[Islah-Net] Rayuan bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak

2013-08-29 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Berikut saya panjangkan surat
rayuan dari satu keluarga yang amat memerlukan bantuan dikala kita masih dalam
suasana gembira dengan rumah terbuka dan menyambut kemerdekaan.
 
Rayuan bantuan makanan dan
pembayaran bil tertunggak
 
Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
 
Adalah dimaklumkan suami saya
yang bekerja di sebuah kilang di Senawang telah pun diisytiharkan bankrap oleh
Jabatan Insolvensi Malaysia. Gaji suami saya untuk bulan Ogos 2013 telah
dipotong kesemuanya oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia dan bulan-bulan
berikutnya akan dipotong sebahagian dari gaji suami saya.
 
Saya hanyalah seorang
surirumah dan mempunyai 3 orang anak berumur 4 tahun dan 2 orang lagi
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lavender Height, Senawang.
 
Sehubungan dengan itu kami
keputusan kewangan untuk membeli barang keperluan makanan harian untuk bulan
September ini. Sebelum ini beberapa agensi kerajaan telah membantu kami, namun
untuk bulan September ini kami perlu berusaha sendiri.
 
Antara barang yang diperlukan
ialah :
Beras 10 kg – cukup untuk 1
bulan
Minyak 2 paket – cukup untuk
2 minggu
Roti 1 buku – cukup untuk
bekal anak ke sekolah untuk 2 hari
Susu 4 tin – cukup untuk 1
minggu
Milo 1 paket 500 g – cukup untuk
2 minggu
Teh 1 paket kecil – cukup untuk
1 minggu
Gula 2 paket – cukup untuk 1
bulan
Telor 30 biji – cukup untuk 3
minggu
Bawang besar 1 kg – cukup untuk
1 bulan
Bawang putih 0.5kg – cukup untuk
1 bulan
Sardin 2 tin besar – cukup untuk
1 bulan 
 
Kami juga mempunyai bil air
dan elektrik yang tertunggak untuk beberapa bulan. Kepada mereka yang ingin
membantu menjelaskan tunggakan bil kami, berikut nombor akaun bil tersebut ;
 
Bil Air Syarikat Air Negeri Sembilan,
No Akaun : 05001024050712 , Tunggakan RM 276.10
 
Bil TNB, No Akaun :
03200059372010 , Tunggakan RM 225.45
 
Untuk penghantaran barangan
makanan atau pembayaran bil sila hubungi suami saya di 017-6055185.
 
Kepada mereka yang sudi
membantu, kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah memberkati mereka yang
membantu kami.
 
Sekian, wassalam.
 
Liza bin Jamaludin
Blok N N6/1, 
Rumah PPR Senawang 3, 
Taman PPR Senawang, 70450
Seremban, N.Sembilan 
28 Ogos 2013

Re: [Islah-Net] Masalah zina dan remaja hamil terlanjur di kawasan Felda perlu perhatian

2013-08-29 Terurut Topik badiuzzaman

Apa peranan PAS dan Pakatan Rakyat dalam menangani permasalahan ini? 
Apa yang telah dilakukan?


At 28/8/2013 07:17 AM, Rozmal bin Malakan wrote:

>Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh seorang lelaki. Dia ingin 
>bertanyakan pusat perlindungan remaja wanita yang terlanjur. 
>Menurutnya, saudaranya mempunyai anak perempuan berumur 18 tahun 
>yang sudah 5 bulan hamil anak luar nikah. Dia sedang membantu 
>saudaranya ini untuk menghantar remaja ini ke pusat perlindungan.
>
>Disebabkan saudaranya ini tinggal di Felda, mereka tidak mampu 
>hendak menghantar anak perempuan mereka ke pusat perlindungan swasta.
>
>Dia mendapat telefon saya apabila terbaca artikel dalam blog saya 
>mengenai masalah ke mana nak hantar remaja perempuan yang terlanjur 
>ini. Saya kata, saya hanya bantu iklankan beberapa pusat 
>perlindungan remaja, tetapi saya tidak menguruskan atau bekerja di 
>pusat perlindungan tersebut.
>
>Saya pun tak pasti samada di Negeri Sembilan ada pusat perlindungan 
>remaja perempuan yang hamil yang diusahakan oleh Felda, Majlis Agama 
>Islam atau kerajaan negeri serta pusat.
>
>Lalu saya nasihatkan dia supaya cuba menghubungi pihak Majlis Agama 
>Islam N.Sembilan.
>
>Saya amat sedih dan hampa kerana ini sebelum ini telah banyak 
>panggilan seumpama ini yang diterima, saya hanya mampu minta mereka 
>bersabar dan berserah pada Allah, kerana kelemahan diri saya sendiri 
>yang tidak tahu ke mana hendak diarahkan begitu ramai remaja 
>perempuan Melayu/Islam yang terlanjur ini.
>
>SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/