Abodohlah Amat Bodohwi mengesah bahawa dia adalah Bapa Munafik Malaysia apabila menyoal tahanan rakyat Malaysia oleh Regim Bush di Guantanamo.
Bodohlah pura-pura lupa tahanan ISA Nik Adli Nik Aziz dan beratus-ratus lagi yang terus disiksa di Malaysia. Bodohwi dan Bush adalah sama-sama musuh Islam. Wisma Putra diminta siasat 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo KUALA LUMPUR 8 Sept. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Luar menyiasat laporan dua rakyat Malaysia disenaraikan antara 14 suspek pengganas yang dipindahkan ke penjara tentera Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo dari pusat tahanan sulit CIA di negara asing. Perdana Menteri berkata, sekiranya laporan tersebut benar, beliau akan memastikan kedua-dua rakyat Malaysia itu mendapat hak pengadilan mengikut undang-undang. Saya sudah arahkan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar menghubungi orang kita di Washington untuk menyiasat perkara ini. Apa yang penting ialah memastikan mereka dibicarakan secara adil di mahkamah jika benar terlibat, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Al-Quran di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini. Semalam, Presiden George W. Bush mendedahkan mengenai pusat-pusat tahanan sulit CIA di luar negara yang kini dikosongkan dan kesemua suspek tahanan telah dipindahkan ke Teluk Guantanamo, Cuba. Berdasarkan laporan berkenaan, pemindahan tersebut membabitkan 14 suspek pengganas termasuk dua rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Lillie @ Mohammed Nazir Lep dan Zubair. Menurut Abdullah, kerajaan tidak berhasrat membawa pulang kedua-duanya untuk dibicarakan di sini memandangkan mereka tertakluk kepada undang-undang AS. Kesalahan yang dilakukan adalah bersabit undang-undang AS dan kalau benar mereka bersalah sepatutnya diadili di sana, katanya. Beliau juga tidak terkejut dengan laporan tersebut memandangkan rekod menunjukkan terdapat rakyat negara ini pernah terlibat dengan jenayah sedemikian. Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menyifatkan pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti terorisme sebagai satu trend. Ini kerana jelas beliau, hanya segelintir terlibat terutama mereka yang pernah melanjutkan pengajian dalam bidang agama di luar negara khususnya di Pakistan dan Afghanistan. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/