Tahniah kerana pengaruh Islam Hadhari telah berkembang ke Singapore. Singapore akhirnya akur untuk membina pusat judi kasino.
Ganjaran besar yang diperolehi ialah: 1. Menyekat pengaliran wang kaki judi Singapore ke pusat judi Malaysia terutamanya Genting. 2. Menarik tahi judi Islam Hadhari Malaysia untuk berjudi di Singapore. Di kasino Malaysia orang yang mengaku Islam di larang memasukinya. Di Singapore tiada halangan untuk semua. Pada hari Maulidul Rasul mereka memuji Nabi Muhammad, kerana Islam Had-ada-hari. Pada hari-hari yang lain mereka menentang dan menghina Nabi Muhammad dan peraturan Allah. Tahniah sekali lagi kepada UMNO Baru yang berjaya membawa ramai manusia menjadi calon ke Neraka Jahanam. ************************************************************************************************************** Pembinaan kasino di Singapura dikhuatiri tingkatkan masalah sosial di Malaysia KUALA LUMPUR, 19 April - Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli khuatir pembinaan dua kasino di Singapura akan meningkatkan kunjungan rakyat Malaysia ke negara itu untuk melakukan aktiviti perjudian. Beliau tidak terkejut sekiranya kerajaan Malaysia mengambil sikap menggalakkan rakyatnya datang ke Singapura, memandangkan pusat kasino khususnya di Genting Highlands dilarang bagi orang Islam. Menurut beliau, walapun pembinaan dua kasino itu merupakan hal pentadbiran kerajaan Singapura, ia tetap akan memberi kesan sampingan terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Dr Hatta yang juga AJK PAS Pusat mengulas kelulusan kerajaan Singapura yang akan membina dua kasino bernilai S$5 bilion (RM11.4 bilion) dengan tujuan menarik wang pelancong dan menggilap imej hambar republik itu. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberitahu Parlimen, kerajaan mengambil keputusan untuk meluluskan pembangunan dua kasino dan akan dibina di Marina Bay dekat pusat bandar raya dan satu lagi di pulau peranginan Sentosa. Mengulas tindakan tersebut, Dr Hatta berkata, jika dilihat tujuan Singapura membina kasino untuk menarik wang pelancong, ia bermakna pimpinan kerajaan itu mahu menjadikan perjudian sebagai sumber utama pendapatan negara. "Selain itu ia juga berkemungkinan disebabkan kedatangan pelancong ke negara itu berkurangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, tengah hari tadi. Bagaimanapun, tambah beliau, dari segi sosial pembinaan kasino itu bukan satu perkara baru sebaliknya sudah menjadi kebiasaan bahawa perjudian akan menyumbang ke arah keruntuhan institusi kekeluargaan. Katanya, kesan itu dapat dibuktikan kerana sebahagian besar antara penyebab keruntuhan institusi kekeluargaan di Malaysia disebabkan kesan daripada aktiviti perjudian. Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Salahuddin Ayub beranggapan, pembinaan dua kasino itu merupakan satu konspirasi yang rapi untuk mewujudkan budaya lalai dan berfoya-foya. Beliau bimbang kesan kewujudan kasino itu akan mendatangkan masalah sosial di Johor kerana negeri itu adalah jiran terdekat Singapura. Salahuddin turut melahirkan kebimbangan memandangkan Singapura merupakan negara di Asia Tenggara dan sebahagian besar penduduk rantau ini beragama Islam. Katanya, oleh itu pembinaan dua kasino itu sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada rakyat di Malaysia khsususnya umat Islam yang akan terpengaruh dengan perjudian dan akan melupakan nilai-nilai serta amalan agama Islam. Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat turut berharap dengan pembinaan dua buah kasino tersebut, Malaysia dapat menutup semua kasino yang sedia ada sesuai dengan pelaksanaan sebagai sebuah negara Islam. – lanh __________________________________ Do you Yahoo!? Plan great trips with Yahoo! Travel: Now over 17,000 guides! http://travel.yahoo.com/p-travelguide ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/