[islah-net] TIP KECERMELANGAN DARI AL-QURAN (6-2005)

2005-02-09 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY







HIJRAH DAN KISAHNYA DI DALAM 
BIBLE 
 
Di 
dalam surah Al-Baqarah ayat 218 Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang 
beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah mereka itu 
mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

 
Bible 
berbeda dari Injil. Banyak isi-isi Bible telah disunting dan diubah suai 
sehingga tidak selari dengan ajaran Injil yang asal. Namun masih 
terdapat sedikit sebanyak dari isi Bible yang tidak bercanggah dengan 
ajaran yang asal. Sebenarnya dalam Bible terdapat kisah tentang nabi Muhammad 
dan kisah tentang Hijrah. 
 
Di 
dalam The Revised Version of the 
Bible, terbitan British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 13 
hingga 15 disebutkan:
 
“The 
burden upon Arabia.
In 
the forest of Arabia shall ye lodge,
O 
ye travelling companies of Dedanim.
The 
inhabitants of the land of Tema 

brought 
water to him that was thirsty, 
they 
prevented with their bread 
him 
that fled. For they fled 
from 
the swords…”
 
Terjemahan 
mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) ialah:
 
“Ucapan 
Ilahi terhadap Arabia,
Di 
belukar di Arabia kamu akan bermalam, 
Hai 
kafilah-kafilah orang Dedan!
Hai 
penduduk tanah Tema, 
keluarlah,
Bawalah 
air kepada orang yang haus,
Pergilah, 
sambutlah orang pelarian dengan roti!
Sebab 
mereka melarikan diri terhadap pedang...”
 
Ayat 
ini menceritakan tentang kejadian yang akan berlaku di bumi Arab di mana 
segolongan manusia akan ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah 
untuk mendapatkan pertolongan di bumi Tema. Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible di halaman 897, 
Tema ialah nama bagi salah seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah yang wujud 
di dalam Bible tentang Tema berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail as di 
bumi Arab. Seterusnya J. Hastings menyebutkan, Tema juga merupakan nama bagi 
sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian 
Barat bumi Arab.
 
Ayat 
ini amat secocok dengan penghijrahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda 
ke Madinah selepas ditindas dengan kejamnya oleh golongan Quraisy di bumi Mekah 
selama tiga belas  tahun. Di 
Madinah  mereka mendapat bantuan dan 
pembelaan sehingga akhirnya tertegaklah sebuah negara Islam yang berdaulat di 
sana. Tafsiran J. Hastings ini menampakkan kaitan di antara ayat ini dengan 
penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Nabi Isa tidak ada sebarang kaitan dengan 
Tema kerana Baginda adalah dari keturunan Nabi Ishak as. Baginda juga tidak 
pernah berhijrah ke bumi Arab di sebelah utara Madinah justeru, ayat ini lebih 
menepati sejarah hidup Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah. Justeru, nabi 
Muhammad ialah rasul akhir zaman yang kisahnya memang terdapat di dalam Bible. 
Manusia sepatutnya beriman dengan ajaran Baginda.
 
Nukilan Dr. Danial bin Zainal 
Abidin,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn 
Bhd;
Untuk perincian tentang kisah 
nabi Muhammad di dalam Bible
Sila dapatkan buku 'Kerasulan 
Muhammad & Bukti Sejarah dan Sains.'
Karangan Dr. 
Danial.
Boleh didapati 
di:   http://www.formulacemerlang.com./


/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]








Yahoo! Groups Sponsor


ADVERTISEMENT













Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ 
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED] 
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.








<>

[islah-net] BH-10 Feb-Wadah Wanita Islam: Lima asas hijrah hadapi cabaran era globalisasi

2005-02-09 Terurut Topik umi syamil





Wadah Wanita Islam: Lima asas hijrah hadapi cabaran era globalisasi
Oleh Sumilah Marto
KEDATANGAN tahun baru 1426 Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa penting dan bersejarah dalam kalendar Islam. Peristiwa itu bukan saja kerana bermulanya perkiraan takwim hijrah, malah merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah yang mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsep tersendiri. 





Rasulullah diperintahkan Allah berhijrah dari Makkah ke Madinah yang berlaku ketika ruang perjuangan Rasulullah terlalu sempit dan terhimpit. Baginda tidak memilih untuk berdoa meminta kelapangan yang sudah tentu Allah kabulkan. Sebaliknya, terpaksa menempuh laluan sukar, berbahaya dan berisiko tinggi kerana diburu musuh untuk mencapai suatu keadaan yang lebih baik. Melalui perintah hijrah, Rasulullah berusaha merancang dan bertindak.Penghijrahan seumpama Rasulullah dan sahabat tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas Baginda. Namun, konsep penghijrahan tetap berterusan di kalangan umat Islam. Ertinya, tiada lagi hijrah kecuali daripada kejahatan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik. Allah berfirman bermaksud: “Orang yang berhijrah kerana Allah selepas teraniaya akan Kami tempatkan mereka di dunia pada tempat yang baik. Akan tetapi ganjaran akhirat jauh lebih besar, kalau mereka sedar. Iaitu terhadap orang yang sabar
 dan bertawakkal kepada Tuhan mereka.” (Surah al-Nahl, ayat 41-42)Jika diteliti dan dihayati, konsep hijrah pada era globalisasi mengajak umat Islam untuk kemanfaatan dan mempertingkatkan pelbagai aspek kemajuan. Di samping itu, ia mampu memantapkan keimanan dan jati umat Islam untuk menghadapi pelbagai kemajuan dan cabaran. Umat Islam perlu sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki keadaan dari semasa ke semasa. Usaha membaiki keadaan kehidupan berterusan ertinya menghayati pengertian hijrah. Sebagai menepati konsep hijrah Rasulullah, pasti terpaksa dilakukan bersungguh-sungguh. Seseorang itu juga mesti sanggup menempuh jalan penuh risiko. Tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.Antara aspek penting dalam proses hijrah berterusan adalah:
Hijrah imanKita perlu mempertingkatkan iman menerusi usaha membersihkan sifat keji (mazmumah) dan melazimkan dengan sifat terpuji (mahmudah). Dengan ini, hati akan disinari cahaya yang akan dapat melihat kebesaran dan keagungan Allah.Peningkatan iman juga perlu dibuat melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian diri serta alam akhirat. Hati akan berasa takut dan gentar kepada Allah.Firman Allah bermaksud: “Hai! Tuhanku dudukkanlah diriku dalam kedudukan yang benar dan keluarkan diriku dengan cara yang benar dan kurniakanlah kepadaku kuasa daripada sisi-Mu yang serba membantu.” (Surah al-Isra’, ayat 80)Sembahyang adalah mikraj orang mukmin. Oleh itu, perlu dihayati secara sempurna dan diperbanyakkan sembahyang sunat. Sahabat mendirikan sembahyang sunat sehari semalam purata tiga ratus rakaat. Ini dilakukan di tengah kesibukan pelbagai urusan umat.
Hijrah ilmu‘Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya’. Rangkai kata indah ini mempunyai pengertian yang mendalam. Bahaya kejahilan tidak perlu diungkap dengan kata-kata lagi. Semua mengakui dan terbukti betapa kejahilan membawa pelbagai natijah buruk kepada manusia.Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berpengetahuan dengan orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah az-Zumar, ayat 9)Umat Islam boleh mencapai pelbagai kejayaan, andai konsep hijrah ilmu diamalkan iaitu terus meningkatkan ilmu ke tahap lebih tinggi dan mencapai profesional. Tidak ketinggalan juga, pentingnya umat Islam menguasai pengetahuan am yang luas terutama dalam politik, ekonomi, sosial dan kepemimpinan.Lemah daya fikir umat ada hubung kait dengan kelemahan menguasai ilmu dan pengetahuan. Umat Islam tidak berupaya mengatasi mainan dan tipu muslihat musuh. Malah, tidak mampu menilai budaya itu positif atau negatif. Tidak hairan, apabila
 remaja Muslim mudah terjebak dengan pelbagai unsur negatif dalam kehidupan.
Hijrah amal “Sebaik-baik amal adalah yang berkekalan biarpun sedikit.” maksud hadis Rasulullah. Tetapi sabda Baginda itu bukan meminta mengurangkan amal. Ini membawa pengertian perbandingan yakni amalan sedikit yang istiqamah itu, lebih baik berbanding dengan amalan yang banyak tidak istiqamah (konsisten). Tentu maksudnya lebih baik jika amalan itu banyak berserta istiqamah.Masa yang berlalu tidak akan kembali. Rasulullah memberi amaran melalui sabdanya bermaksud: “Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu ketika muda sebelum datangnya tua, masa lapang sebelum datangnya sibuk, masa senang sebelum datang susah, masa sihat sebelum datang sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.”Peringatan Rasulullah itu bagi mendorong umatnya meningkatkan amalan kebajikan sebelum tiada lagi peluang untuk beramal, terutama apabila kedatangan ajal. 
Hijrah nafsu Nafsu tidak boleh dibuang daripada diri manusia. Manusia membiak

[islah-net] Republika: Imam Jama'ah Muslimin : Ada yang Merusak Akidah Orang-Orang Aceh

2005-02-09 Terurut Topik Nusantara






Republika
Selasa, 08 Februari 
2005  8:34:00
 
Imam 
Jama'ah Muslimin : Ada yang Merusak Akidah Orang-Orang 
Aceh
Jakarta-RoL-- Imam Jama'ah 
Muslimin (Hizbullah) H. Muhyiddin Hamidy menyatakan, dia tidak menduga ada 
misi-misi kemanusiaan dari beberapa negara di Nanggroe Aceh Darussalam 
menyebarkan hal-hal yang merusak aqidah orang-orang Aceh, termasuk anak-anak 
yang tidak tahu apa-apa.
Hal tersebut diungkapkan H. Muhyiddin Hamidy 
Senin malam setelah dia menerima laporan langsung dari Banda Aceh dan Meulaboh 
dari sejumlah relawan yang mendengar dan melihat secara langsung apa yang 
diperbuat sebagian anggota misi kemanusiaan dari beberapa negara terhadap para 
remaja dan anak-anak pengungsi Aceh.
Ia menyayangkan, misi kemanusiaan itu menjadi 
alat untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu dari beberapa negara dan LSM yang 
seharusnya  membantu meringankan penderitaan masyarakat Aceh yang tertimpa 
musibah secara tulus tanpa maksud-maksud lain.
Dia berharap pemerintah dapat lebih arif 
melihat apa yang terjadi di lapangan dan bila perlu menegur mereka yang 
melakukan hal-hal yang merusak aqidah orang-orang Aceh, yang sejak dulu dikenal 
kuat memegang teguh Islam sebagai agamanya.
Lebih lanjut dia mengatakan, pihaknya telah 
mengirimkan laporan ke  Bapornas dan Satkorlak dengan lampiran-lampiran 
fakta atau bukti tentang masalah tersebut.
Tentang sikap masyarakat Aceh terhadap masalah 
itu, Muhyiddin Hamidy, yang baru pulang dari Banda Aceh dan ikut dalam evakuasi 
korban bencana alam di Aceh, mengatakan: "Kami juga mendengar ketidaksenangan 
masyarakat Aceh. Mereka mengeluh dan kelihatannya menggalang aksi untuk 
menentang perbuatan misi-misi itu."
"Ini masalah baru, yang semestinya tidak ada," 
tambahnya setelah mendapat laporan dari beberapa tempat tentang adanya usaha 
menyebarkan hal-hal yang merusak aqidah seperti terjadi antara lain di Lhoknga, 
Lamno, Nehan dan Calang.
Kepada kontingen peduli Aceh lainnya dari 
berbagai organisasi Islam, Imam Jama'ah Muslimin (Hizbullah) itu juga 
mengharapkan agar mereka menyatukan diri bersama-sama untuk mengadakan laporan 
investigasi agar hal-hal seperti itu tidak berlanjut.
Sementara itu, dr. Herman, yang anak dan 
istrinya hilang ditelan tsunami di Meulaboh, mengatakan dia sangat sedih 
orang-orang Aceh yang tertimpa musibah banyak yang aqidahnya dirusak.
Pria Aceh beranak satu dan lolos dari maut 
setelah diterjang gelombang tsunami hari Ahad akhir tahun lalu mengatakan 
daerah-daerah yang tidak dapat masuk kenderaan darat ke sana didatangi oleh 
helikopter yang membawa misi negara asing. 
Mereka tidak saja memberikan bantuan pakaian 
dan makanan, tetapi juga membelokkan aqidah orang-orang muslim di 
sana.
Nanggroe Aceh Darussalam di goncang gempa bumi 
dahsyat 8,9  pada skala Richter dan terjangan gelombang tsunami yang 
meluluh lantakkan 15 kota dan derah dari 21 kota di propinsi Daerah Istimewa 
Aceh yang berpenduduk muslim itu. Musibah itu menewaskan hampir 200.000 jiwa 
manusia.


/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]








Yahoo! Groups Sponsor


ADVERTISEMENT













Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ 
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED] 
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.








No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG Anti-Virus.
Version: 7.0.300 / Virus Database: 265.8.6 - Release Date: 07/02/2005


[islah-net] Sanad oh sanad�

2005-02-09 Terurut Topik Dr Omar Yaakob






Assalamu alaykum,
 
Kita sering memperkuatkan pendapat kita dengan bersandarkan cerita, kata-kata, pendapat, pandangan, fatwa orang lain.
 
Misalnya kita akan berkata:
 
Sheikh Fulan berkata…
Mengikut Dr. Fulan…
Imam Fulan berpendapat..
Tersebut sebuah kisah siFulan…
Seperti terjadi dalam kes siFulan…
 
Semua ini kita sebut untuk memperkuatkan hujjah kita; atau menegakkan pendapat kita, atau meneguhkan pandangan kita, atau menyokong pegangan kita.
 
Tetapi dalam kebanyakan kes kita tidak kisah tentang sanad (rantaian pembawa berita, chain of narrators) sedangkan sanad  amat penting dalam Islam.
 
Allah meminta kita menyemak sebarang cerita yang datang kepada kita.
 
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti!  Agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum dalam keadaan kamu jahil yang menyebabkan  kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (al-hujurat:6).
 
Allah juga meminta agar kita tidak mengikut apa yang kita tidak ketahui;
 
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” 
(al-Isra’:36)
 
Kadang-kadang tanpa kita ketahui, berita yang nampak sahih, berita yang nampak cantik bagi kita,  tiada cacat cela bagi kita,  yang memperkukuhkan pandangan kita itu bila disiasat dan diteliti sebenarnya didapati berita palsu. 
 
“ (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui, dan kamu menganggapnya sesuatu yang ringan saja, padahal dia di sisi Allah adalah besar.” (an-Nur:15)
 
Sanad… rantaian pembawa berita, chain of narrators.. adalah disiplin ilmu Islam yang amat penting bagi memenuhi tuntutan ayat-ayat di atas.  Kita dituntut untuk memeriksa di mana dan dari mana cerita, kata-kata, petikan, pendapat itu diperolehi. Benarkah ia diucapkan oleh Sheikh Fulan atau ditulis oleh  Ustaz Fulan atau difatwakan oleh Imam Fulan.  Ini kita kena semak.
 
Misal:
Katakan kalau  rakan kita Ali  mengatakan bahawa  siFulan mencuri, kita kena semak  dari mana Ali dapat tahu berita ini.  Adakah dia lihat sendiri? Adakah dia tangkap sendiri? Adakah dia dengar dari orang lain? Kalau ya, siapa orang tersebut.. katakanlah Ali kata dia dengar dari  Abu, kita kena semak pula dari mana Abu dapat berita ini; Adakah dia lihat sendiri? Adakah dia tangkap sendiri? Adakah dia dengar dari orang lain?  Dan begitulah seterusnya. 
 
Contoh lain mungkin kita mendengar berita dari si A yang mendapatnya dari internet.
Atau kita memperolehi berita dari surat khabar melalui pemberitanya yang menemubual  seorang lain yang mengaku mendegar sendiri ucapan seseorang tokoh.
 
Ini adalah sanad.. rantaian penyampai berita.
 
Terdapat dua komponen pada sanad yang menjadikannya kuat atau lemah: 
 
Komponen pertama ialah KESINAMBUNGANNYA yakni misalnya memang betul dan logik Ali mendengar dari Abu yang mendengarnya dari Ahmad yang berkata dia melihatnya sendiri. Kita boleh sahkan bahawa Ali ada bertemu dengan Abu selepas insiden tersebut dan Abu ada bertemu dengan Ahmad.  Kalau demikian baguslah kesinambungan sanad. Tetapi kadang-kadang kita mendengar berita yang tidak dapat dipastikan sanadnya berkesinambungan. Ada yang putus di kepala, ada yang tersangkut di ekor.
 
Komponen kedua kekuatan sanad ialah keyakinan kita terhadap KEMUNGKINAN KELEMAHAN PADA MATA-RANTAI (anasir) SANAD. Misalnya dalam kes di atas tadi walaupun sanadnya bersambung, berita tersebut kurang boleh dipercayai kerana si Ahmad terkenal selalu berbohong atau si Abu biasanya suka menokok tambah atau si Ali dikenali sebagai seorang yang pelupa.
 
Jika kita kurang keyakinan ke atas sesuatu berita kerana SANADnya lemah kerana  tidak bersambung atau kelemahan mata-rantainya, maka eloklah kita mengambil sikap berhati-hati dengan berita tersebut; jauh sekali kita menceritakan dari mulut ke mulut atau dari emel ke emel.
 
Inilah sikap yang sepatutnya, sentiasa menyemak berita dan cerita yang datang kepada kita sebelum kita menyebarkan kepada orang lain, sebelum kita membuat keputusan atau hukuman atau pandangan ke atas seseorang atau sekumpulan orang atau sesebuah organisasi.
 
Kita perlu menyemak setiap perkara tanpa mengira siapa yang membawanya. Kalau berita datang melalui dengan cara mana sekalipun, kita perlu berhenti sejenak, semak sumber berita sebelum membuat apa-apa atau menyebarkannya. Kita perlu berbuat demikian walaupun berita tersebut datang daripada rakan rapat, adik beradik, kaum kerabat, ibu-bapa, guru, pensyarah, sheikh atau pemimpin kita.  Semak.. betul ke? Dari mana dia dengar ni? Dari mana dia dapat ni?
 
Kita kena berwaspada dengan berita mengenai semua perkara dalam urusan dunia dan akhirat kita.
 
Kita perlu lebih-lebih lagi berhati-hati apabila orang membawa sesuatu mengenai agama kita..tak kira siapa yang membawanya.
 
Kita sering mendengar ustaz/rakan/sahabat/ pemimpin kita mengataka

[islah-net] Amalan Awal Muharam - Adakah ia benar atau batil?

2005-02-09 Terurut Topik ikhwan muslimin




Amalan Awal Muharam - Adakah ia benar atau batil?
 
Minta tolong baca keseluruhan perbahasan secara detail tentangnya di laman:
http://www.al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=11075&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=awal+muharram
 
Kalau tak mampu baca semua sekurang2nya sila baca yg ini:-
 
 
PENDAHULUAN  Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat. Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah. Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih
 berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21 Allah juga telah berfirman: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3 Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak.” Hadis
 riwayat Muslim Imam Syafi’I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur: 
“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.” Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya. 
 
Doa Awal dan Akhir Tahun Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun. Berikut adalah doa yang dimaksudkan: Awal tahun "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada
 hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". Akhir tahun "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon
 perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan: Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu". Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun". Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan b