ASSALAMU`ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.. Semoga ALLAH AZZAWAJALLA... Hidayah-kan mereka... AMEEEN YA ALAH YA RABBAL`AALAMEEEN... AKAD from my compeha® ==========================================================================
----- Forwarded Message ----- >From: Zun Arif <zuna...@yahoo.com> >To: IKRAM S'GOR- ALL <ikram-...@googlegroups.com>; ikramajk ><ikram-...@googlegroups.com>; "dakwah_ik...@yahoogroups.com" ><dakwah_ik...@yahoogroups.com>; "hidayahcentre_ik...@yahoogroups.com" ><hidayahcentre_ik...@yahoogroups.com> >Sent: Monday, March 18, 2013 4:32 PM >Subject: [IKRAM Selangor] Sambutan Tahun Baru Cina Perkenalkan Keterbukaan >Islam > > >KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan telah diadakan di >Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM di Bangsar pada Ahad 3 Mac 2013 lalu, >memperkenalkan keterbukaan Islam dalam meraikan sesuatu perayaan sesuatu kaum, >selagi ia berlandaskan syariat. >Majlis ini dianjurkan oleh Hidayah Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Jabatan >Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA), >Restoran Mohd Chan Abdullah dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Telekom >Malaysia (BAKIT) dan Overseas Chinese Muslim Association Malaysia (OCMA). > >Tarian singa dan para tetamu jemputan yang hadir > >Turut hadir memeriahkan suasana ialah kehadiran isteri Menteri Wilayah >Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik dan Ketua >Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Hj Ahmad Nasir Ahmad. >Sambutan secara harmoni ini berjaya merobohkan persepsi negatif bahawa >masyakat Cina yang masuk Islam mesti meninggalkan identiti bangsa mereka. >Identiti Cina dalam sambutan tersebut dikekalkan melalui hidangan makanan Cina >yang halal, tarian singa dan pertandingan kaligrafi Cina. >Majlis yang meriah ini dihadiri lebih 1,000 orang di mana majoritinya adalah >masyarakat Cina yang belum Islam. Semua yang hadir diberikan cenderamata >berupa risalah-risalah pengenalan mengenai Islam. > >Ucapan Hj Muhammad, Prof Dr Hatta dan Datuk Dr Mustapha Ma > >Gema gendang dan tarian singa mengiringi kemasukan tetamu jemputan ke dalam >dewan. Ucapan aluan dan penghargaan disampaikan oleh Pengerusi Hidayah Centre, >Hj Muhammad Nicholas Sylvester dan Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed >Hatta Shaharom. >Presiden MACMA, Datuk Dr Mustapha Ma dalam ucapannya menarik perhatian umum >apabila meminta hadirin berdiri dan melaungkan kata-kata hikmah Cina diikuti >dengan senaman ketawa beberapa kali untuk tujuan kesihatan dan menceriakan >suasana. > >Ucapan perasmian Hj Ahmad Nasir, ceramah Dr Yunus Ma dan tetamu jemputan >menggaul yee sang > >Hj Ahmad Nasir Ahmad mewakili Ketua Pengarah JAKIM telah merasmikan Sambutan >Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan buat kali ke-4. >Beliau menyatakan komitmen JAKIM untuk bekerjasama menganjurkan program >sebegini pada masa akan datang, untuk tujuan dakwah. > >Menurut Hj Nicholas, sebanyak 16 program Sambutan Tahun Baru Cina di seluruh >negara merangkumi lima buah negeri iaitu Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Pahang >dan Kelantan. Beliau optimis program sebegini akan dikembangkan ke >negeri-negeri yang lain. >Seterusnya, Dr Yunus Ma, pensyarah UIAM menyampaikan ceramah mengenai sambutan >perayaan menurut perspektif Islam dalam bahasa Mandarin. > >Para hadirin menjamu selera diiringi persembahan dan celoteh Helmi The Gimmick > >Semasa makan tengahari, majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian singa >secara bertangga yang bertenaga di dalam dewan. Turut menghiburkan hadirin >terutama masyarakat Cina ialah persembahan Helmi The Gimmick yang menceriakan >suasana, dengan celotehnya dalam bahasa Tionghua serta nyanyiannya dalam >bahasa Mandarin dan Hokkien. >Sementara itu, Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Pulau Pinang telah diadakan di >Tapak Pasar Malam, Jalan Aziz Ibrahim, Pantai Jerejak pada Sabtu 2 Mac 2013 >lalu anjuran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama Hidayah >Centre Pulau Pinang (HCPP), IKRAM Pulau Pinang dan MACMA. >Tujuan program ini adalah untuk meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di samping >berdakwah kepada masyarakat Cina yang belum Islam secara harmoni. > >Pendaftaran, tarian singa dan pertandingan mewarna > >Kehadiran lebih 500 orang di mana separuhnya adalah masyarakat Cina dan >selebihnya adalah masyarakat Melayu dan India. Turut hadir ialah Exco Negeri >Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang merasmikan sambutan, ADUN Pantai Jerejak YB >Sim Tze Tzin, Ahli Majlis MPPP, Hj Mohd Rashid Hasnon dan YDP IKRAM Pulau >Pinang, Ir Jamaluddin Abdullah. >Antara acara-acara menarik ialah tarian singa, drum Cina, pertandingan >melukis, pertandingan reka cipta, program silang budaya kanak-kanak, pameran, >pemeriksaan kesihatan, ceramah, kuiz, angpau dan cabutan bertuah. > >Ucapan Hj Mohd Rashid, ucapan perasmian YB Chow dan persembahan drum Cina > >Gerai pameran terdiri daripada pameran HCPP iaitu maklumat mengenai Laksamana >Cheng Ho, kaligrafi Cina, buku-buku percuma, al-Quran dan brosur dakwah. >Pameran turut diadakan MPPP mengenai kesihatan, penguatkuasaan di samping >pameran oleh Aqsa Syarif. Ceramah juga disampaikan dalam majlis ini oleh Sdr >Jumaat, pelajar PhD di USM yang berasal dari China. >Antara soalan kuiz ditanya pada yang bukan Islam antaranya “Berapa tuhan dalam >Islam?”, “Siapa Jesus dalam Islam ?”, “Bolehkan orang Islam merayakan Tahun >Baru Cina?” Kuiz mendapat respon yang baik daripada peserta belum Islam dan >pihak HCPP turut memberikan buku-buku Islam kepada mereka. > >Pemeriksaan kesihatan, lawatan tempat pameran dan bersama pemenang kanak-kanak >berbilang kaum dalam satu kumpulan > >Selain pemeriksaan kesihatan, program pertandingan kanak-kanak, angpau serta >cabutan bertuah mencuri perhatian peserta yang hadir semasa program. Antara >respon positif hadirin ialah program kali ini amat-amat baik dan ada yang >meminta diadakan lagi pada tahun depan. >Semoga hasilkan keterbukaan Islam meraikan Sambutan Tahun Baru Cina >bersama-sama, membolehkan sinar Islam menerangi seluruh masyarakat Cina di >Malaysia, insya-Allah. >Sumber foto CNYOH Pulau Pinang: CNYOH Pulau Pinang 2013 >Sumber foto CNYOH Peringkat Kebangsaan: CNYOH Peringkat Kebangsaan 2013 > > > > > > > > > > > >ZUN 'ARIF HAKIM B ABDUL RAHMAN >Pengurus Dakwah, JK Dakwah >Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) >Timb Pengerusi, JK Dakwah IKRAM Selangor >Lot 300.3, Lorong Selangor, >Pusat Bandar Melawati, >53100 Kuala Lumpur. >zuna...@yahoo.com >HP: 017-3667126 Office : 03-41089669 Fax : 03-41071754 >www.ikram.org.my >www.hidayahcentre.wordpress.com >-- >You received this message because you are subscribed to the Google Groups >"IKRAM Selangor" group. >To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an >email to ikram-sel+unsubscr...@googlegroups.com. >For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out. > > > > >