Tq that info.Maybe i attend.
zainul Quoting Harisfazillah Jamel <ha...@oscc.org.my>: > Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009 > > MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009) > adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software > (OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. > > MSC Malaysia OSCONF 2009 akan berlangsung di Berjaya Times Square Hotel > And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala > Lumpur, Malaysia. Persidangan ini akan diadakan selama 4 hari bermula > dari 31 Mei hingga 3 Jun 2009. > > Laman Web Rasmi > http://www.mscmalaysia.my/osconf > > Pendaftaran dan untuk mendapatkan surat jemputan boleh dibuat melalui > laman web, email atau telepon > > En. Rafe Azsnal r...@mdec.com.my (019-2663835) > MSC Malaysia Client Contact Centre c...@mdec.com.my (1-800-88-8338) > > MSC Malaysia OSCONF 2009 dianjurkan oleh MSC Malaysia dan disokong oleh > MAMPU dan MOSTI. > > Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT > yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN, > TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain. > > MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS Malaysia. > > Laman Web Sokongan oleh komuniti OSS Malaysia. > > http://www.mscoscon.my/ > > MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan ramai penceramah dalam dan luar > negeri meliputi pelbagai tajuk dan bidang dalam ICT. Antaranya, Google > yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud Computing" Google, > Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen Kanai dari Mozilla > Corporation, komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open Solaris, OpenSuse > dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali sistem-sistem > operasi matang dalam dunia OSS. > > Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian, > penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Oon ketua projek > Adempire ERP, Azril Nazli Alias Mamak Spot , Azrinsyah Mirza Asfian > MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Ambil > kesempatan ini untuk mempelajari banyak perkara daripada mereka. > > OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan > yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah > seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari > Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi. > > *** Hari Hackathon *** > > Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan > menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya Bertempat > di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt > 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia. > > Masuk adalah percuma pada hari Ahad 31 Mei 2009. Jemputlah datang > beramai-ramai. > > Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti > OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing. > > Redhuan Daniel Oon ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi > pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak digunakan. > Dalam sesi ini satu hackathon untuk menyediakan perisian pemasangan > Adempire ERP dalam Windows akan dipertandingkan. > > Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS yang > membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut boleh > dirujuk disini. > > http://www.lamp2win.com/ > > Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse, > Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem > operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat > dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan dipasang > dengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam > komuniti-komuniti. > > Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS boleh > datang dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. > > Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009 > http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856 > > Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi > pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu peluang > kepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman web > dicerobohi dan cara melindunginya. > > RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma namun tempat adalah terhad. > http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507 > > Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT. > Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara > menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai kerjaya ICT. > > Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma kepada umum, maka jemputlah > datang beramai-ramai. > > Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009 > > http://www.mscmalaysia.my/osconf > > Sertai MSC Malaysia Open Source Group di Facebook > http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399 > > dan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Facebook page > http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651 > > > > > --- > > OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release > http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting > > > > -- > This message has been scanned for viruses and > dangerous content by MySpamGuard, and is > believed to be clean. http://myspamguard.oscc.org.my/ > > ---------------------------------------------------------------- This message was sent using MyWorkSpace of OSCC, MAMPU http://myworkspace.oscc.org.my/ -- This message has been scanned for viruses and dangerous content by MySpamGuard, and is believed to be clean. http://myspamguard.oscc.org.my/ --- OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting _______________________________________________ OSCC Knowledge Bank Mailing List * To visit MAMPU Opensource on the web, go to: http://opensource.mampu.gov.my * To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: http://www.oscc.org.my * To unsubscribe from this group, please go here: http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss OSCC MAMPU Facebook. http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916