* KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD 
   
   
  Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di 
dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam 
kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana 
kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, 
"Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka 
Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda 
berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah 
putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda 
akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang 
ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku 
jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga 
engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, 
lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" 
Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada 
keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana 
anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, 
"Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi 
yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih 
hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni 
tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak 
dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta 
dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi 
yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja 
yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat 
keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk 
emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia 
melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama 
melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang 
dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak 
mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu 
kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku 
berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan 
berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau 
menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk 
kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, 
maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau 
gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat 
kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang 
memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga 
aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah 
penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari 
mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, 
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah 
kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. 
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan 
segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi 
Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar 
suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari 
perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

                
---------------------------------
How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low  PC-to-Phone call rates.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/aYWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke