http://www.dso.org.sg/home/about/about_story.aspx http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Tauke Singapura Ternak Babi Di Melaka Rejim Abdullah Tak Peduli Mengenainya? Di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita sering terdengar pelbagai desas-desus pasal Singapura. Hal ini menjadikan segolongan rakyat jelata berasa meluat, muak, jelak dan jengkel terhadap kerajaan kebelakangan ini. Abdullah sendiri didesas-desuskan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling pro kepada Singapura. Menantu Abdullah - Khairy Jamaluddin - didesas-desuskan sebagai anak emas Singapura. Orang kuat Abdullah - Kalimullah Hassan - didesas-desuskan sebagai talibarut Singapura. Kesemua ini tidak pernah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh mana-mana pihak! Begitu juga kisah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Projek mega yang dikatakan diilhamkan oleh Abdullah ini menimbulkan persepsi bahawa ia adalah wilayah lanjutan kepada utara Singapura. Persepsi ini juga belum pernah dinafikan setegas-tegasnya! Lepas itu, timbul cerita ahli-ahli kongsi gelap yang kini sedang menggugat Tanah Melayu. Elemen jenayah ini juga dipercayai datang dari Singapura. Kemudiannya, adalah desas-desus saudagar dadah paling licik di negara ini juga dikatakan mempunyai talian dengan segolongan sindiket atau kapitalis Singapura yang dikatakan aktif berniaga di Mynmar. Kebelakangan ini sindiket Singapura ini dikatakan mengedarkan air kencing kuda bunting - satu jenis perangsang seks daripada Amerika Syarikat - yang disasarkan khas kepada remaja perempuan di Pantai Timur.. [blog ini akan dedahkan kes ini selepas kita selesai menjalani ibadah Ramadhan..] Terbaru sekali adalah kisah ratusan ribu babi yang sedang mencetuskan kontroversi di Melaka sekarang ini. Banyak pihak yakin ladang babi itu pun milik pemodal atau kapitalis Singapura. Anda bacalah sendiri tulisan Saudara Subky Latif, di muka surat 16, akhbar tabloid Siasah 16-22 September 2007, dengan tajuk Merdeka Dengan Kandang Babi Singapura, seperti berikut: Diberitakan betapa industri (penternakan babi) itu dibiayai oleh pelabur dari Singapura. Hasil ternakan itu dieksport ke Singapura. Kira-kira, ia adalah ladang ternakan saudagar-saudagar Singapura. Hakikat inikah yang menyebabkan kerajaan kita teragak-agak untuk menutup ladang babi tersebut? Mengapakah kerajaan tergamak betindak begitu? Mengapakah kerajaan sanggup mengkompromikan kesejahteraan masyarakat setempat? Mengapakah kera di hutan disusukan? Mengapakah anak sendiri dianaktirikan? Di manakah maruah bangsa Melayu di bumi bertuah yang bernama Tanah Melayu? Apa nak jadi dengan Malaysia? Atau, apa dah jadi dengan Malaysia? Apakah yang menyebabkan Singapura seolah-olah bermaharajalela di Malaysia sekarang? Apakah senjata sulit Singapura yang menyebabkan Abdullah kini seakan-akan tidak terdaya langsung untuk menentang? Malang sungguh Malaysia. Segala desas-desus mengenai Singapura mutakhir ini dibiarkan terus melatarbelakangi landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Ia dibiarkan meracuni pemikiran rakyat, menyemarakkan kemarahan rakyat, dan menjejaskan perpaduan negara dan ketahanan nasional. Sampai berapa lama lagikah rakyat Malaysia akan sabar menghadapi perkembangan seperti ini? Selama mana lagikah rejim Abdullah akan memberikan layanan teristimewa kepada Singapura? Apakah kita rela kecundang kerana permainan Singapura? Kalau tidak, apa harus kita lakukan untuk menyekat perkembangan seperti ini? - oleh Ruhanie Ahmad ____________________________________________________________________________________ Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel. http://travel.yahoo.com/ Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/