[wanita-muslimah] Berkongsi Resepi Istimewa

2009-02-17 Terurut Topik tipswanita
Ingin mendapatkan pelbagai resepi istimewa atau ingin berkongsi resepi
istimewa anda? Sila lawati laman web di bawah :-

http://resepi.noorjannah.com/

TQ



[wanita-muslimah] Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita

2009-01-07 Terurut Topik tipswanita
Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita



Artikel ini di Internet
http://untukwanita.noorjannah.com/2009/01/tips-pengambilan-kalsium-untuk-wanita.html



Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja
untuk pembentukan tulang malah, pembinaan sel-sel dan perjalanan
sistem tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan
fungsinya. Dengan kalsium yang mencukupi ia membantu dan pencegahan
reputan tulang pada masa peningkatan usia manusia. Bagi golongan
kanak-kanak pula ia turut membantu dalam pembentukan gigi dan kuku.



Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita
atau hantarkan email kepada tipswanita-subscr...@yahoogroups.com



Kalsium dalam tulang tidak kekal sentiasa dalam tulang. Sel-sel tulang
akan melakukan proses penggantian kalsium setiap masa. Kalsium dalam
tulang turut diambil sekiranya badan tidak cukup sumber daripada makanan.


Kalsium boleh didapati dengan mudah melalui permakanan tenusu seperti
susu lembu, yougurt, cheese, ais krim, roti dan pelbagai.



Namun begitu tidak ramai mengambil kalsium pada jumlah yang mengcukupi
iaitu pada kadar harian yang disarankan. Satu kajian di Malaysia
mendapati pengambilan kalsium pada kadar 300-400mg sehari peratusannya
yang tidak besar sehingga meletakkan majoriti penduduk Malaysia dalam
risiko menghadapi Osteoporosis dalam jangka masa dua dekad.



Wanita Malaysia mengambil kurang daripada separuh kalsium yang
diperlukan oleh badan seorang wanita.



Nilai yang dicadangkan adalah sekitar 600 ke 1200mg sehari dan bagi
wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang dicadangkan adalah
sekitar 1200mg. Silakan dapatkan nasihat doktor untuk nilaian yang
sesuai. 



Rujukan

http://www.nof.org/prevention/calcium.htm



Walaupun Osteoporosis sentiasa dikaitkan ianya berlaku pada golongan
berusia namun ia boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Masalah ini
bukan setakat berlaku kepada golongan wanita sahaja malahan golongan
lelaki. Setiap sepuluh orang yang menghadapi Osteoporosis dua
daripadanya adalah lelaki.



Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi reput dan
menyebabkan ia mudah retak dan lambat untuk sembuh. Pengambilan
Kalsium sebelum umur tiga puluh tahun dapat mengurangkan risiko
menghadapi Osteoporosis.



Makanan Tambahan Kalsium



Sejak kebelakangan ini kesedaran mengenai Osteoporosis  dan bahaya
pengambilan kalsium yang tidak mengcukupi semakin bertambah. Menyedari
hakikat itu semakin ramai mengambil makanan tambahan kalsium.



Perkara paling penting dalam pengambilan makanan tambahan kalsium
adalah sejauh mana ia mudah diserap oleh badan manusia. Beberapa
cadangan pengambilan makanan tambahan kalsium.



(1) Ia perlu diambil dengan kerap dalam sehari dalam nilaian yang
kecil bagi setiap pengambilan. Setiap pengambilan yang dicadangkan
adalah bawah 500mg dan diambil dua kali sehari. Ini adalah kerana
nilaian serapan kalsium berkurangan apabila nilaian kalsium dimakan
bertambah.



(2) Kalsium yang dikunyah atau dicairkan adalah mudah diserap kerana
dalam bentuk ini ia lebih mudah diserap berbanding dengan kalsium
berbentuk tablet yang perlu dihancurkan dahulu oleh sistem penghadaman
sebelum ia boleh diserap dengan mudah oleh badan.



(3) Vitamin D turut dimasukkan bersama kalsium kerana vitamin D
membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan. Namun awas patuhi
pengambilan vitamin D sehari tidak melebihi 400IU ke 800IU. Vitamin D
adalah vitamin berasaskan lemak. Ia boleh disimpan oleh badan apabila
ia tidak digunakan. Maka pengambilan berlebihan akan menyebabkan badan
boleh berlebihan vitamin D dan ini membahayakan.



Pengambilan kalsium yang terbaik adalah dengan minum susu. Susu adalah
sumber kalsium yang utama. Dalam keadaan semula jadi dan dalam bentuk
cair, badan dengan mudah dapat menyerap kalsium dalam susu yang diminum.



Senaman adalah merupakan antara faktor utama dalam perkembangan
tulang. Dengan senaman ia membuat badan menguatkan tulang bagi
menghadapi aktiviti-aktiviti fizikal. Kalsium yang ada dipergunakan
sepenuh oleh badan bagi membentuk tulang. Sekiranya badan tidak aktif
dengan pergerakan dan aktiviti fizikal, lama kelamaan kalsium dalam
tulang akan berkurangan dengan cepat apabila dibandingkan dengan
proses menggantikan semula.



Dengan senaman ia memastikan proses penggantian dilakukan dengan lebih
cepat dan tulang yang terbentuk semula adalah lebih kuat.



Sebelum mengambil apa-apa permakanan tambahan sila dapatkan nasihat
doktor. Artikel diatas adalah hanya untuk pengetahuan am sahaja dan
penjelasan terperinci hanya layak dilakukan oleh doktor.



Sumber Rujukan



http://www.nof.org/



Artikel lain



Keperluan Asid Folik Untuk Wanita

http://wanita.perempuanmelayu.info/articles/folic.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/05/
keperluan-pemakanan-asid-folik-untuk.html



Sampaikan email ini kepada rakan-rakan yang lain. Ia juga usaha untuk
menyedarkan orang ramai bahawa bumi tempat

[wanita-muslimah] Promosi Set Corelle, Corningware, Vision dan Pyrex

2008-12-30 Terurut Topik tipswanita
Promosi Set Corelle, Corningware, Vision dan Pyrex

Ingin mendapatkan set barangan dia atas dengan harga yang menarik sila
kunjungi laman web di bawah :-

http://cyber-niaga.blogspot.com/

Terima kasih




[wanita-muslimah] Pengalaman Mendapatkan Wang Melalui Internet

2008-02-07 Terurut Topik tipswanita
Pengalaman Mendapatkan Wang Melalui Internet

http://blog.harisfazillah.info/2008/02/pengalaman-mendapatkan-wang-melalui.html

Apa pendapat anda sekiranya setiap tahun mendapat bonus tahunan
melalui usaha anda berkongsi ilmu dan pengalaman di Internet. Ada yang
lebih berjaya mendapat pendapatan bulanan dengan usaha penulisan
mereka di Internet.

Artikel saya kali ini mengenai pengalaman saya sendiri mengenai bonus
tahunan saya melalui Internet. Usaha masa lapang saya untuk menulis
dan berkongsi ilmu dan pengetahuan turut memberikan saya bonus tahunan
ini. Mungkin anda lebih berjaya daripada saya. Untuk pengetahuan anda,
setiap tahun bonus saya ini semakin meningkat, semakin banyak ilmu dan
pengetahuan dikongsikan, semakin banyak yang membacanya, semakin
bertambah peluang untuk pendapatan yang lebih. Yang penting luangkan
masa anda di Internet dengan berkongsi ilmu dan pengalaman.

Anda perlu ruang untuk menulis pengalaman dan ilmu anda. Cadangan
mudah adalah dengan mendaftarkan diri anda dengan

http://www.blogger.com/ dan
http://www.wikidot.com/

Blogger.com memberi ruang kepada anda untuk menulis pelbagai perkara
asalkan ia tidak bertentangan dengan syarat. Sebagai contoh anda boleh
melihat contoh blog CyberMoney2U dan Perempuan Melayu Info.

http://cybermoney2u.blogspot.com/ yang menggunakan Blogger
http://www.perempuanmelayu.info/ yang menggunakan Wikidot

Apabila anda telah berdaftar dengan Blogger dan Wikidot, perkara yang
anda perlu anda buat adalah membuat pengisian. Buat posting yang
bersuaian dengan tajuk yang anda pilih. Semakin banyak isi semakin
tinggi kemungkinan Blog anda akan dikunjungi dan dilawati. Semakin
tinggi jumlah pelawat semakin tinggi peluang iklan Internet yang bakal
anda letakkan dilihat oleh pelawat. Untuk mendapat jumlah pelawat
memerlukan masa dan kesabaran. Ia mengambil masa dua ke tiga tahun
untuk Blog atau Wiki anda mencapai jumlah pelawat yang tinggi.

Pengetahuan asas HTML adalah penting. Anda perlu tahu asas ini kerana
kod-kod HTML yang akan digunakan dalam meletakkan iklan di laman blog
anda. Diruang Tempalate Blogger anda terdapat pelbagai cara untuk ubah
suai blog dan meletakkan kod-kod HTML yang diperlukan. Anda boleh
bertanya dan belajar tentang HTML di Forum ITtutor.

http://www.ittutor.net/

Satu perkara yang penting adalah fungsi meletakkan Google Adsense
dalam Blog anda. Anda perlu mendaftar dengan Google Adsense sebelum
dapat menggunakan kemudahan ini untuk menjanakan pendapatan. Google
Adsense akan melihat pengisian Blog anda maka pastikan ia telah
dipenuhi dengan nukilan anda.

Untuk berdaftar dengan Adsense http://www.google.com/adsense

Sebelum daftar pastikan Blog dan Wiki anda telah dipenuhi dengan
penulisan. Setelah pendaftaran anda diluluskan, pastikan anda telah
mengaktifkan penggunaan Google Adsense di Blogger dan Wikidot.

Sekiranya anda belum kesempatan untuk belajar HTML dicadangkan anda
bermula dengan Hubpages.com sebagai contoh dan untuk pendaftaran

http://hubpages.com/_1n6cv479wdn8g/hub/CyberMoney2u-Making-Money-Online-For-Malaysian

Dengan Hubpages anda hanya perlu masukkan bahan-bahan anda. Sewaktu
mendaftar di Hubpages pastikan pada ruang Affilate anda boleh
daftarkan diri anda dengan Google Adsense, Amazon dan beberapa lagi.
Yang paling penting anda berdaftar dengan Google Adsense.

Antara sebab utama anda masih perlukan ruang Blogger disebab Google
Adsense memerlukan link laman web untuk dirujuk sebelum ia meluluskan
permohonan anda.

Anda bukan sekadar meletakkan iklan Adsense semata-mata. Meletak
banner iklan dan iklan text MobileKlub dan Adbrite turut mendatangkan
hasil.

Berdaftar dengan MobileKlub
http://affiliate.mobileklub.com/cgi-bin/track.cgi?track=click-4043-1045

Berdaftar dengan Adbrite
http://www.adbrite.com/mb/landing_both.php?spid=2147afb=120x60-1-blue

Anda juga sepatutnya menyertai komuniti pengkongsian trafik Adsense
http://www.senserely.com/referral/78f2

Sudah sampai masanya anda menjanakan bonus tahunan anda melalui Blog,
Wiki dan laman web anda. Terus melawat CyberMoney2U blog untuk
maklumat lanjut.

http://cybermoney2u.blogpsot.com/

Lagi artikel menarik.
http://www.senserely.com/tipswanita-making-money-online-for-malaysian.php

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel
http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

Dapatkan email mengenai cari duit Internet
http://asia.groups.yahoo.com/group/smsbimbit/

08 Feb 2008




[wanita-muslimah] Jom Turunkan Harga Barangan Sempena Hari Raya

2006-10-11 Terurut Topik tipswanita
Jom Turunkan Harga Barangan Sempena Hari Raya

Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/jimatraya.php

Hari Raya semakin dekat dan aktiviti-akiviti persediaan menyambutnya
semakin rancak berjalan. Banyak keputusan yang dibuat akan menentukan
sama ada ia merupakan perkara perlu atau ia hanyalah satu pembaziran.

Pada masa inilah pembelian banyak dilakukan. Sama ada untuk membeli
pakaian baru, membeli barangan dapur untuk membuat kuih-muih raya,
menukar perabot atau peralatan rumah dan pelbagai perkara yang perlu
dibarukan. Edaran wang dan duit meningkat pada masa ketibaan Hari Raya.

Pada musim perayaan, peniaga mahu meningkatkan untung dan melakukan
pelbagai perkara untuk mendapatkannya. Pembeli atau pengguna
sepatutnya menggunakan kuasa belian untuk mendapatkan untung pula
dalam pembelian dan mengekang kenaikan harga melampau.

Perubahan perlu dilakukan. Penjimatan dan bijak berbelanja perlu
menjadi budaya masyarakat Malaysia dan kepada wanita ia disandarkan
harapan ini.

Sebelum keluar membeli sesuatu sediakan senarai harga barangan yang
hendak dibeli. Sertakan sekali harga jangkaan barangan di dalam
senarai. Adalah penting untuk menyimpan resit-resit lama sebagai
rujukan harga. Tandakan barang-barang perlu dan ketahuilah barangan
yang dibawah kawalan harga oleh kerajaan.

Sewaktu membuat belian, biasakan untuk membuat bandingan harga
barangan yang hendak dibeli dengan banyak kedai. Jadikan harga pada
senarai yang dibuat sebagai bandingan harga. Jika barangan bukan pada
harga tetap, Cuba tawar-menawar dengan peniaga. Sebagai permulaan,
buat tawaran 20 peratus lebih murah daripada harga yang dipamerkan.

Matlamat anda adalah cuba mendapatkan harga 10 peratus lebih rendah
daripada harga di dalam senarai anda atau harga yang dipamerkan, yang
mana lebih rendah. Sekiranya peniaga berkeras tidak mahu turunkan
harga. Buat pilihan. Jika bukan dalam senarai perlu maka anda
tangguhkan belian selepas Hari Raya. Jika dalam senarai perlu cuba
dahulu di kedai-kedai lain.

Anda ada senarai dan harga belian sebelum ini sebagai perbandingan.
Tanyalah kepada peniaga kenapa naikkan harga?. Jika peniaga masih
berkeras dengan harganya, maka carilah ditempat lain. Catatkan alamat
kedai yang terbabit kerana matlamat seterusnya sebagai pengguna adalah
membuat laporan kepada persatuan pengguna dan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
http://www.kpdnhep.gov.my/

Membuat laporan adalah permulaan kepada satu langkah penting. Satu
usaha untuk memaksa pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas. Aduan
dan laporan turut menjadi kayu pengukur kepada pihak berkuasa untuk
mengetahui perniagaan mana yang perlu diambil tindakan. Semakin banyak
aduan kepada satu perniagaan akan menunjukan keaslian aduan dan
laporan yang lain.

Yang penting adalah membuat laporan. Aduan jangan pula hanya kepada
pihak berkuasa malah kepada persatuan pengguna perlu disampaikan juga.
Ini akan membantu menguatkan kes sekiranya persatuan pengguna perlu
melakukan sesuatu agar ianya bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja.
Bantu persatuan pengguna untuk bertindak dengan membuat aduan dan laporan.

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
http://www.fomca.org.my/

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
http://www.muslimconsumer.org.my/

Bayangkan apa akibatnya kepada harga barangan jika semua pengguna
bersatu untuk menekan kenaikan harga. Jika setiap kali belian, para
pengguna menekan mahu harga 10 peratus lebih murah daripada harga
belian sebelum ini maka peniaga terpaksa akur. Yang penting mengetahui
barang yang perlu tidak semesti menjadi perlu. Hendak membeli tidak
semesti perlu dibeli sekarang.

Buat senarai, bincang dengan teliti. Semakin kurang barangan tanda
perlu semakin kurang tekanan untuk perlu beli.

Tanpa rendang ayam dan daging, ketupat dan lemang, kuih-kuih raya dan
pelbagai juadah raya, Hari Raya seperti tidak meriah. Namun begitu
sikap peniaga yang sering menaikkan harga barangan pada masa perayaan
mengecewakan kita semua. Apa kata kali ini, satu langkah drastik
dilakukan oleh semua golongan pengguna dan pembeli.

Mari kita kurangkan pembelian sehingga 50 peratus.

Jika selama ini kita dirugikan dengan terpaksa keluarkan lebih duit
dan wang hanya kerana harga naik mengapa tidak sekarang kita rugikan
perniaga.

Apabila pembelian semakin kurang, ia akan mengakibatkan lambakan
barangan di pasaran. Sempena Hari Raya dan musim perayaan seperti
Deepavali yang turut disambutkan bersama maka pasaran dilambakan
dengan barangan.

Sekiranya para pengguna dan pembeli mengambil langkah mengurangkan
pembelian barangan daripada pembelian sebelum ini, lambakan barangan
tanpa pembeli akan membuat harga menurun malah sekiranya penjual atau
peniaga tidak segera menurunkan arga, lambakan barangan ini akan
menjadi satu kerugian.

Kita masak rendang macam biasa tetapi kuantiti yang lebih kurang. Kita
sediakan kuih macam biasa namun biarlah sekadar yang ada. Fikirkan
matlamat untuk menurunkan harga untuk Hari Raya. Jika kesannya 

[wanita-muslimah] Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan

2006-09-29 Terurut Topik tipswanita
Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan

Artikel ini di Internet http://www.wanita.us/jimat-sihat.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Kehidupan kita telah dipenuhi dengan kelebihan sehingga ianya menjadi
pembaziran. Kita terlalu makan, makanan yang manis atau terlalu lebih
garam. Kita terlalu makan makanan berlemak sehingga mendatangkan
risiko kesihatan kepada jantung dan kesihatan.

Makanan yang kita makan sendiri pun daripada jenis yang segera. Hanya
kita bungkus di kedai sedangkan isi kandungannya, khasiatnya terlalu
rendah. Kita mengamalkan budaya pemakanan yang tidak menyihatkan dan
membazir.

Kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Hampir semua
makanan kita bergula. Sedangkan keperluan gula dalam badan kita
terlalu rendah. Mengurangkan separuh penggunaan gula masih terlalu
banyak untuk badan.

Penyakit kencing manis menyebabkan timbul pelbagai masalah. Luka yang
susah sembuh, mati pucuk bagi lelaki dan kesannya kepada tubuh badan
amat ketara. Kurangkan gula sekarang separuh jumlah pengambilan masih
tidak cukup, namun bolehlah sebagai permulaan. 

Mamak teh kurang manis perlu diamalkan. Kurangkan makan coklat dan
gula-gula. Jika di rumah minum air masak sudah memadai. Sekali sekala
teh atau kopi tapi kurangkan gula.

Darah tinggi kini menjadi satu penyakit moden. Tekanan dan pengambilan
garam berlebihan. Garam memang perlu untuk badan namun tidak sebegitu
banyak. Garam dimasukkan secukup rasa namun rasa masin bukanlah
sukatan yang sebenar. Lidah kita sudah biasa dengan secukup rasa
sehingga bila kurang garam macam tiada rasa.

Garam boleh menyebabkan darah tinggi dan hypertension kesannya
menyebabkan kerosakan lain seperti sakit jantung dan organ-organ
penting lain seperti buah pinggang.

Kurangkan penggunaan garam sekarang, mungkin anda tidak biasa pada
awalnya. Lama kelamaan  tekak dan lidah akan turutkan kehendak badan
yang mahu sihat.

Merokok merbahayakan kesihatan. Belanja membeli rokok merupakan satu
pembaziran. Tidak perlu dinyatakan lagi betapa kesan rokok  bahaya
kepada paru-paru dan otak.

Merokok mengurangkan bekalan oksigen yang sangat perlu untuk otak.
Merokok turut menimbunkan badan kita dengan sisa toksin yang lama
kelamaan akan merosakkan badan perokok.

Duit yang dibelanjakan untuk merokok boleh digunakan untuk  membeli
makanan tambahan. Kesihatan perlu dijaga dari awal lagi.

Masak sendiri di rumah dapat meningkatkan tahap kesihatan kita. Kita
perlu makan banyak sayuran, minum susu atau kacang soya.

Sarapan berat sebelum pergi kerja dapat memberikan kita tenaga
sepanjang hari. Dengan menyediakan sarapan sendiri, anda boleh
pelbagaikan jenis hidangan yang diambil. Jangan terkejut untuk makan
nasi waktu pagi atau makan berat. Telah didapati makan pagi
membolehkan otak mendapat tenaga dan berat badan dapat dikawal.

Dicadangkan pula pada waktu tengahari, makanlah buah buahan dan suatu
yang ringan sebagai alas perut sebelum balik ke rumah untuk makan
malam. Makan malam sudah boleh disediakan awal.

Makan malam awal memberikan masa untuk makanan dicerna dan untuk
membakar kalori dengan lebih lama sebelum masa untuk tidur.
Menyediakan makanan sendiri sarapan dan makan malam boleh amat
menjimatkan dibanding dengan makan diluar.

Kurangkan penggunaan minyak. Lemak dalam badan berlebihan boleh
menimbulkan pelbagai penyakit. Kukus atau gunakan kuali tidak melekat
boleh mengurangkan penggunaan minyak.

Pengurangan makanan boleh dilakukan dengan berkongsi makan. Jika
sebelum ini membuat dua pesanan, apa kata selepas ini biasakan buat
pesanan untuk seorang sahaja sekali dengan air suam sahaja.

Makan perlahan-lahan, badan akan mengambil masa 20 minit untuk memberi
isyarat kenyang. Lagi sedikit makanan masuk ke dalam perut dalam
jangka masa itu, semakin kurang selepas itu untuk menambah.

Minum air masak beberapa minit sebelum makan turut membantu. Begitu
juga pengambilan buah buahan sebelum makan. Perut  akan mula rasa
penuh selepas 10 minit kita mula makan. Sama ada mula makan dengan
makanan rendah kalori atau makan dengan perlahan.

Beli takaful atau insuran kesihatan. Jika perbelanjaan akan tertekan
mulakan dengan nilai bulanan rendah. Belanja perubatan semakin
meningkat. Dengan adanya takaful atau insuran kesihatan dapat
mengurangkan beban itu.  

Mulakan dari usia muda kerana jangka masa takaful dan insuran menjadi
lebih lama dan banyak kelebihan dan bayaran polisi lebih rendah.
Pastikan ada pulangan keuntungan pada akhir tempoh matang.
 

Pelaburan dalam membeli pemakanan tambahan pada jangka masa panjang
adalah menguntungkan. Pengambilan pil  vitamin dan pemakanan tambahan
yang lain dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menjauhkan kita dari
pelbagai penyakit. Kurang ke klinik atau hospital bermaksud tiada kos
perubatan. Pastikan barangan dibeli daripada jenama dikenali.

Menjaga kesihatan bermaksud kita berjimat.

Artikel Sebelum ini : Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php
Urutan Asmara Dan Cakar rimau http://kamasutra.wanita.us/urutasmara.php



[wanita-muslimah] Tiap Hari Sayang

2006-09-07 Terurut Topik tipswanita
Tiap Hari Sayang

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/tiap-hari-sayang.html

Menariknya tag line iklan di TV ini. Satu tajuk yang saya ingin
olahkan buat ingatan kita bersama. Tiap hari sayang, mengapa tidak ya
setiap hari penyataan sayang kita tujukan kepada orang yang kita
sayang dan cinta. Masih ada stigma dikalangan kita bahawa sentiasa
menyatakan sayang dan cinta penyataan itu akan menjadi murah dan tidak
bermakna.

Ingin saya perjelaskan tentang stigma yang tidak berasas ini. Kenapa
tiap hari sayang perlu dinyatakan sama ada dalam bentuk bahasa,
perlakuan dan sikap.

Satu ketika saya pernah membaca satu kisah tentang seseorang yang
menyayangi dan menyintai. Agak sukar untuk dia menyatakan kerana
kesibukan tugas harian dan perasaan bahawa penyataan itu hanya perlu
diucap pada hari-hari yang istimewa sahaja.

Namun dalam hatinya ada juga rasa tersirat, bahawa jika ia tidak
dinyatakan, mungkin tidak ada lagi kesempatan untuk itu. Kesibukan
menangguhkan dirinya melakukannya dan beranggapan bahawa, sudah tentu
si dia tetap mengetahui rasa cinta dan sayang dirinya.

Namun setiap dari kita tentu akan lagi bahagia jika ia diucapkan
setiap hari dan setiap masa pada kita.

Akan tetapi kesempatan untuk dia menyatakannya pada si dia tidak
kesampaian. Si dia pergi buat selamanya tanpa sempat mendengar dari
mulutnya sendiri penyataan sayang dan cinta. Dia menyesal kerana tidak
dapat sampaikan sayang dan cintanya.

Tiap hari sayang. Miski pun si dia tahu, alahkah bahagianya jika ia
dinyatakan setiap hari.

Jadi mengertilah, ungkapkan tiap hari sayang ini. Nyatakan penyataan
cinta dan sayang anda setiap hari. Jika tidak dengan mulut, maka
lakukan dengan perilaku istimewa. Sebenarnya yang kita sayang dan
cinta mengharapkannya dan buatlah sesuatu kenangan terindah.

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/kenangan-terindah-ciptakan-ia-setiap\
.html

Tiap Hari Sayang.

Hafija
Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php


Bakal muncul ruang baru
Jobs At Wanita http://jobs.wanita.us/






 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/zAINmC/Vp3LAA/i1hLAA/aYWolB/TM
~- 

===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





[wanita-muslimah] Cegah Jenayah Rogol

2006-09-04 Terurut Topik tipswanita
 Assault Helpline 03-7960 3030
All Action Women's Society (AWAM) 03-78774221 / 0224
TELEDERA 1-800-883040

Artikel sebelum ini

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/tiap-hari-sayang.html
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/kenangan-terindah-ciptakan-ia-setiap\
.html
http://www.wanita.us/bookmarks.php

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]








===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




[wanita-muslimah] Khasiat Eloe Vera Atau Lidah Buaya

2006-08-29 Terurut Topik tipswanita
Khasiat Eloe Vera Atau Lidah Buaya

http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/eloe-vera-atau-lidah-buaya_27.html
http://sihat.wanita.us/lidahbuaya.php

Eloe Vera merupakan tumbuhan berbentuk seperti lidah yang berduri-duri
dahan. Bangsa Melayu memanggilnya lidah buaya walaupun ia berbentuk
seperti kektus. Sebenarnya lidah buaya dari keluarga lily seperti
bawang merah dan bawang putih.

Lidah buaya atau eloe vera menjadi bahan untuk perubatan pelbagai
bangsa zaman berzaman. Pada zaman mesir purba ia digunakan sebagai
bahan untuk kekal muda. Bangsa melayu pula menggunakan lidah buaya
sebagai bahan perubatan kepada luka-luka terbakar.

Bahagian yang paling penting bagi lidah buaya atau eloe vera ini
adalah gel jernih yang terdapat di dalamnya. Gel ini dikatakan sangat
berkhasiat dan mempunyai nilai-nilai perubatan. FDA di Amerika
Syarikat turut meluluskan gel ini sebagai pemakanan tambahan.

Proses pengasingan gel lidah buaya ini perlu dilakukan dengan
berhati-hati supaya getah yang didapati pada bahagian yang keras hijau
tidak bercampur dengan gelnya. Getah ini tidak sesuai untuk mereka
yang alah padanya dan tidak mempunyai nilai-nilai perubatan.

Adalah penting untuk mengekalkan kesegaran gel lidah buaya. Selepas ia
dikeluarkan gel ini perlu disimpan sejuk dalam masa empat jam supaya
bahan aktifnya terus kekal.

Gel lidah buaya ini boleh digunakan untuk perubatan luar seperti luka
dan kesan akibat melecur terbakar. Selain itu ia boleh mempercepatkan
proses penyembuhan, mengurangkan kesan parut luka dan kesan melecur.

Gel lidah buaya turut digunakan bagi rawatan masalah perut seperti
irritable bowel syndrome. Penyakit ini biasanya dialami pada perut
yang tanda-tandanya adalah seperti kurang hadam, angin dalam perut,
sakit bawah pinggang, kepenatan, muntah, sakit perut dan angin.

Pemakanan tambahan gel lidah buaya atau eloe vera ini dikatakan dapat
melegakan bahagian dalam perut dan usus. Sebagai tonik perut ia boleh
mengurangkan kesakitan dalam perut, menghilangkan ketidak selesaan,
hilangkan rasa penuh dan membuang angin. Gel ini turut membantu
mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam perut.

Untuk masyarakat kita sendiri, gel aloe vera atau lidah buaya ini
merupakan pemakanan untuk awet muda. Ia dikatakan dapat membantu
membersihkan dan membenteras asid dan racun dalam badan. Ia turut
dikatakan boleh menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti bau pada
faraj dan keputihan. Selain itu ia dapat membantu membetulkan
peredaran darah dan pedih perut dan sembelit.

Sama ada ia digunakan untuk rawatan luar pada kulit atau dimakan untuk
masalah kesihatan atau penjagaan kesihatan pastikan menggunakan gel
lidah buaya yang dijamin penghasilannya dan ia bebas dari getah pokok
itu sendiri.

Dapatkan produk gel aloe vera atau lidah buaya dari farmasi atau
jenama yang dipercayai.

Rujukan
What I need to know about Irritable Bowel Syndrome

http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/ibs_ez/

Aloe Vera

http://en.wikipedia.org/wiki/Aloe_vera

Lidah Buaya

http://www.mardi.my/bdc/herba/bm/LidahBuaya.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lidah_buaya

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php


--- Iklan

Wanita Dating Zone http://dating.wanita.us/







===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




[wanita-muslimah] Ummah Films - Season 1

2006-08-13 Terurut Topik tipswanita
Ummah Films - Season 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Online video Islam yang menarik untuk dikongsikan
bersama. Link-link ada 2 site iaitu Google dan Youtube.
Pastikan setiap link tidak terputus.

Video hasil http://ummahfilms.blogspot.com/

Wassalam.

: )


Video Blog #1: Funny Things You See During Jummah

http://video.google.com/videoplay?docid=-5992841176037344588
http://www.youtube.com/watch?v=3o6kpCLDMVg

Video Blog #2: Looking for a spouse online
Video Blog #2: Meeting People Online - Matchmaking via Internet

http://video.google.com/videoplay?docid=1363384296789557474
http://www.youtube.com/watch?v=hgRFVDc7z48

Video Blog #3: $25,000 Muslim Weddings!!

http://video.google.com/videoplay?docid=-790933345917442127
http://www.youtube.com/watch?v=rH2nNt1s5pk

Video Blog #4: Muslim while flying

http://video.google.com/videoplay?docid=3823055891922953980
http://www.youtube.com/watch?v=-nolNcJ1G7w

Video Blog #5: Muslim Characters at Work

http://video.google.com/videoplay?docid=4499163849784556026
http://www.youtube.com/watch?v=EN348SxeayA

Video Blog #6: Distractions During Salat (Prayer)

http://video.google.com/videoplay?docid=-15650760202344364
http://www.youtube.com/watch?v=MTwh6p1kyRQ

Video Blog #7: Seasonal Muslims

http://video.google.com/videoplay?docid=-3468704506693391887
http://www.youtube.com/watch?v=K9CxtZpDrXQ

Video Blog #8 - Culture vs Islam

http://video.google.com/videoplay?docid=-2550624663098213426
http://www.youtube.com/watch?v=GT3ol-iuCGU

Vlog #9: Who Hijacked Islam??!

http://video.google.com/videoplay?docid=8523733033479133693
http://www.youtube.com/watch?v=VqmMdPKw378

Vlog #10: How did you convert to Islam? (season finale)

http://video.google.com/videoplay?docid=-2595049084736890574
http://www.youtube.com/watch?v=E79LSs_ZvCM

---


Irank : Rank Yourself Online
http://irank.wanita.us/





===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




[wanita-muslimah] Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

2006-08-11 Terurut Topik tipswanita
Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda
daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi
boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang
tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap
telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,
Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh
disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih
tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya
setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan
nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan
dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak
boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.

Artikel ini di Internet
http://www.wanita.us/lost-handphone.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/08/tips-telefon-hilang.html

Dapatkan Ringtone di sini
http://www.wanita.us/ringtones.php

Rujukan tentang no siri IMEI
http://en.wikipedia.org/wiki/IMEI





===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





[wanita-muslimah] Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C (Bahagian I)

2006-07-27 Terurut Topik tipswanita
Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C  (Bahagian I)

Artikel di Internet : http://sihat.wanita.us/hepatitis.php

Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai
yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali
lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)

Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus
yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia
dikategorikan kepada jenis A, B dan C.

***

Hepatitis A

Hepatitis A adalah penyakit hepatitis /yang tidak menimbulkan kesan
penyakit yang besar. Hepatitis A merebak melalui  makanan dan minuman
yang dicemari. Virus ini merebak melalui najis individu yang
menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada
kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Ia juga
boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada
minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti
kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening
dan kencing yang berwarna hitam pekat.

Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya
kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah
penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman
selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

Hepatitis B pula adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius
dan amat perlu diambil perhatian.  Kesedaran tentang bahaya Hepatitis
B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang
begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS. Virus ini
boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang
menghadapi Hepatitis B  secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di
dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air
kencing, air mata dan pelbagai. Penyakit ini adalah  biasanya di Asia
adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin.

Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil
darah  melalui luka di kulit  atau melalui tindik, membuat tatoo,
acupunture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi.

Penagih dadah yang berkongsi  jarum turut menghadapi risiko yang sama.
Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di
nyah kuman dan dicuci bersih.

Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan
rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit
ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa.

Sidang Pengarang Wanita Is Us http://www.wanita.us/

Mencari teman, kawan dan sahabat?
Lawati Dating Zone di Wanita Dating Zone






Galang Dana Untuk Korban Gempa Yogya melalui Wanita-Muslimah dan Planet Muslim. 
Silakan kirim ke rekening Bank Central Asia KCP DEPOK No. 421-236-5541 atas 
nama RETNO WULANDARI. 

Mari berlomba-lomba dalam kebajikan, seberapapun yang kita bisa.

===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





[wanita-muslimah] Kesihatan Dengan Seks

2006-07-15 Terurut Topik tipswanita
Kesihatan Dengan Seks

Artikel  di Internet : http://sihat.wanita.us/seks-sihat.php

Melakukan hubungan seks dapat membakar tenaga, meningkatkan edaran
darah, mengurangkan kesakitan, menguatkan otot dan mencegah kemurungan
dan akan nampak muda.

Dengan perasaan kasih sayang dan cinta, faedah hubungan seks akan
meningkat dengan berganda. Dua puluh minit kepada lelaki umpama
bermain golf dengan memikul beg sendiri atau bagi wanita umpama lebih
dua puluh minit berjalan atau berbasikal saja. Malah ia boleh diumpama
seperti bermain dua permainan tenis. Begitulah gambaran senaman atau
pembakaran tenaga dalam badan hasil melakukan hubungan seks selama dua
puluh minit.

Kajian yang dilakukan telah mengenal pasti, kepuasan atau Klimaks yang
dicapai oleh lelaki atau wanita mampu mengurangkan atau menghilangkan
rasa sakit. Maka alasan sakit kepala untuk mengelak seks tidak boleh
digunakan lagi. Klimaks yang dicapai oleh wanita pula dapat
menghindarkan kesakitan sakit bulan (Menstrual pain). Hormon hasil
kepuasan dan klimaks (climax) mendatangkan banyak faedah kepada tubuh
badan manusia.

Antaranya adalah proses penuaan dapat diperlahankan (awet muda) hasil
hubungan seks yang memuaskan. Peningkatan aliran darah menjadikan
kulit tegang dan ini melambatkan proses kedutan.

Terdapat juga kajian di US. wanita yang melakukan hubungan seks
sekurangnya sekali seminggu akan mempunyai edaran haid yang tetap dan
lancar, kurang masalah kesuburan dan proses putus haid yang mudah dan
lancar. Perbandingan ini dibuat dengan wanita yang kurang hubungan
seks atau tiada langsung.

Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan.
Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai
klimaks.

Sidang Pengarang Wanita Is Us http://www.wanita.us/ 

Mencari teman, kawan dan sahabat? 
Lawati Dating Zone di Wanita Dating Zone






Galang Dana Untuk Korban Gempa Yogya melalui Wanita-Muslimah dan Planet Muslim. 
Silakan kirim ke rekening Bank Central Asia KCP DEPOK No. 421-236-5541 atas 
nama RETNO WULANDARI. 

Mari berlomba-lomba dalam kebajikan, seberapapun yang kita bisa.

===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





[wanita-muslimah] Aphrodisiac : Pemakanan Meningkatkan Seks

2006-06-22 Terurut Topik tipswanita
Aphrodisiac : Pemakanan Meningkatkan Seks

Artikel di Internet :
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Siapa pernah terfikir untuk meningkatkan keinginan seks dengan
pemakanan? Terdapat beberapa jenis makanan yang membolehkan anda
menikmati seks dengan baik. Makanan ini digolongkan sebagai  aphrodisiac.

Selama beberapa abad, pelbagai makanan dan herba telah dikenal pasti
mampu meningkatkan lipido  atau keinginan seks.

Tiram adalah makanan yang utama dalam kumpulan makanan ini. Ia kaya
dengan zink, zat galian perlu bagi penghasilan cecair faraj dan hormon
testosteron.

Coklat merupakan pilihan popular dan diminati dalam meningkatkan
keinginan seks. Coklat mengandungi phytichemical yang meningkatkan
edaran darah dan kandungan enderphins, kimia yang membuat `rasa
gembira' yang meningkatkan daya seks. Coklat juga mengandungi
serotonin iaitu kimia semula jadi yang menenangkan fikiran dan
berfikiran positif.

Koko dalam coklat turut mengandungi methylxanthines yang bertindak
meningkatkan sensitif tubuh. Kulit akan menjadi lebih sensitif kepada
sentuhan walaupun ia dilakukan dengan lembut. Satu lagi kimia dalam
coklat adalah phenythlylamine. Kimia semula jadi ini akan membuat anda
yang makan coklat sedikit khayal umpama dilamun cinta.

Selain coklat dan tiram ada beberapa lagi makanan yang boleh dianggap
sebagai aphrodisiac. Bawang putih misalnya, ia dikatakan boleh
memekatkan air mani lelaki. Air mani yang pekat dan banyak boleh
meningkatkan labido lelaki sewaktu klimaks. Bawang putih juga
dikatakan dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin. `Panas' bawang
putih dikatakan dapat menaikkan keinginan seks bagi lelaki dan wanita.

Cili yang kaya dengan vitamin C dikatakan dapat melancarkan edaran
darah yang dapat membantu dalam hubungan seks. Edaran darah yang baik
penting dalam mengekalkan rangsangan seks lelaki dan wanita. Darah
perlu dipam dengan baik ke bahagian seksual akan menyebabkan batang
menegang dan wanita berahi kerana aliran darah yang baik. Perkara ini
disebabkan oleh makan makanan yang pedas. Namun begitu, makanlah pedas
awal supaya pedas di mulut dapat hilang.

Berita baik untuk lelaki. Cili dikatakan dapat mengurangkan risiko
barah prostat. 

Terdapat beberapa lagi makanan yang dikatakan sebagai makanan
aphrodisiac. Antaranya ialah lobak merah, pisang, kacang basil,
almond, avacado, asparagus, madu, nanas, strawberi dan rasberi. 

Bagi mengekalkan rangsangan seks, penjagaan kesihatan itu penting.
Alat kelamin lelaki dan wanita perlukan khasiat  yang secukupnya.
Pastikan anda amalkan lima hidangan sayuran dan buah-buahan dan
kurangkan pengambilan gula dan garam. Senaman  yang selalu dan minum
air kosong secukupnya.

Ambil makanan tambahan seperti multivitamin, zink, vitamin C dan B
Kompleks dan beberapa herba yang dapat meningkatkan aliran darah dan
paras testosteron. Antara yang telah dikenal pasti dapat meningkatkan
rangsangan syahwat adalah epemedium, tongkat ali, tribulus dan maca.

Yang penting dapatkan nasihat doktor kepada sebarang permasalahan
kesihatan anda. Artikel ini adalah untuk pengetahuan am sahaja.

Sidang Pengarang Wanita Is Us

http://groups.google.com/group/tipswanita
http://www.wanita.us/
http://groups.yahoo.com/group/tipswanita



Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di

http://dating.wanita.us/

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.











 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/aYWolB/TM
~- 

Galang Dana Untuk Korban Gempa Yogya melalui Wanita-Muslimah dan Planet Muslim. 
Silakan kirim ke rekening Bank Central Asia KCP DEPOK No. 421-236-5541 atas 
nama RETNO WULANDARI. 

Mari berlomba-lomba dalam kebajikan, seberapapun yang kita bisa.

===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email

[wanita-muslimah] Tongkat Ali ( Eurycoma Longifolia Jack )

2006-06-12 Terurut Topik tipswanita
Tongkat Ali ( Eurycoma Longifolia Jack )

Artikel ini di Internet

http://sihat.wanita.us/
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Ramai mengetahui khasiat tongkat ali. Satu tumbuhan herba yang kini
semakin popular sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk minuman.

Tongkat ali dikatakan dapat meningkatkan kecerdasan dan stamina. Ia
boleh menyumbang rasa sihat secara keseluruhan dengan membantu badan
meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu sejenis hormon untuk
lelaki. Ia turut meningkatkan kadar aliran darah dan kadar metabolisme.

Kadar testosteron akan mula menurun untuk lelaki yang berumur 30 tahun
ke atas. Banyak kajian menunjukkan pengambilan tongkat ali pada kadar
yang ditetapkan dan pada jangka masa yang tetap mampu meningkat kadar
testosteron pada lelaki dewasa. Hormon testosteron amat penting untuk
lelaki. Ia bukan setakat untuk stamina dan tenaga, yang penting ia
menentukan kelelakian orang lelaki.

Pengambilan tongkat ali sudah diamalkan turun temurun oleh orang
Melayu sebagai tonik atau ubatan tradisional untuk tenaga batin orang
lelaki. Kini sains moden mampu mengeluarkan dan mengasingkan khasiat
tongkat ali dan hasil yang asli, pekat dan selamat.

Produk tongkat ali sepatutnya bebas daripada bahagian tumbuhan seperti
habuk, kayu serpihan atau daun sama ada daripada akar atau batang
tongkat ali. Produk tongkat ali sepatutnya hanya pati daripada akar
tongkat ali itu sendiri. Ia juga perlu dihasilkan daripada pokok
tongkat ali yang berumur lebih tujuh tahun dan ditanam di tanah tinggi.

Produk yang baik adalah hasil pati tongkat ali yang boleh larut
sepenuhnya dalam air. Ia juga perlu bebas dari bahan-bahan kimia tidak
perlu, yang mana mungkin akan memudaratkan kesihatan. Bahan-bahan
kimia yang tidak perlu ini sememangnya wujud secara semula jadi dalam
pokok tongkat ali itu sendiri. Proses pengeluaran pati tongkat ali
sepatutnya memastikan ia telah dikeluarkan sebelum dijadikan pil atau
dicampurkan dalam minuman.

Sebagaimana pengambilan bahan herba yang lain, pengambilan tongkat ali
tidak akan mula di rasa pada awal pengambilan. Kesannya akan meningkat
secara perlahan-lahan dalam beberapa hari sehingga mencapai kadar
maksimum.

Pengambilan tongkat ali boleh dilakukan pada sebelah pagi dan malam
dan sebaiknya dengan makanan. Oleh sebab kesan `panas'nya maka
pengambilan tongkat ali perlu disertakan dengan minum air yang banyak.

Adalah dicadangkan, tongkat ali tidak diambil secara berterusan. Ada
cadangan ambil selama 5 hari dan kemudian berhenti 2 hari. Ada pula
cadangan ambil selama sebulan dan kemudian berhenti seminggu. Pilihan
pada pengguna dan ia bergantung pada keserasian diri individu. Yang
penting tempoh berehat. Sebabnya masih belum diketahui namun didapati
kesan tongkat ali lebih berkekalan bila ada tempoh rehat pada badan.

Sidang Pengarang Wanita Is Us

http://groups.google.com/group/tipswanita
http://www.wanita.us/
http://groups.yahoo.com/group/tipswanita
http://sihat.wanita.us/



Mencari teman, kawan dan sahabat? Lawati Dating Zone di

http://dating.wanita.us/

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

[EMAIL PROTECTED]

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.









 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
You can search right from your browser? It's easy and it's free.  See how.
http://us.click.yahoo.com/_7bhrC/NGxNAA/yQLSAA/aYWolB/TM
~- 

Galang Dana Untuk Korban Gempa Yogya melalui Wanita-Muslimah dan Planet Muslim. 
Silakan kirim ke rekening Bank Central Asia KCP DEPOK No. 421-236-5541 atas 
nama RETNO WULANDARI. 

Mari berlomba-lomba dalam kebajikan, seberapapun yang kita bisa.

===
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 





[wanita-muslimah] Khasiat Kelebihan Telur Ayam

2006-05-25 Terurut Topik tipswanita



Khasiat  Kelebihan Telur Ayam

Artikel di Internet :

http://www.tipswanitasihat.blogspot.com

Kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. Telur
ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua
vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia
merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan
daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.

Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan
tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang
berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu
datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga
perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat
dan najis yang mungkin terpalit.

Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur
tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya
diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa
penggunaan.

Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan
ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan
diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur
adalah dengan hujung tajam ke bawah.

Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan
sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila
diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah
akan berpusing dengan tidak sekata.

Bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil
langkah merebus telur sehingga masak. Jangan makan telur mentah atau
telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat.

Pengendalian telur adalah penting. Pastikan kulit telur dicuci sebelum
penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. Tangan juga perlu
dicuci selepas pengendalian telur. Ini untuk menjamin kulit telur
bebas dari bakteria.

Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu.
Ayam-ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. Anda
boleh lihat telur-telur keluaran dengan Omega 3, caratonoid dan ada
dengan tambahan selenium.

Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih
lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan.

Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan
turut meningkatkan perkembangan otak.

Selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia
membantu dari segi sistem pertahanan badan.

Caratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan
khasiat permakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung
dalam telur. Ia membantu dalam melindung sel-sel tubuh manusia
daripada mamahan usia dan kesan alam ke atasnya.


Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu
kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk
kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak.
Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis
protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh
manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya.
Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina
dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.

Senaman itu penting untuk mengurangkan kolesterol `jahat' dalam badan.
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit
hingga satu jam setiap sesi.

Maklumat di atas adalah untuk pengetahuan am sahaja. Dapatkan nasihat
doktor bertauliah untuk sebarang masalah kesihatan.













Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Women
  
  
Different religions beliefs
  
  
Islam
  
  


Muslimah
  
  
Women in islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



  Visit your group "wanita-muslimah" on the web.
  To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED]
  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  











[wanita-muslimah] Mengatasi Komputer Dan Windows XP Perlahan (Bahagian 1)

2005-12-21 Terurut Topik tipswanita
Mengatasi Komputer Dan Windows XP Perlahan (Bahagian 1)

Assalammualaikum  salam sejahtera,

Artikel ini di Internet : http://www.wanita.us/articles/xpslow.php

Artikel ini untuk sistem operasi Windows XP Pro dan Home dan ia
diharapkan  dapat membantu dalam mengatasi masalah Windows XP menjadi
semakin perlahan dan bagaimana untuk mengatasinya. Artikel ini
kemudian akan disusuli dengan artikel-artikel yang memperincikan
setiap langkah yang boleh diambil. Untuk tidak ketinggalan dalam
menerima artikel-artikel yang lain sila sertai senarai email kami di
sambungan laman

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada 
[EMAIL PROTECTED]

Mana-mana sistem operasi akan mengalami masalah yang sama. Semakin
lama digunakan semakin ia menjadi perlahan. Sama seperti sebuah
kereta, kerja-kerja penyelangaraan perlu dijalankan untuk memastikan
Windows XP sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Terdapat beberapa
cara dan kemudahan yang disediakan dalam Windows XP itu sendiri untuk
perkara menjalankan kerja-kerja selanggara. Apabila diringkaskan.

Windows XP boleh menjadi perlahan disebabkan oleh perisian-perisian
yang tidak perlu dipasang atau perisian yang tidak diingini seperti
Adware dan Spyware yang menghantui perjalanan Windows. Ia
diburukkan lagi dengan virus dan trojan komputer yang mungkin secara
sengaja berada didalam komputer.

Patch atau pembetulan ralat perlu dilakukan untuk memastikan Windows
tidak diceroboh melalui kelemahannya.

Ada kemudahan tidak perlu dijalankan atau setting tertentu perlu
diubah untuk memastikan kelancaran Windows XP. Ada perisian tertentu
perlu diganti dengan yang lebih baik dan selamat.

__

Membuat Kemas Kini
__

Bagi pengguna Windows XP perkara paling penting adalah memastikan
kemaskini sistem operasi Windows XP sentiasa dijalankan. Ini turut
melibatkan perisian-perisian lain yang mungkin kelemahannya boleh
menyebabkan komputer mudah dicerobohi. Microsoft setiap bulan
mengeluarkan pembetulan ralat (patch) yang melibatkan soal-soal
keselamatan dan keupayaan. Kelemahan Windows XP ini membolehkan pihak
yang tidak bertanggungjawab menanam pelbagai perisian ke dalam Windows
XP. Trojan dan virus, adware dan spyware dengan mudah secara
tersembunyi berada dalam Windows XP anda.

Terdapat pelbagai kumpulan di Internet yang akan mengkaji dan mencari
jalan untuk mengambil kesempatan yang tidak baik akan setiap kelemahan
yang wujud akibat ralat. Dengan perisian khusus dan kepakaran mereka,
perisian khusus untuk ralat tertentu boleh dihasilkan dan dengan
perisian ini, tiada masalah untuk memasukkan perisian-perisian lain
dan membuka sistem operasi Windows XP kepada kawalan luar.

Tanpa disedari oleh pengguna komputer Windows komputer dikawal dari
luar (zombie) dan digunakan untuk pelbagai tujuan tidak baik seperti
komputer tengah untuk menceroboh komputer lain (cracking), untuk
sebarkan email-email sampah (SPAM), untuk membuat serangan penafian
perkhidmatan (Denial of Service attack DDOS) dan pelbagai lagi
aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Kemaskini boleh dijalankan secara automatik dengan memilih Start -
Control Panel - Automatic Updates dan buat pilihan yang sesuai
seperti waktu untuk melakukan Automatic Updates. Kemaskini ralat
akan dimuat turun dan dipasang secara automaik.

Sila ambil perhatian, jangan sesekali percaya kepada Email yang
dikatakan datang daripada Microsoft. Microsoft tidak akan menghantar
sebarang email berkenaan kemaskini ralat. Email mudah untuk
dipalsukan. Klik kepada link atau sambungan dalam email palsu ini
akan membawa anda kepada tapak laman yang berniat serong dan mungkin
menyebabkan komputer anda dijangkiti trojan dan spyware.

Untuk maklumat kemas kini sila lawat laman Microsoft itu sendiri
http://windowsupdate.microsoft.com/ atau http://www.cert.org/ untuk
maklumat dan perkembangan keselamatan komputer dan Internet.

___

Dinding Api
___

Windows XP turut disertakan dengan dinding api atau Firewall.
Walaupun ia hanya menutup port namun ia lebih baik daripada tiada
langsung perlindungan. Tanpa disedari ada perisian-perisian yang
membuka port supaya ia boleh berkomunikasi dalam sistem rangkaian
dan Internet. Namun begitu membuka port mendedahkan komputer kepada
jalan untuk perisian khusus ralat tertentu untuk masuk dan menceroboh
dan kemudiannya menanam perisian-perisian lain.

Bagini cara sesetengah Worm menyerang. Ia membuat pengesanan kepada
port kepada perisian yang ralatnya tidak dibaiki dan kemudian
menjalankan arahan-arahan khas yang membuka ruang kepada kemasukan
perisian itu untuk masuk melalui port yang terbuka.

Kebanyakan Windows XP hanya digunakan di rumah dan membuka port
hanya khusus untuk perisian pada komputer pelayan (server). Maka tiada
sebarang masalah timbul untuk menjalankan firewall ini. Cara
menjalankannya.

Start - Contral Panel - Windows Firewall. Pilih On untuk
menjalankan firewall ini.

Ingin dinyatakan disini. Firewall bukanlah perlindungan sebenarnya.
Ia umpama 

[wanita-muslimah] Fiber Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan

2005-12-15 Terurut Topik tipswanita
Assalammualaikum  salam sejahtera,

Artikel ini di Internet

http://www.wanita.us/articles/fiber.php

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan
sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan
menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya
usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.

Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana
apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus
kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi ketulan. Jangka masa yang
sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18
jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar
(colon cancer).

Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap
oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini
menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa
kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar
kelestrol dalam darah.

Fiber yang tidak diserap  boleh didapati daripada kekacang dan
biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan
almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan
buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan
sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan.

Mengapa fiber Daripada buah-buahan dan sayur-sayuran?

Memudahkan perjalanan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko
kanser usus besar. Ketulan lebih mudah dikeluarkan dan pada jangka
masa yang sesuai.

Ia membuat perut cepat kenyang dan ini mengurangkan kadar pengambilan
makanan yang berlemak. Selain itu fiber yang diserapkan mengurangkan
kadar kolestrol dalam darah dan satu perkara yang penting dalam
mengurang risiko sakit jantung.

Bagi mereka yang menghadapi buasir, fiber membantu melembutkan ketulan
yang keluar dan membantu dalam proses penyembuhan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan sebagai sumber fiber adalah
rendah lemak dan kalori.

Buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang utama. Vitamin C yang
tidak disimpan dalam badan dan mudah musnah jika dimasak penting dalam
kesihatan sistem pertahanan badan. Adalah baik memngambil vitamin C
daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan pelbagaikan.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menjadi sumber
fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf
kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan
dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf
kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, zat galian, fiber
dan pythochemicals yang menjadi asas kepada sistem pertahanan badan
kita. Oleh buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko
sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis jenis II dan kanser
tertentu.

Pythochemicals biasanya berkait dengan warna-warna buah-buahan dan
sayur-sayuran. Malah kandungan phytochemical dalam buah-buahan dan
sayur-sayuran membantu dan saling melengkapkan antara satu sama lain
dalam proses pertahanan badan. 

Jumlah hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah diantara 5 ke 9
hidangan sehari. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar
telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang
disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh
dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan
makan malam.

Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang
digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian
jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-

§   Satu potongan betik
§   Satu potongan jambu
§   Dua biji limau manis
§   Dua potongan nenas
§   Satu mangkuk sayur mentah
§   Dua biji tomato
§   Sebiji oren
§   Pisang kecil
§   Epal saiz sederhana

Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran
akan memudahkan membuat andaian.

Untuk kesihatan yang lebih baik maka makanlah buah-buahan dan
sayur-sayuran. Kandungan fiber, vitamin, zat galian membantu dalam
mencegah dan menentang pelbagai penyakit moden.

Artikel menarik sebelum ini

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita
http://www.wanita.us/articles/folic.php

Gantikan Internet Explorer Dengan Firefox
http://www.wanita.us/firefox.php

Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita 
http://www.wanita.us/articles/calcium.php

Sekian


Sumber Rujukan :-

http://www.5aday.gov/ - Eat 5 to 9 Servings of Fruits and Vegetables A
Day for Better Health
http://www.jhbmc.jhu.edu/cardiology/rehab/fiber.html
http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/nutrition/nutrition_for_everyone/healthy_weight/weight.htm
Chlorella, nature miraculous gift to mankind - Uniwellness Resources -
Buku









 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/aYWolB/TM

[wanita-muslimah] Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita

2005-12-08 Terurut Topik tipswanita
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Artikel ini di Internet :

http://www.wanita.us/articles/calcium.php


Calcium plays an important role in maintaining bone. Calcium alone
cannot prevent or cure osteoporosis, but it is an important part of an
overall prevention or treatment program. 


Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja
untuk pembentukan tulang malah pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem
tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan fungsinya.

Dengan kalsium yang mencukupi ia membantu dan pencegahan reputan
tulang pada masa peningkatan usia manusia. Bagi golongan kanak-kanak
pula ia membantu dalam pembentukan gigi dan kuku.


Kalsium boleh didapati dengan mudah melalui permakanan tenusu seperti
susu lembu, yougurt, keju, aiskrim, roti dan pelbagai.

Namun begitu tidak ramai mengambil kalsium pada jumlah yang mencukupi
iaitu pada kadar harian yang disarankan. Satu kajian di 

Malaysia mendapati pengambilan kalsium pada kadar 300-400mg sehari
peratusannya yang tidak besar sehingga meletakkan majoriti 

penduduk Malaysia dalam risiko menghadapi osteoporosis dalam jangka
masa dua dekad.

Nilai yang dicadangkan adalah sekitar 600 ke 1200mg sehari dan bagi
wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang 

dicadangkan adalah sekitar 1200mg. Silakan dapatkan nasihat doktor
untuk nilaian yang sesuai. 

Rujukan
http://www.nof.org/prevention/calcium.htm

Walaupun osteoporosis sentiasa dikaitkan ianya berlaku pada golongan
berusia namun ia boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Masalah ini
bukan setakat berlaku kepada golongan wanita sahaja malahan golongan
lelaki. Setiap sepuluh orang yang menghadapi Osteoporosis dua adalah
golongan lelaki.

Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi reput dan
menyebabkan ia mudah retak dan lambat untuk sembuh. Pengambilan 

Kalsium sebelum umur tiga puluh tahun dapat mengurangkan risiko
menghadapi osteoporosis.

Makanan Tambahan Kalsium

Sejak kebelakangan ini kesedaran mengenai osteoporosis dan bahaya
pengambilan kalsium yang tidak mencukupi semakin bertambah. 

Menyedari hakikat itu semkin ramai mengambil makanan tambahan kalsium.

Perkara paling penting dalam pengambilan makanan tambahan kalsium
adalah sejauh mana ia mudah diserap oleh badan manusia. 

Beberapa cadangan pengambilan makanan tambahan kalsium.

(1) Ia peru diambil dengan kerap dalam sehari dalam nilaian yang kecil
bagi setiap pengambilan. Setiap pengambilan yang 

dicadangkan adalah bawah 500mg dan diambil dua kali sehari. Ini adalah
kerana nilaian serapan kalsium berkurangan apabila nilaian kalsium
dimakan bertambah.

(2) Kalsium yang dikunyah atau dicairkan adalah mudah diserap kerana
dalam bentuk ini ia lebih mudah diserap berbanding dengan kalsium
berbentuk tablet yang perlu dihancurkan dahulu oleh sistem penghadaman
sebelum ia boleh diserap dengan mudah oleh badan.

(3) Vitamin D turut dimasukkan bersama kalsium kerana vitamin D
membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan. Namun awas patuhi
pengambilan vitamin D sehari tidak melebihi 400IU ke 800IU. Vitamin D
adalah vitamin berasaskan lemak. Ia boleh disimpan oleh badan apabila
ia tidak digunakan. Maka pengambilan berlebihan akan menyebabkan badan
boleh berlebihan vitamin D dan ini membahayakan.

Sebelum mengambil apa-apa permakanan tambahan sila dapatkan nasihat
doktor. Artikel diatas adalah hanya untuk pengetahuan am sahaja dan
penjelasan terperinci hanya layak dilakukan oleh doktor.

Sumber Rujukan

http://www.nof.org/

Artikel lain

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita
http://www.wanita.us/articles/folic.php

Gantikan Internet Explorer Dengan Firefox
http://www.wanita.us/firefox.php

Sekian.











 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/aYWolB/TM
~- 

Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




[wanita-muslimah] Mozila FireFox Versi Baru Diperkenalkan

2005-12-02 Terurut Topik tipswanita
Mozila FireFox Versi Baru Diperkenalkan

Artikel ini di Internet

http://www.wanita.us/firefox.php 

Dengan penguasaan hampir antara 8.6 hingga 11.5 peratus daripada
jumlah penggunaan pelayar Internet (Internet browser). Sudah

tiada alasan lagi pengguna yang masih menggunakan Internet Explorer
untuk beralih kepada Mozilla Firefox dengan kemunculan

versi barunya versi 1.5.

Firefox lebih selamat digunakan berbanding dengan Internet Explorer.
Banyak masalah adware, spyware dan trojan berlaku kerana

kelemahan dalam Internet Explorer. Walaupun Microsoft sudah beberapa
kali mengeluarkan patch atau kemas kini namun hanya

dengan perubahan secara total mampu mengatasinya. Berapa lama anda
mahu menunggu?

Firefox terbaru ini didatangkan dengan sistem kemas kini secara
automatik dimana pengguna akan dimaklumkan secara automaik

sebarang kemas kini dan jika pengguna mahu ia semuanya ini boleh
dijalankan secara automatik oleh Firefox.

Kemudahan perlindungan data-data peribadi juga turut dipermudahkan
dengan adanya ruang pilihannya sendiri dan dengan

penggunaan satu butang Clear all. Anda tidak perlu risau lagi
data-data lawatan, kata pengguna dan kata laluan cuba dikesan

balik oleh orang lain terutamanya jika melibatkan penggunaan
kemudahan bank secara talian (Online Banking).

Pelayaran Internet yang lebih laju dengan enjin perisian yang
lebih baik dan dikemas kini. Ia turut dibantu dengan sistem

simpanan (cache) yang lebih baik.

Kepada pengguna kurang upaya yang menghadapi masalah penglihatan
terdapat kemudahan baru yang disumbangkan oleh IBM. Fungsi

pembacaan muka laman melalui suara dan kemudahan papan kunci yang
ebih mudah dan pratikal.

Ramai yang tidak menyedari Firefox boleh ditambah fungsi dengan
kemudahan yang dipanggil Extension. Extension ini adalah

sumbangan pelbagai pihak dan individu untuk menambah lagi fungsi
Firefox. Antara yang popular adalah FasterFirefox untuk

kemudahan DNS cache, Google Tolbar untuk capaian Google,
FlashGot untuk kemudahan muat turun pelbagai dan banyak lagi

yang boleh dimuat turun di sini http://addons.mozilla.org/.

Bagi anda yang mahu menukar persembahan FireFox seperti warna
dan themes boleh mendapatkannya disambungan yang sama diatas.

Bagi Webmaster dan pemilik tapak laman, Google dengan kemudahan
Adsense, akan memberikan satu dolar bagi setiap pengguna

Internet Explorer yang muat turun Firefox dan kemudian muat
turun Google Toolbar melalui butang khas yang dimasukkan dalam

tapak laman anda. Sila rujuk

http://www.wanita.us/firefox-adsense.php

Untuk muat turun Mozilla Firefox sila gunakan sambungan
dibawah ini.


http://www.getfirefox.com/
http://www.mozilla.com/
http://www.mozilla.org/

Wassalam.

p/s 

Artikel disebarkan dengan kebenaran penulis asal (Saudara
Harisfazillah Jamel)












 Yahoo! Groups Sponsor ~-- 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/aYWolB/TM
~- 

Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment  
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/