[Islah-Net] FW: [Tazkirah] Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... !!

2011-02-24 Terurut Topik m ali
Subject: FW: FW: [Tazkirah] Aku Tak SembahyangTetapi Aku Berjaya... !!
 
    KEHIDUPAN SATU DUGAAN SABAR DAN
  Senyum Selalu..    
 
Ruangkan lah sedikit masa untuk membacanya. Moga kita menjadi orang yang lebih 
penyabar dan sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah sentiasa. Amin
 
 
 
السلام عليكم
 
Semoga bermanafaat.
 
Aku Tak SembahyangTetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )
 
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, 
tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya 
pula, 
sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa 
yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, 
tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita 
pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini 
agama 
yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih 
berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
 
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? 
Adakah kita faham selama ini tidak benar?
 Maka saya hendak bertanya kepada anda.
 Adakah anda tahu apa itu istidraj?
 
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang 
itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam 
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat 
maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 
Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang 
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
 
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha 
menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 
 Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang 
mudah. 
Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang 
teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada 
gedung-gedung 
perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini 
hendak menyatakan betapa kayanya dia.
 
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala 
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari 
makin 
bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu 
datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
 
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
 
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia 
nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah 
ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa 
yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
 
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi 
dengan 
seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
 
Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan 
timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, 
melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau 
perniagaan. 
Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
 
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa 
kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda 
semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
 
 Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan 
ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya 
membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, 
anda akan mampu melaluinya.
 
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah 
yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
 
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim 
yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut 
nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, 
yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir 
sahaja 
tiada ikan untuknya pada hari itu.
 
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
 
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan 
dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak 
memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
 
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat 
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang 
beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk 
melihat kebenaran imanNya”
 
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau 

[Islah-Net] Fw: Tazkirah

2008-10-24 Terurut Topik norazlina md.ali




Assalamualaikum… saling ingat-mengingati…. 
  
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ Peace be upon you. 
  
Renung-renungkan dan selamat beramal…. 
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah... 
.aku bertanya pada Ibu. 
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah?' Maklum, ini pertama 
kali aku ber Umrah. 
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. 
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di 
bulan July 2007 yang lalu. 
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. 
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya 
kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. 
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..' 
  
Keningku berkerut 'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' 
Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' 
Saya menggelengkan kepala. 
  
'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar 
di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita 
menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' 
akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena 
malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih 
memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan 
Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat 
nanti'. 
  
Saya terpekur .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan 
sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah... .. 
  
Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. 
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan 
yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan 
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang 
tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada 
yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, 
berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya 
kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa 
bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus 
sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. 
  
Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanal lah.. .saya datang 
menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. 
..Alhamdulill ah... 
  
'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab 
dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda 
secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita 
hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu 
sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang 
Husnul Khotimah ...Insya Allah syurga adalah balasannya.. ' 
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah 
karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.  
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan 
semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat. . 
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam ** 
Huraisy 
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang 
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini 
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. 
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa 
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 
  
'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. 
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 
Kelima, orang yang suka minum arak.' 
kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu 
berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada….. 
  
..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam 
  
  
  



No virus found in this incoming message.
Checked by AVG. 
Version: 7.5.549 / Virus Database: 270.8.2/1740 - Release Date: 10/22/2008 7:24 
PM



  

[islah-net] Fw: Tazkirah: Radio 3 Pulau Pinang tentang Kiamat [Virus Checked]

2005-01-25 Terurut Topik Hizamri Johari


  Saya hendak bertanya, baru-baru ini saya telah mendengar dari seorang
 ulama yang mengatakan ini ialah tanda-tanda kiamat. Kemungkinan katanya
 kiamat yang akan datang sekali lagi mungkin akan menghapuskan separuh
 daripada penduduk dunia ini. Apakah benar Dr. DD



  Ada benarnya. Bila saya merujuk pada hadis Bukhari disebutkan bahawa,
 antara tanda-tanda bahawa kiamat besar itu sudah menghampiri kita ialah
 gempa bumi semakin kerap menimpa kita. Sekarang kita sedang bercakap
 tentang gempa bumi yang jarang-jarang melanda bumi Malaysia tetapi
 tiba-tiba melanda dengan dasyat sekali. Jadi memang ada hadis yang
bercakap
 tentangnya. Sebenarnya bila saya mengkaji, membaca tentang apa yang
berlaku
 di bandar Aceh dan juga dikawasan-kawasan yang lain dan sempat menziarahi
 dan melihat kesan-kesan daripada ujian, musibah ini kepada masyarakat di
 Malaysia. Memang itulah yang terdetik dihati saya. Sebenarnya kiamat
begitu
 dekat dengan kita, sebab dalam ceramah-ceramah saya, saya mengatakan Yajuj
 dan Majuj telah ada. Dajjal pun telah ujud kalau kita kaji hadis-hadis
 nabi. Tanda-tanda kecil atau the minor signs of the Qiamah, hampir
 kesemuanya telah pun berlaku. Jadi kita sedang menanti yang agak besar
lagi
 seperti matahari terbit dari sebelah barat dan seumpamanya, tapi sekadar
 Dajjal, Yajuj dan Majuj bagi saya yang saya telah bukukan juga apa yang
 telah saya temui berpandukan Quran dan Sunnah saya rasakan telah ada.

  Gempa bumi yang semakin lama semakin kerap, semakin dasyat ini juga
 menampakkan kiamat semakin hampir dengan kita. Bagi saya apa yang berlaku
 ini, jangan kita lupa untuk mengambil peringatan. Peringatan bahawa mati
 itu begitu hampir dengan kita. Peringatan bahawa kiamat itu begitu hampir
 dengan kita. Peringatan bahawa kehidupan ini sudah sampai ke
penghujungnya.
 Ini petanda-petandanya. Sebab itu bila saya melihat apa yang berlaku, saya
 ingin mengatakan bahawa saya bersetuju dengan mereka yang mengatakan
bahawa
 kita begitu hampir dengan kiamat sebab mereka tidak bercakap mengikut hawa
 nafsu. Ada dalil yang menyokong semua itu apatah lagi bila ada tokoh dari
 Mercy Malaysia yang pergi ke bandar Aceh dan mengatakan bahawa beliau
tidak
 pernah melihat musibah sedasyat ini. Beliau pernah pergi ke Iran tahun
 lepas sebab pada tarikh yang sama 26 Disember 2003, gempa bumi berlaku di
 Bam,Iran. Tetapi tidak sedasyat ini. Beliau merasakan seoalah-olahnya ini
 kiamat sebab ibu yang sedang mengandung tiba-tiba tanpa disedari anaknya
 sudah dilahirkan, tergantung uri,
  Seolah-olahnya macam apa yang disebutkan oleh Al-Quran bahawa bila kiamat
 berlaku begitulah keadaannya, ibu yang mengandung tidak menyedari tentang
 anak sedangkan ibu ini begitu sayang dengan anak walaupun anak ini belum
 dilahirkan. Tiba-tiba dia lupa tentang anak sebab kedasyatan kiamat.
 Berlaku kata Dr yang pergi kesana.

  Ini semua peringatan supaya kita tidak lagi melupakan Allah dan juga
 peringatan bahawa teknologi dan apa yang ada ditangan manusia ini kerdil
 kalau kita bandingkan dengan kuasa ilahi. Jangan kita lupa pada tahun
 1990an satu gempa bumi yang dasyat telah menimpa Kobe, Jepun. Kobe ini ada
 satu yang hebat tentang mereka. Mereka ada alat-alat teknologi yang
canggih
 yang dapat mengesan gempa bumi sebelum ia melanda Kobe. Tetapi walaupun
ada
 teknologi yang canggih, gempa bumi melanda juga. Kata pakar-pakar yang
 menganalisis keadaan mereka mengatakan, banggunan-banggunan yang besar dan
 tinggi seolah-olahnya ia diperbuat daripada kertas. Allah hendak
 mengingatkan kita bahawa teknologi kamu kerdil. Yang besar akbar hanya
aku.
 Sebab itu orang islam disuruh berkata Allahu Akbar.

  Saya amat bersedih hati sebab masih ada orang islam bila berdepan dengan
 malapetaka ini, masih tidak solat dan tidak menutup aurat. Malah saya
harus
 mengatakan bahawa ada mangsa-mangsa Tsunami ini tidak solat. Bila saya
 menziarahi setengah-setengah tempat, mereka tidak solat. Mereka hanya
 menceritakan apa yang berlaku, ia boleh sebab dalam kaunseling kita
 mengizinkan, menceritakan semula dan berulang-ulang kali tetapi jangan
 sampai kita lupa kepada yang lebih utama iaitu solat dan Allah berkata
 kepada kita, Wahai orang-orang yang beriman minta bantuan kepada Allah
 dengan 2 cara. Pertama dengan sabar. Kedua dengan solat. Kita hendak
 meminta kepada siapa, kepada kerajaan boleh tapi ada batasan, kepada
 manusia ada batasan tapi kepada Allah tidak ada batasan, tetapi Allah
 mengatakan jika hendak meminta bantuan kepada Allah ada
 jambatannya.Jambatannya ialah sabar dan solat. Tiba-tiba solat tidak
 dilakukan, bukanlah semua tapi ada. Ini yang kita rasa sedih. Sudahlah
 mendapat ujian tiba-tiba kita tidak menafaatkan ujian itu. Itu yang paling
 malang.

 Ulasan DJ - Sepatutnya masjid dan surau dipenuhi dengan orang berikutan
 rentetan daripada malapetaka ini.





 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer