Semalam Parlimen meluluskan kenaikan gaji PM, TPM, Menteri dan lain-lain pemimpin politik kerajaan Malaysia.
Ramai rakyat yang hairan bagaimana gaji mereka dinaikkan sedangkan pada hari yang sama akhbar-akhbar menyiarkan berita Kerajaan Negeri Sembilan terpaksa meminta sedekah dari KWSP kerana tiada duit untuk menyelamatkan para peneroka FELDA yang merempat, sehingga ada yang terbunuh kerana mencuri besi bom tentera. Subsidi rumah murah rakyat termiskin ditarik balik kerana kerajaan sudah tidak mampu. Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah muflis akibat songlap, boros, korupt dan salah-guna kuasa. JAWABANnya : Hadiah istimewa besar untuk rakyat pada Hari Pekerja 1 Mei 2005 ......... HARGA MINYAK DI NAIKKAN LAGI !!! Apa ? HARGA MINYAK DI NAIKKAN LAGI !!! Naik lagi selepas baru naik beberapa bulan yang lalu ??? Harga barang-barang keperluan hidup lain juga akan turut akan melambung naik. Tahniah kepada rakyat yang telah memilih BN .... Barang Naik !!! Sesungguhnya kita sedang berada di Malaysia Boleh ! ************************************************************************************************************** Gaji ahli Parlimen naik 10% -- Kesemua kenaikan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2004 OLeh: HABIBAH OMAR, HELMI MPHD. FOAD dan HERMAN HAMID KUALA LUMPUR 11 April - Gaji dan elaun semua ahli Parlimen termasuk menteri akan dinaikkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2004. Ini bermakna, setiap seorang ahli Parlimen secara puratanya akan mendapat tunggakan elaun lebih RM6,000 mengikut tarikh lantikan atau pemilihan. Pendapatan baru bulanan ahli Parlimen ini selepas Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dibaca untuk kali pertama pada sidang Dewan Rakyat, hari ini diluluskan. Kali terakhir elaun bulanan ahli Parlimen dinaikkan sebanyak 10 peratus ialah pada tahun 2002. Di bawah rang undang-undang itu, gaji dan elaun Perdana Menteri dinaikkan daripada RM20,751.50 kepada RM22,826.65. Timbalan Perdana Menteri pula daripada RM16,516.50 kepada RM18,168.15 sebulan. Turut naik ialah gaji bulanan menteri-menteri Kabinet dari RM13,552 kepada RM14,907.20. Timbalan menteri pula dari RM9,861.50 kepada RM10,847.65. __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Small Business - Try our new resources site! http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/