Motivasi Mutiara Dr Danial : Islam Bukan Agama Pengganas

Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang 
dimuliakan. Ramai orang termasuk pembesar-pembesar negara di seluruh dunia 
memperingati 11 September yang telah di sambut semalam. Mereka memperingatinya 
dengan menyatakan kebencian mereka terhadap keganasan dan perbuatan-perbuatan 
yang ganas. Apa yang jelas ialah kita semua apatah lagi kita yang beragama 
islam, kita sepatut dan sewajarnya membenci dan menjauhi sebarang keganasan.

        Namun 11 September merupakan suatu titik hitam, bukan sangat bagi 
keganasan tetapi bagi islam. Sebab yang tertonjol selepas kejadian itu ialah 
islam dikaitkan dengan keganasan. Al-quran dikatakan sebagai kitab yang di 
penuhi dengan ayat-ayat yang merangsang keganasan sehingga ada golongan di 
barat yang menulis buku tentangnya. Kemudian yang tertonjol nama-nama di 
persada dunia yang dikaitkan dengan isu keganasan ialah orang islam seperti 
Osama bin Laden dan Saddam Hussain. 

        Amerika menjadikan Osama bin Laden sebagai alasan untuk menyerang 
Afghanistan. Afghanistan hampir-hampir hancur dan rakyatnya terus  menderita 
pada hari ini. Tetapi Osama bin Laden masih lagi tidak di ketahui di mana dia 
berada sekarang. Iraq di serang sebab kononnya Saddam Hussain sebagai bekas 
pemimpin Iraq telah menyimpan senjata-senjata pemusnah yang hebat. Iraq di 
serang. Hari ini Iraq kacau bilau dan di penuhi dengan pancaroba. Saddam 
Hussain telah di tangkap tetapi senjata pemusnah tidak di temui dan malah tidak 
akan di temui sebab ia tidak pernah ada di Iraq sehingga ke hari ini.

         Maka nama islam telah menjadi kotor tetapi yang jelas pengganas yang 
sebenarnya kita pun tidak tahu siapa yang sebenarnya. Kita anti keganasan dan 
tidak ada masalah tentang kalimat kita anti keganasan tetapi siapa pengganas 
yang sebenarnya. Sebab itu ramai orang pada hari ini di barat yang terfikir 
mungkinkah ujud di sana konspirasi untuk mengaibkan islam. Mungkinkah di sana 
ujud satu konspirasi untuk mengaibkan umat islam. Sudah ada orang-orang besar 
di barat yang berpemikiran seperti itu. Mereka telah menjelajah dunia untuk 
berceramah tentang isu yang hendak mereka bangkitkan ini iaitu berkemungkinan 
bukan islam dan umatnya pengganas tetapi golongan lain. 

       Untuk menutup keganasan orang lain mereka menuduh islam. Sudah ada 
suara-suara seperti itu. Sebagai contoh yang di suarakan oleh Collins Spiper 
yang telah mengarang banyak buku dan antara yang terbaru ialah The High Priests 
Of War. Perancang-perancang sebenarnya dan beliau dengan berani mengatakan 
bahawa bukan orang islam yang menjadi pengganas di sebalik keganasan yang 
berlaku pada hari ini. Ada golongan lain yang jahat yang telah merancang 
keganasan ini dan mereka menuduh islam sebagai agama yang melahirkan pengganas 
tetapi sebenarnya bukan islam dan bukan umat islam.

       Anda perlu membaca tulisan-tulisan Collins Spiper dan rakan-rakannya 
dengan analisis yang tajam di penuhi fakta untuk menyedarkan kita bahawa apa 
yang sedang berlaku pada dunia sekarang. Siapa pengganas yang sebenarnya. Ada 
golongan yang setelah mengkaji ini telah memeluk agama islam. Sebab mereka 
menyedari ada konspirasi di sebalik sana dan mereka menyedari juga bahawa islam 
adalah agama yang baik dan umat islam secara umumnya ialah umat yang baik dan 
mereka bukan pengganas. Antaranya ialah seorang yang pernah datang ke Pulau 
Pinang. Seorang wanita yang merupaka seorang wartawan terkenal yang pernah 
berkhidmat di BBC iaitu Yvonne Ridley yang sekarang merupakan seorang muslimah. 
Seorang yang telah memeluk islam dan lantang mengatakan bahawa pengganas yang 
sebenarnya bukan orang islam.

       Jadi kita sebagai umat islam jangan tertipu. Namun kita perlu merangsang 
diri kita agar kita tidak menjadi pengganas. Pengganas tidak mengenali agama 
dan bangsa. Bila kita kaitkan dengan islam, kita harus mengatakan islam tidak 
pernah menyuruh umatnya menjadi pengganas. Sebaliknya agama islam menyuruh 
umatnya menjadi seorang yang bijaksana, lemah lembut dan seumpamanya. Cuba kita 
perhatikan firman Allah yang bermaksud, “ Dengan rahmat daripada Allah wahai 
Muhammad kamu berlemah lembut dengan mereka. Andaikata kamu bengis dan bersikap 
keras hati dengan mereka, mereka akan lari daripadamu ”.

         Itu dia nabi dan pengasas agama kita. Nabi Muhammad saw yang di puji 
Allah sebab baginda berlemah lembut. Tidak bengis dan keras hati dengan orang 
lain. Itu dia yang sebenarnya di perturunkan kepada umat islam agar kita itu 
berlemah lembut, mempunyai perasaan belas kasihan, perasaan rahmah dan jauh 
sekali menjadi seorang pengganas.

         Marilah sama-sama kita hidup dengan aman apatah lagi kita di Malaysia, 
kita hidup dalam sebuah masyarakat majmuk. Mari kita hidup secara aman. Kita 
sebagai orang islam menghormati agama lain dan kita juga mahu agama lain 
menghormati islam. Jangan ajar orang islam tentang bagaimana beragama islam. 
Bila kita menghormati agama islam dan orang islam pula menghormati agama lain 
insyaallah itulah yang islam mahu. Akhir kata jangan lupa firman Allah swt 
dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “ Wahai manusia kami telah menjadikan 
kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berpuak-puak 
dan juga berkelompok- kelompok agar kamu berkenal kenalan antara satu dengan 
yang lain. Bukan berbunuh-bunuhan antara satu dengan yang lain. Orang yang 
paling mulia di sisi Allah dari kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa 
”. Bukan orang yang berumah besar dan bolih memberi mahar yang tinggi ketika 
berkahwin. Yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa. 

        Ini konsep islam. Islam bukan keganasan. Itulah yang hendak kita 
tekankan pada pagi yang permai ini. Semoga Allah memberkati anda insyaallah.

                

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara.



--------------------------------------------------------------------------------

Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
            RM1 setiap bulan kepada Palestin  
     
      Masukkan derma anda ke dalam akaun: 
      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
      Bank Islam Malaysia Berhad 
      Nombor akaun: 12113010005797 
      http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Qurban:
Malaysia: http://qurban-aqiqah.jim.org.my 
Singapore - http://www.saff.org.sg/qurban/
Western/Other locations: http://www.islamic-relief.com/ 


Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com

Kirim email ke