http://www.geocities.com/Eureka/Promenade/2988/sejarah.html

Sejarah Gerakan Anti-Hadis

Oleh: Hasmadi Hamdan, Al al-Bayt University

HADIS ataupun Sunnah ialah segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Nabi.
Rasulullah ialah penyampai wahyu daripada Allah. Firman Allah: Wahai Rasul!
Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada tuhanmu
(al-Maidah: 67). Baginda juga merupakan penerang al-Quran. Firman Allah
Taala: Dan telah Kami turunkan kepadamu al-Dzikr (peringatan) untuk kau
terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan
moga-moga mereka berfikir (al-Nahl: 44).

Kadangkala Rasulullah menerangkan ayat al-Quran melalui perbuatannya dan
ada kalanya juga baginda menerangkan menerusi perbuatannya. Dan ada kalanya
baginda menerangkan melalui perbuatan dan perkataan sekaligus. Sabda
baginda: Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat dan sabda baginda
lagi: Ambillah daripadaku perbuatan-perbuatan haji. Kedua-dua sabda baginda
ini merupakan penerangan daripada al-Quran yang diterangkan secara umum.
Tidak terdapat satu perbuatan pun yang semata-mata berpunca daripada sabda
baginda melainkan perbuatan itu disebutkan oleh al-Quran secara umum.
Firman Allah Taala di dalam al-Quran: Dan apa yang didatangkan oleh Rasul
kepada kamu, maka ambillah! Dan apa yang ditegahnya, jauhilah! (al-Hasyr:
7). Dan firman-Nya lagi: Katakanlah! Sekiranya kamu menyintai Allah Taala,
maka ikutlah aku. Kamu akan dikasihi Allah. Dan Dia akan mengampuni
dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. Katakanlah!
Taatlah akan Allah dan Rasul. Dan sekiranya kamu berpaling maka
sesungguhnya A

llah tidak suka akan orang-orang kafir (Al Imran: 32).

Para Sahabat juga sepakat mengatakan hadis sebagai hujjah. Tidak ada
seorang pun daripada mereka yang hanya beramal dengan al-Quran sahaja. Dan
apa yang pernah diriwayatkan bahawa ada sebahagian daripada mereka yang
menolak hadis yang diriwayatkan kepada mereka bukan bermakna mereka
menolaknya, tetapi dia tidak yakin dengan kesahan hadis tersebut atau
terdapat hadis lain yang baginya lebih kuat.

Dari segi logik akal pula, al-Quran memberitahu kita bahawa Allah telah
menurunkan al-Quran kepada Rasul untuk diterangkan pula kepada manusia. Dan
penerangan ini juga merupakan wahyu yang wajib dituruti. Seseorang tidak
dikatakan sebagai taat sekiranya dia hanya patuh kepada ayat al-Quran
dengan tidak berpegang kepada orang yang menerangkannya kerana penerangan
sampai bila-bila pun tidak dapat dipisahkan daripada orang yang
menerangkannya. Sekiranya dia beramal dengan al-Quran seperti yang
diterangkan oleh Rasulullah, maka dia telah taat kepada Allah melalui ayat
al-Quran dan taat juga kepada Rasul melalui penerangannya. Sekiranya dia
mengabaikan penerangan Rasulullah, maka dia telah berdosa kepada Allah
kerana tidak beramal sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

Beberapa kumpulan yang cacat daripada orang-orang yang mendakwa Islam telah
menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam. Mereka berkata: Cukuplah
al-Quran. Apa yang Allah haramkan di dalam al-Quran kami haramkannya dan
apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkannya. Kemudian mereka
mengatakan al-Quran telah menerangkan semua tanpa terkecuali sesuatu pun.
Firman Allah yang bermaksud: Dan kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam
kitab (al-An'am: 38). Dan firman Allah lagi bermaksud: Dan telah kami
turunkan kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl:
89). Mereka juga berkata sunnah merupakan undang-undang yang lain dan
tersendiri bertentangan dengan khabar-khabar Allah. Mereka berpendapat
apalah gunanya lagi al-Sunnah sekiranya Allah sudah pun menerangkan setiap
sesuatu tanpa meninggalkan apa-apa lagi untuk diterangkan oleh Nabi
Muhammad.

Sebenarnya jawapan ini sudah pun diketahui oleh mereka sendiri. Tetapi
mereka sengaja buat-buat tidak mengerti. Mereka cuba mencari jalan keluar
yang lain dengan menterjemah al-Quran mengikut kehendak mereka. Mereka
terpaksa lari daripada tafsiran Nabi S.A.W dan sahabat r.a dan mencipta
terjemahan yang lain daripada yang lain untuk mencipta kebenaran.
Sebenarnya terjemahan mereka lari daripada kaedah Bahasa Arab. Al-Kitab
berasal daripada kata terbitan - kataba - kitabatan. Di dalam al-Quran
terdapat 318 perkataan yang berasal daripada kata terbitan KATABA. Bagi
perkataan al-Kitab sahaja terdapat 230 perkataan manakala 12 perkataan
Kitab (tanpa alif lam). Ada juga perkataan al-Kitab ini yang disebut secara
kata jamak (Kutubun) sebanyak 3 perkataan. Untuk mengetahui makna-makna ini
kita terpaksa merujuk kepada Bahasa Arab kerana al-Quran itu diturunkan di
dalam Bahasa Arab.

Jadi terjemahan al-Kitab di dalam surah al-Ana'am: 38 kepada al-Quran
bukanlah terjemahan yang sebenar mengikut mafhum Bahasa Arab. Al-Kitab di
dalam ayat itu bermaksud Loh Mahfudz, bukanlah al-Quran. Dalilnya ayat yang
sebelum itu menyebut yang bermaksud: Dan binatang-binatang yang ada di bumi
dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya adalah seperti kamu juga.
Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab. Kemudian mereka akan
dikumpulkan kepada Tuhannya. Dan ada sepotong ayat yang lain di dalam surah
Hud yang bermaksud: Dan tiada binatang di bumi ini melainkan Allah yang
menanggung rezekinya. Dan Dia mengetahui kediaman dan tempat menyimpannya.
Semuanya ada di dalam Kitab yang terang (Hud: 6). Sekiranya kita
menerima-pakai bahawa al-Kitab di dalam ayat ini bermaksud al-Quran seperti
dakwaan mereka, tetapi ayat itu tidak membantu mereka menolak sunnah.
Segala hukum yang disebut oleh al-Quran secara sepintas lalu, tidak mungkin
dapat dilaksanakan jika tidak didapati perinciannya di dalam sunnah. Men

gabaikan sunnah samalah seperti mengabaikan hukum-hukum yang disebut secara
ringkas seperti firman Allah: Dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat
(al-Baqarah: 43). Tanpa ada penerangan daripada sunnah, kita tidak dapat
menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila tidak menunaikan solat dan
mengeluarkan zakat kerana tidak ada perincian di dalam al-Quran, bermakna
kita telah mengabaikan suruhan Allah tersebut.

Catatan pertama tentang penolakan sunnah pernah dituliskan oleh Imam Syafei
(150H-204H) di dalam bukunya al-Umm. Menurut catatan tersebut, beliau telah
berdebat dengan seorang anti-hadis. Tetapi tidak pula disebutkan siapa
orang itu. Beliau hanya menyebutkan orang itu sebagai musuh (al-Khasm).

Kata al-Syafei: Seorang daripada intelektual telah berkata kepadaku: Anda
ialah seorang Arab. Al-Quran diturunkan menurut bahasa anda. Tentulah anda
lebih memahaminya. Di dalamnya terdapat hukum-hukum yang berupa fardhu.
Sekiranya seseorang merasa syak di dalam satu huruf di dalam al-Quran, dia
diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, anda membunuhnya
sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan telah kami turunkan kepada
kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl: 89). Jadi
bagaimanakah anda dapat menentukan di mana tempat am dan ada kalanya pula
anda mengatakan fardhu itu sebagai khas? Bagaimana anda dapat membezakan
pula yang mana satu perintah yang wajib dan ada ketika yang lain pula anda
mengatakan sebagai sunat atau harus. Pemisahan ini anda lakukan bedasarkan
pula kepada satu riwayat, dua riwayat sehinggalah sampai kepada Rasulullah
S.A.W. dan tidak aku dapati ada di kalangan mereka yang tersilap dan lupa
pula di dalam riwayatnya. Bahkan aku mendapati anda juga pernah berkata kep

ada beberapa perawi: Si polan ini telah tersilap di dalam hadis sekian. Dan
aku mendapati juga bahawa anda pernah berkata: Sekiranya seorang lelaki
meriwayatkan hadis yang mengharamkan dan menghalalkan untuk kamu, anda
mebuat kesimpulan bahawa hadis itu mengkhaskan umum al-Quran. Sedangkan
Rasulullah tidak pernah berkata demikian. Jadi anda telah tersilap besar.
Anda meletakkan perkataan-perkataan dusta daripada perawi-perawi ini sama
mertabatnya dengan al-Quran?

Di dalam perdebatan tersebut, mereka memperkatakan tentang firman Allah
yang bermaksud: Dialah yang yang telah mengutuskan kepada kaum yang ummi
seorang Rasul di antara mereka , untuk membaca keterangan-keterangan Tuhan,
membersihkan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah,
sedangkan mereka seberada di dalam kesesatan yang nyata.

Kata musuh itu: Aku tahu bahawa al-Kitab itu ialah al-Quran. Apa pula
al-Hikmah?

(Imam) berkata: Sunnah Rasulullah S.A.W.

Kata musuh itu: Mungkin al-Hikmah itu al-Quran. Jadi ayat itu bermaksud:
Dia mengajar al-Kitab secara amnya dan mengajar hukum-hukum secara khasnya
pula.

Jawab Imam Syafei: Sekiranya engkau berkata begitu, jadi ayat ini
bermaksud: Dia mengajar hukum-hukum al-Quran yang disebut secara am seperti
solat, zakat, haji dan lain-lain. Ini bermaksud Allah menentukan sesuatu
hukum di dalam kitab-Nya. Kemudian Dia menerangkan hukum-hukum ini menerusi
lidah Rasulnya.

Kata musuh itu: Boleh jadi juga.

Kata Imam al-Syafei: Sekiranya anda berpegang dengan pendapat yang kedua
(al-Hikmah bererti perincian terhadap makna al-Quran), kamu tidak akan
menjumpai hukum-hukum ini melainkan dengan hadis Rasulullah.

Kata musuh itu: Kalau sekiranya aku berkata pula, al-Kitab dan al-Hikmah
ini termasuk di dalam jenis pengulangan perkataan?

Jawab Imam Syafei: Yang manakah lebih baik? Membawa satu makna di dalam dua
perkataan ataupun masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza?

Kata musuh itu: Barangkali juga seperti apa yang kau katakan. Al-Kitab
ialah al-Quran dan al-Hikmah pula ialah sunnah. Dan keberangkalian lain
juga akan berlaku: al-Kitab ialah al-Hikmah itu sendiri.

Imam Syafei berkata: Tetapi yang paling jelas maknanya ialah yang pertama.
Hal ini demikian kerana ada bukti-bukti yang membenarkannya daripada
al-Quran.

Kata musuh itu: Di mana?

Kata Imam al-Syafei: Firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah di
rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah dan al-Hikmah (al-Ahzab: 34). Di
dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa terdapat dua jenis bacaan yang
terdapat di rumah.

Musuh itu berkata: al-Quran memang boleh dibaca. Tetapi bagaimana pula
untuk membaca al-Hikmah?

Imam Syafei berkata: Jadi makna membaca ialah membaca sunnah seperti
membaca al-Quran.

Jawab musuh itu pula: Oleh itu, maksud al-Hikmah lebih mirip kepada apa
yang kamu maksudkan.

Pada zaman ini, terdapat juga intelek-intelek yang mengaku sebagai Islam
mempopularkan kembali ide-ide ini. Di antaranya rencana yang ditulis oleh
Doktor Tawfiq Sidqi yang bertajuk "Islam ialah al-Quran Sahaja". Rencana
ini disiarkan di dalam majalah al-Manar bilangan 7 dan 12. Kita dapat
simpulkan isi-isinya seperti berikut:

Pertama: Dia mengambil dalil daripada firman Allah yang bermaksud: Dan kami
tidak alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab (al-An'am: 38). Katanya ayat
ini bermaksud al-Quran telah pun mengandungi semua hukum. Jadi al-Quran
tidak perlu kepada benda lain untuk menerangkannya seperti al-Sunnah.

Kedua: Dia juga telah mengambil dalil daripada al-Quran yang bermaksud:
Kami telahpun menurunkan al-Dzikr dan Kami jugalah yang akan menjaganya
(al-Hajr: 9). Dia mengatakan Allah hanya memerintahkan supaya menjaga
al-Quran sahaja tanpa sunnah. Sekiranya sunnah juga merupakan dalil dan
boleh dijadikan hujjah seperti al-Quran, tentulah Allah akan memerintahkan
untuk memeliharanya juga.

Ketiga: Sunnah hanya dituliskan pada zaman terkemudian selepas berlakunya
kesilapan dan ada setengah-setengahnya sudah pun dilupai. Penyelewengan dan
pengubahan mudah sahaja berlaku di dalam hadis. Oleh itu, perkara yang syak
sebegini tidak sesuai dijadikan sumber hukum sayarak (sila rujuk dakwaan
yang serupa di dalam buku Muhammedanische Studien oleh Ignaz Golgziher).

Keempat: Katanya lagi, Nabi juga pernah mengatakan sunnah tidak boleh
diterima sebagai sumber hukum. Sabda baginda yang bermaksud: Sesungguhnya
hadis akan tersebar daripadaku. Apa yang datang kepada kamu yang bertepatan
dengan al-Quran, maka ia adalah daripadaku. Dan sekiranya ia bertentangan
dengan al-Quran, maka ia bukanlah daripadaku.

Doktor Mustaffa al-Sibai' ketika menjawab dakwaan-dakwaan ini mengatakan:

Pertama: al-Quran mengandungi dasar-dasar hukum secara am. Sebahagian hukum
dijelaskan secara terang. Sementara itu sebahagian lagi ditinggalkan kepada
Rasululah S.A.W untuk menerangkannya. Allah Taala mengutuskan Rasul kepada
manusia untuk menerangkan hukum agama meraka. Justeru, Allah mewajibkan
kepada manusia mengikut apa yang dihuraikan oleh Rasulullah.

Kedua: Penjagaan terhadap al-Dzikr sebenarnya tidak terhad kepada al-Quran
semata-mata. Tetapi ia bermaksud hukum-hukum agama ataupun hukum syarak
yang telah diutuskan kepada Rasulnya. Justeru al-Dzikr lebih umum daripada
al-Quran dan Sunnah. Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud:
Bertanyalah kepada ahl al-Dzikr sekiranya kamu tidak mengerti (al-Nahl:
43). Sekarang jelas bahawa ahl al-Dzikr bermaksud orang yang mempunyai ilmu
di dalam syariat dan hukum-hukum islam. Tidak syak lagi bahawa Allah
memelihara al-Sunnah sepertimana Dia memelihara al-Quran.

Ketiga: Kebanyakan mereka tidak pernah cuba menyelidiki usaha-usaha ulama
Islam mengekang penyelewengan dan pemalsuan hadis. Apabila sunnah dibawa
dari satu generasi ke satu generasi, ia dibawa dengan susunan riwayat yang
berturutan daripada zaman sahabat sehingga akhir kurun pertama. Jadi tidak
ada ruang untuk kita mengesyaki ketidak-sahihan hadis tersebut kerana para
perawi ini diletakkan beberapa syarat yang ketat (Lihat A. Sprenger, Ueber
das Traditionswesen bei den Araben).

Keempat: Hadis yang disebutkan di dalam dakwaan Dr. Sidqi ialah daripada
Khalid bin Abu Karimah daripada Abu Jaafar daripada Rasulullah S.A.W.
Khalid ialah seorang yang tidak dikenali manakala Abu Jaafar bukanlah
seorang sahabat Rasulullah. Jadi, hadis ini tidak boleh diterima sebagai
dalil untuk dijadikan hujah.

Daripada nukleus dan sel-sel inilah bermulanya gerakan anti-hadis di dalam
masyarakat Islam di Timur dan Barat. Gerakan ini bukanlah baru kerana
dakwaan-dakwaan serupa itu telah pun wujud lebih 1300 tahun yang lampau.
Sekiranya kita perhatikan hujah-hujah golongan anti-hadis pada masa kini,
kita tidak mendapati suatu hujah baru pun meski pun mereka mendakwa diri
mereka sebagai The Thinkers ataupun yang sering digelar sebagai
intelektual. Ini tidaklah menghairankan kerana Imam al-Syafei sendiri pun
mengatakan mereka sebagai intelektual. Hujah-hujah mereka pun sudah
dipatah-riukkan oleh ulama-ulama Islam. Malangnya buku-buku ini jarang
didapati oleh kebanyakan orang. Buku-buku ini ditulis di dalam bahasa Arab
dan bahasa Inggeris dan sukar untuk dibaca oleh orang-orang yang tidak
menguasai kedua-dua bahasa ini.

Di antara pelopor-pelopor golongan ini yang terkenal kurun ini ialah Rashad
Khalifa, Ismail Adham, Kassim Ahmad dan Othman Ali. Untuk menguatkan lagi
pendapat mereka bahawa hadis tidak perlu di dalam syariat Islam, mereka
mengambil pula hujah-hujah dari kalangan orientalis yang terdiri daripada
Ignaz Goldziher di dalam bukunya Muhammedanische Studien dan Joseph Schact
di dalam bukunya An Introduction To Islamic Law.

Bagi dakwaan Ignaz Goldziher di dalam Muhammedanische Studien, perlu
diingatkan bahawa buku tersebut ditulis pada tahun 1890. Selepas itu,
banyak manuskrip tentang hadis telah dicetak dan diterbitkan. Jadi perlulah
ada ulang-kaji semula terhadap buku yang dikarang oleh Ignaz Goldziher
tersebut dengan meneliti manuskrip yang telah disemak dan diterbitkan.
Manakala dakwaan-dakwaan Schact pula telahpun dijawab oleh Muhammad Mustafa
Azami di dalam bukunya Studies In Early Hadith Literature.

Justeru, golongan ini hanyalah memutarkan ide-ide lama. Dengan adanya
internet, mereka cuba meneroka jalan-jalan baru untuk meramaikan pengikut
mereka. Mereka menjangkakan dapat menarik perhatian orang-orang yang sering
merantau di dalam internet ini. Sebenarnya kami yakin terhadap para
pengguna internet ini. Masing-masing mempunyai akal untuk berfikir dan
sanggup pula berbincang untuk menerima kebenaran. Dan tentulah mereka tidak
akan mengikut sesuatu tanpa ada dalil dan hujah yang munasabah.

Buku-buku rujukan yang boleh anda rujuk ialah:

Ajjaj al-Khatib, al-Sunnah Qabla al-Tadwin.
Ignaz Goldziher, Muhammedanische Studien.
Joseph Schact, An Introduction To Islamic Law.
Mustaffa al-Sibai, al-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-Islami.
Muhammad Mustaffa Azami , Studies In Early Hadith Literature.



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke