Re: [RantauNet.Com] Keturunan Pagar Ruyung - Pertemuan bersejarah di Raub

2003-07-31 Terurut Topik Nofendri T. Lare



Assalamualaikum 
Warrahmatullah,

Manolah mamak Malin Bandaro 
(Arman Bahar P.) yang selalu konsen jo
sejarah 
Minangkabau.
Sepertinyo pewaris dari klan 
pagaruyuang tu lai ado juo kironyo, sesuai
jo postingan sanak awak M. 
Fadzil dari Negara tetangga ko.
Salamo ko awak ndak tau, sia 
pewaring dari pagaruyuang, dan yang awak
tau salamo adolah bahwa 
pewaris/ketururnan dari ghajo pagarayuang tu
alah punah, alias tidak ada 
lagi.

Dan
Kapatang ko, seperti nan 
ambo postingan beberapa minggu lalu dari
Padang Express, bahwa ado 
pulu pewaris pagaruyuang nan menetap di
Jakarta, dan baitu pulo nan 
dikecek-an Mak Dang Djolelo.

Tentang sejarah nan dari 
Malaysia ko, mungkin ado juo kebenarannyo.
Soalnyo salamo ko, semenjak 
kemerdekaan RI, sepertinyo hubuangan
Minang (Andaleh) jo Negeri 
Simbilan (Malaysia) terputus.
Dari sejarah nan dicaritoan 
rang tuo2 mbo dulu, keluarga kanduang dari
leluhur kami ado pulo 
disinan (Malaka), tapi kami ndak tau dan ndak pernah
basuo dan berhubungan dengan 
balahan nan disinan.
Begitulah kenyataannya, 
sahinggo tali persaudaraan taputuih.
Kok lai mereka mampu, tantu 
lai di jingoknyo juo tanah leluhurnyo.
Kok indak??? yo 
antahlah.

  - Original Message - 
  From: 
  mohdfadzil ahmadfadzil 
  To: [EMAIL PROTECTED] 
  Sent: Tuesday, July 29, 2003 8:59 
AM
  Subject: [RantauNet.Com] Keturunan Pagar 
  Ruyung - Pertemuan bersejarah di Raub
  
  
  
  Keturunan Pagar Ruyung - Pertemuan bersejarah di Raub
  Oleh Mohd. Romzi Samsudin
  SATU pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam 
  Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di 
  Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang baru-baru ini.
  Majlis secara sederhana itu diadakan di rumah Datuk Tengku Mustapha Tengku 
  Seti, dengan dihadiri waris keturunan dari Indonesia seramai 37 orang diketuai 
  oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq 
  Thaib.= 


Re: [RantauNet.Com] Keturunan Pagar Ruyung - Pertemuan bersejarah di Raub

2003-07-30 Terurut Topik Azwan Dzahri
Assalaamualaikum Fadzil,
Terima kasih kerana menghantar email yang berilmiah ini.Sekurang-kurang nya saya tahu bahawa orang Minang tidak tertumpu pada satu tempat sahaja di Malaysia ini.Dengan ini saya dapat informasi dan susur galur tentang sejarah bangsa Minang dan Rajanya,iaitu bangsa saya juga.Saya amat berbangga dan sekali lagi terima kasih akan artikal yg berinformasi lagi berilmiah.

sekian wassalam...mohdfadzil ahmadfadzil [EMAIL PROTECTED] wrote:




Keturunan Pagar Ruyung - Pertemuan bersejarah di Raub
Oleh Mohd. Romzi Samsudin
SATU pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang baru-baru ini.
Majlis secara sederhana itu diadakan di rumah Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, dengan dihadiri waris keturunan dari Indonesia seramai 37 orang diketuai oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib.
Pertemuan itu juga sempena sambutan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang juga berasal dari keturunan yang sama.
Tengku Mustapha, 65, ketika ditemui pemberita berkata, pertemuan itu merupakan yang pertama kali diadakan secara rasmi sejak keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berhijrah dan menetap di daerah Raub lebih 200 tahun lalu.
Menurut beliau, usaha mengadakan majlis seumpama itu telah dirancang sekian lama kerana beberapa pertemuan yang diadakan sebelum ini hanya melibatkan kunjungan sebilangan kecil keluarga di antara kedua-dua negara. 
``Pertemuan kali ini adalah yang paling bersejarah untuk kami kerana dapat berkenalan lebih rapat dan mengetahui lebih lanjut perkembangan keturunan asal kami di Indonesia,'' katanya yang merupakan generasi ke lima keturunan Pagar Ruyung.
Beliau berkata, waris keturunan Pagar Ruyung yang tinggal di sekitar Raub, yang kini memasuki generasi ketujuh, telah disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia pada tahun 2001.
Sejak itu menurutnya, usaha untuk mengadakan pertemuan rasmi di antara kedua-dua pihak ditingkatkan.
Aktiviti
Katanya, pertemuan itu berlangsung selama dua hari dan dipenuhi pelbagai aktiviti sebelum rombongan bertolak ke Seremban bagi meraikan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
``Antara aktiviti sepanjang dua hari itu ialah majlis suai kenal, tahlil dan menziarahi makam-makam yang dikenal pasti sebagai makam-makam anak raja Pagar Ruyung yang terdapat di sekitar Raub dan Kuala Lipis,'' jelasnya.
Mengimbas kembali wujudnya waris diraja Pagar Ruyung di Raub, Tengku Mustapha menjelaskan, ia berlaku sekitar akhir abad ke-18 ekoran bantuan tentera yang diberikan oleh Yang Dipertuan Padang Unang, Sumatera iaitu Tengku Khairul Alam kepada Pahang sewaktu negeri itu berperang dengan Perak.
Katanya, Padang Unang ketika itu bernaung di bawah kekuasaan Raja Pagar Ruyung dan permintaan Pahang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan itu telah diperkenankan oleh baginda.
Menurutnya, dengan bantuan Tengku Khairul Alam, Pahang memenangi peperangan itu dan sebagai membalas jasa, Sultan Pahang telah mengurniakan kawasan di Raub bermula di Gesing, Sengkla, Semantan dan Kampung Pintu Padang bagi membuka penempatan baru.
Jelasnya, peranan waris diraja Pagar Ruyung di dalam politik Pahang tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya Sultan Pahang telah melantik cucu Tengku Khairul Alam iaitu Tengku Kudin sebagai Tengku Lela Pahang yang pertama.
Sementara itu, Taufiq dari generasi ke 33 turut melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu waris keturunan Pagar Ruyung di Malaysia yang sebelum ini hanya didengar melalui khabar dari mulut ke mulut sahaja.
Pertemuan
Katanya, pertemuan itu telah mengesahkan anggapan mereka sebelum ini bahawa keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berada dan menetap di beberapa negeri di Malaysia termasuk di Pahang.
``Ini adalah pertemuan yang paling lengkap berbanding beberapa pertemuan kecil sebelum ini dan kali terakhir saya datang ke sini ialah pada Januari lalu dan ternyata keturunan kami berada di mana-mana,'' jelasnya.
Menurutnya, melalui pertemuan seperti itu, hubungan zuriat daripada keturunan yang sama yang terputus sejak sekian lama akan dapat bersambung kembali dan menjadi lebih rapat walaupun terpisah oleh dua negara yang mempunyai sistem pemerintahan berbeza.
Taufiq, 55, berkata, sejarah ketibaan keluarga diraja Pagar Ruyung di Malaysia berlaku pada tahun 1773 apabila seorang putera raja bernama Raja Mahmud diutuskan ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang Dipertuan Besar.
``Pelantikan Raja Mahmud ini adalah atas permintaan Datuk Undang Berempat dan bagi menguruskan upacara pertabalan, seorang pembesar bernama Raja Khatib dihantar ke Negeri Sembilan tetapi apabila tiba di negeri itu, dia telah belot dan mendakwa dia yang akan menjadi Yang Dipertuan Besar,'' jelasnya.
Katanya, ekoran daripada itu, perang tercetus di antara Raja Mahmud dan Raja Khatib sementara Raja Pagar Ruyung yang tidak yakin Raja Khatib dapat dikalahkan telah menghantar Yang Dipertuan Padang Unang,