud kerana tak cukup saksi. WALLAHU`ALAM. __ Do You Yahoo!? Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year! http://personal.mail.yahoo.com/ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>
Re: [ingatan] Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Wa`alaikum salam warahmatullah, 1.4 lelaki adil sebagai saksi...adakah adil yg dimaksudkan meliputi yg beriman dan takwa..sila berikan sedikit penerangan..jika salah seorang saksi itu beragama lain boleh kah diterima ...kalau tidak diterima maka tidak cukup bilangan saksi...maka bolehkah sebarang pertuduhan dibuat... J : Diantara syarat-syarat sebagai saksi dalam kes zina ialah 4 orang lelaki.Maka dengan kerana itu, penyaksian orang perempuan tidak diterima.Diantara satu syarat lagi ialah orang yang adil, yakni orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar, dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.Insya`ALLAH kita akan bincangkan dengan lebih detail bagi kelayakan saksi-saksi dalam kes zina ini dalam perkara 29 akan datang. Berhubung dengan persoalan bolehkah orang bukan Islam menjadi saksi; ia dibahaskan dengan panjang lebar di dalam kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah' ini sendiri, yakni dalam Perbahasan 7.Ini bermakna lambat lagi kita nak sampai kat perbahasan ini, mungkin sampai ke tahun 2004 kot.Sebab kita baru saja masuk Bab 2 : Fasal Pertama.Tetapi secara ringkasnya, ia adalah daripada pendapat-pendapat Fuqaha` dari Imam Mazhab yang 4.Seperti menurut mazhab Hanafi; boleh diterima saksi daripada orang kafir zimmi untuk menghukum sesama orang kafir zimmi sahaja.Dan saksi orang kafir harbi untuk menghukum sesama orang kafir harbi sahaja.Sebab ada hadith yang mengatakan Rasulullah s.a.w. menerima saksi orang Nasrani untuk menghukum orang Nasrani yang lain.Tetapi lain pula pendapat daripada mazhab Maliki dan juga Syafii, yang mengatakan tidak boleh diterima saksi daripada orang bukan Islam, walaupun untuk menjadi saksi kepada orang yang bukan Islam (yakni saksi antara sesama mereka).Kemudian dibahas dengan lebih terperinci lagi dalam Perbahasan 25, mungkin sampai ke tahun 2010 kot.Jadi, kalau nak tahu dengan lebih terperinci dari ustaz Ahmad Jailani, janganlah jemu-jemu mengikuti perbahasan demi perbahasan yang akan dibentangkan (cehhh, bunyi macam iklan pulak). 6. dan last sekali ...jika kita memaki hamun sesama saudara Islam, memanggilnya dengan panggilan mengaibkan dirinya dsbnya kerana kita tak suka dengannya...adakah kita berdosa jika berdosa adakah berdosa sesama saudara Islam, dengan Allah Maha Pencipta atau sebaliknyadan lagijika dilakukan ditempat beribadat adakah oranganya mendengarnya turut berdosa walhal dia tidak bersetuju namun mendiamkan diri saja tanpa bantahan dibuat... J : Apakah yang dimaksudkan oleh saudara dengan istilah 'maki hamun' itu? ..Adakah yang kata sampai dalam kain tu? ..Kami di Penang, kalau kata yang dalam kain tu, ia dikatakan sebagai mencarut.Sepanjang saya pi mengaji kat masjid-masjid, tak pernah pulak dengar ustaz-ustaz kata 'yang dalam kain' tu.Jadi, bagi kami 'maki hamun' dan mencarut adalah dua istilah yang berbeza.Yang saya dok cerita ni, Penang punya istilah.Mungkin bagi negeri-negeri lain, kefahaman tentang istilah 'maki hamun' ini lain pula.Disebabkan bahasa Penang ni agak kasar sikit, jadi yang dikatakan 'maki hamun' seperti celaka, haram jaddah dan sebagainya ni kira 'small matter' saja.Lagi pun ALLAH SWT juga menggunakan istilah seperti celaka/laknat dalam al-Quran, betoi tak? .Seperti dalam Surah al-Mutthaffifiin, awal-awal lagi ALLAH menggunakan perkataan 'Celaka'.Begitu juga dalam ayat 10.Jadi, apa kita nak hairan bila ustaz-ustaz bertegas dengan menggunakan istilah yang sama kepada puak-puak kafir/ munafik/ fasik. Memangla kalau tak pasal-pasal maki hamun orang, sudah tentulah berdosa.Hendaklah dia minta maaf daripada tuan tubuh yang di cercanya itu serta diikuti dengan beristighfar, bertaubat kepada ALLAH SWT dan berazam tidak akan mengulanginya. Tapi kalau orang itu fasik/munafik/ ulama` jahat; maka kita kena kata satu perkataan yang membekas di jiwa orang-orang sebegini.Sepertimana firman ALAH dalam ayat 63 Suratul Nissa`, " .katakanlah kepada mereka perkataan yang fasih (terang) tentang diri mereka." Seingat saya, ulama` jahat (ulama` su`) ni, ALLAH SWT menggelarkan mereka sebagai anjing.Kata ALLAH SWT yang bermaksud, "Mereka adalah seperti anjing.Yang dikatakan anjing ini, apabila kamu membawa tulang, lidahnya terjelir.Kalau kamu tak bawa tulang pun, lidahnya tetap terjelir." ..Maksudnya, ulama`jenis ni, mereka akan memutar belitkan ayat-ayat ALLAH supaya menghalalkan apa yang diharamkan oleh ALLAH SWT, hanya kerana habuan duniawi semata-mata.Tapi yang dikatakan "tak bawa tulang pun, lidahnya tetap terjelir", jenis ni dia tidak dijanjikan dengan apa-apa habuan pun.Tapi untuk supaya dia tidak diganggu-gugat o
Re: [ingatan] Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ --- Si Tanggang <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > assalamualaikum > terima kasih atas penerangan yg berharga itu... > cuma ada sikit kemusykilan > > 3. mengikut pandangan yg daif ini pencegah maksiat > adalah seorang yg diberikan tugas untuk mencegah > sebarang kemungkaran...tetapi apabila digunakan > untuk > menangkap orang telah berbuat maksiat bukan nya > mencegah orang berbuat maksiat...so masaalahnya > sekarang adakah pengawai pengawai yg diberi tugas > nie > menunggu orang berbuat maksiat dahulu dan > menangkapnya > atau mencegahnya sebelum berlaku maksiat.. J :Sebenarnya seruan amal ma`ruf /nahi mungkar ini adalah kepada semua manusia yang mengaku sebagai orang Islam.Tak kiralah apa profesyen kita sekali pun, kerana kita semua berkewajipan mencegah kemungkaran.Ia hendaklah dimulakan dari dalam diri sendiri, kemudian dalam kaum keluarga, lepas tu dalam masyarakat sekeliling dan seterusnya ke peringkat negeri/negara. Bila bercakap mengenai 'mencegah kemungkaran', mau tak mau, ia mesti melibatkan pihak yang berkuasa.Jadi, dalam konteks perbincangan ini, siapa dia pihak yang dimaksudkan 'berkuasa' di sini? Tentulah pihak polis dan pegawai pencegah maksiat yang dilantik.Kedua-dua pihak ini semestinya bekerjasama sambil-sambil ditolong sikit-sikit oleh penduduk kampung bagi membanteras gejala maksiat yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini.Tapi nampaknya kadang-kadang tu, kedua-dua pihak yang berkuasa ini macam mau tak mau saja untuk bertindak bila menerima aduan dari orang ramai.Ada satu hari tu kawan saya nampak dengan mata dia sendiri, perlakuan sumbang sepasang teruna dara dalam sebuah bilik bersetentangan dengan bilik kawan saya tu.Lalu dia pun talipon polis, tapi respon yang diterimanya dari polis amat menyedihkan.Kawan saya cerita bahwa polis tu kata kat dia, "Saudara kena contact pegawai pencegah maksiat dalam kawasan saudara dulu, kemudian baru kami boleh bertindak." Nampak tak tuan-tuan.Apa salahnya, kamu seorang pegawai polis yang memang ada contact dengan pegawai pencegah maksiat itu, tolong kawan saya buat aduan.Kan ka cepat sikit. Jadi, bila kawan saya dengar polis kata lagu tu, patah lah semangat dia untuk buat lapuran, lalu ditutup buang h/phonenya.Maka bersenang lenanglah couple tadi diulit syaitan malam itu. Bila cerita pasai pegawai pencegah maksiat, ustaz Jailani ada bagitau tentang masalah yang dihadapi oleh pegawai-pegawai pencegah maksiat dalam siri Qanun Jinayah Syar`iyah dalam perkara 6/7 yang lalu.Ni dia saya bawa antara petikan dari siri tersebut : Sepertimana dalam ayat lain, dimana ALLAH sebut bahwa, "Dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan, wahai orang-orang yang berilmu pengetahuan dan yang berakal fikiran." Maknanya, bila kita laksanakan undang-undang ALLAH SWT ini, maka ALLAH SWT akan mempastikan bahwa Dia akan cegah benda ini daripada berleluasa dalam masyarakat umat Islam yang melaksanakan hukuman daripada ALLAH SWT.Tapi jikalau kita tidak melaksanakan undang-undang ALLAH SWT, maka ALLAH SWT tidak akan memberi jaminan kepada kita.Oleh kerana itulah, kira boleh tengok macamana masyarakat kita pada hari ini berlakunya kacau bilau dan sebagainya.Ini adalah kerana tidak mendapat jaminan daripada ALLAH SWT. Dalam hal ini, pihak berkuasa mesti serious dalam memahami perkara ini.Sebagai contohnya, untuk menangani masalah khalwat umpamanya, pihak pemerintah mestilah lebih aggresif lagi.Tuan-tuan nak tau dak berapa ramai pegawai pencegah maksiat yang dilantik ( yang diberi elaun) oleh kerajaan negeri P.Pinang dalam negeri P.Pinang ini? . 7 orang sahaja,tuan-tuan.P.Pinang dok ada 7 daerah, ini bermakna sorang pencegah maksiat untuk satu daerah.Apa depa ingat superman ka pencegah maksiat ni? Boleh ka dengan sorang-sorang dia; pi tangkap pelacur, pi tangkap orang berzina, tangkap orang berkhalwat dan sebagainya.Dengan backup pun tak dak, silap-silap haribulan, dia nanti kena katok dengan qangster.Awat jabatan agama tarak duit sangat ka nak bagi elaun kat orang lain yang nak tolong pegawai pencegah maksiat buat operasi? Ustaz Jailani kata Jabatan Agama Islam banyak duit, tuan-tuan.Mau tak banyak, cuba tuan-tuan calculate tengok; kalau satu couple ditangkap berkhalwat dan mengaku bersalah di hadapan mahkamah syariah, biasanya denda yang dikenakan ialah lebih kurang RM2000/- seorang.Yang kata khalwat ni bukannya sorang punya kerja, dia mesti ada 2 orang yang buat kerja ni.Maknanya, untuk 1 couple, denda yang dikenakan ialah RM2000/- X 2 = RM4000/-. Jadi dengan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita la ni; agak-agak nak dapat 10 couple satu mal
Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Tuan, Merujuk kepada perkara (ii) di bawah, tuan menyatakan "Bila ada cukup bukti/keterangan seperti ada 4 orang saksi yang nampak lelaki itu rogol seorang perempuan". Saya mempunyai beberapa soalan :- 1. Daripada clause tuan ini, adakah seorang mangsa rogol perlu mencari 4 saksi untuk membuktikan dia dirogol? 2. Adakah perogol akan bebas sekiranya mangsa rogol tidak dapat mengemukakan empat orang saksi? 3. Secara logik akalnya, dan seperti yang dibaca di dalam akhbar-akhbar, kes-kes rogol ini berlaku ditempat yang tersembunyi, jauh dari penglihatan masyarakat. Mana logiknya si mangsa mendapatkan empat orang saksi. 4. Mungkin ilmu pengetahuan saya cetek, tetapi, pada pendapat otak bodoh saya ini, jika clause itu benar-benar terdapat dalam Qanun Jinayah Syari'ah... maka kes rogol akan menjadi lebih berleluasa kerana saya yakin, mangsa rogol tidak akan mampu mendapatkan empat orang saksi melainkan kejadian rogol itu berlaku di supermarket, di hentian bas, di pasar atau tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Sila tuan beri penjelasan lanjut. Terimakasih. >From: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],Aguk Zuhdi ><[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] >CC: [EMAIL PROTECTED] >Subject: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii) >Date: Fri, 26 Jan 2001 17:45:09 -0800 (PST) > > > *~* > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~* > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~ >Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, >sambungan > >Sambungan kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah'. >Perkara 18 : Perempuan yang dirogol dan diperkosa. >i) Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa >oleh lelaki melakukan perzinaan, dan telah sabit >dengan bukti-bukti yang diperlukan oleh syara` dan >tidak menimbulkan sebarang keraguan di pihak hakim >bahwa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam >kes ini, perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan >dikenakan hukuman hudud, dan tidak berdosa dengan >sebab perzinaan itu. >[ Jadi, dari perenggan di atas ini, pengarang >mengatakan bahwa mana-mana wanita yang dipaksa untuk >berzina dengan mana-mana lelaki, tidak boleh dikenakan >hukuman hudud.Ini bermakna wanita yang dirogol itu >tidak berdosa kepada ALLAH SWT. >Begitu juga kepada orang lelaki yang dipaksa merogol >adik perempuannya sendiri atau dipaksa merogol ibunya >sendiri dan sebagainya, sebagaimana yang dilakukan >oleh puak Serbia kepada umat Islam Bosnia.Yang mana >muncung senjata diletakkan di kepala lelaki itu dan >dia akan dibunuh kalau tidak melakukan perbuatan keji >itu.Jadi, dia terpaksa melakukannya, maka perbuatan >sedemikian rupa adalah dimaafkan oleh agama. >Walaubagaimana pun jika ada orang tanya kepada kita; >mana lebih afdal diantara nyawa dengan >agama? Maksudnya, kalau orang letak senjata di kepala >kita sehinggakan kita berada dipersimpangan antara >nyawa dengan agama, maka yang manakah yang perlu kita >selamatkan? Masalah sebegini, ulama ada 2 pendapat : >a) hendaklah selamatkan nyawa dahulu.Contohnya, kalau >depa letak pistol kat kepala kita dan paksa kita masuk >Kristian, takpa mengaku pi lah tapi dalam hati tetap >dengan agama Islam. >b) Hendaklah meletakkan agama di atas.Contohnya, orang >ugut nak bunuh kita kalau kita tidak mengaku >murtad.Mengikut pendapat kedua ini, kita rela mati >dibunuh daripada tunduk kepada paksaan untuk murtad. >Ini adalah sedikit perbahasan dari kalangan ulama` >Islam tentang masalah paksaan. ] > >ii) Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan >melakukan perzinaan, dan telah sabit kesalahannya >dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang >dikehendaki oleh syara` tanpa sebarang keraguan di >pihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman >hudud ke atas lelaki yang merogol perempuan itu.Iaitu >wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu >hukuman rejam dan sebat. >[ Bila ada cukup bukti/keterangan seperti ada 4 orang >saks