Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan mengkaji segenap aspek termasuk bantahan beberapa Ahli Parlimen UMNO sebelum penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dimuktamadkan.
Pemimpin UMNO takut jika IPCMC di tubuhkan, Polis dan BPR tidak boleh lagi digunakan sebagai alat untuk menindas dan menipu rakyat demi mengekalkan kuasa politik mereka. Contoh kejahatan Polis Malaysia: http://malaysia-today.net/columns/saari/index.htm Tuesday, March 21, 2006 Sengsara Kem Kamunting (3) Oleh Saari Sungib mailto:[EMAIL PROTECTED] Sepanjang berada di Kem Kamunting saya dan Ezam mengambil pendekatan mengekalkan hubungan baik dengan para warder. Kami memberitahu mereka musuh kami adalah Mahathir dan Badawi. Pegawai penjara dan warder bukan musuh kami. Kami bercerita kepada mereka perjuangan Reformasi dan kenapa kami dimusuhi oleh Mahathir. Juga, kenapa kami memusuhi Mahathir. Ezam bersyarah panjang lebar tentang rasuah dan kroni. Saya hentam Mahathir kerana bolot kuasa, cabul hak rakyat dan fitnah Anwar Ibrahim. Di Kem Kamunting setiap warder kami panggil menurut pangkat mereka. Warder yang ada dua calit kami panggil kopral dan yang ada tiga calit kami panggil sarjen. Tidak ada satu calit atau pangkat lans kopral dalam sistem penjara. Bagi warder yang berpaku di bahu, kalau satu atau dua paku kami panggil Encik atau Cik. Kalau tiga paku dan atas-atas, kami panggil tuan saja. Warder yang tiada calit dan paku, kami panggil Cikgu. Setahu saya mereka suka dipanggil cikgu. Glamour agaknya. Di kalangan cikgu, ada yang sudah berbelas dan berpuluh tahun kerja di penjara. Ada yang tidak mahu dapat calit sebab tidak mahu pindah. Kalau jadi kopral, kena pindah penjara lain. Oleh itu ramai warder yang bersikap tidak naik pangkat pun tidak mengapa, janji dapat kekal di Kem Kamunting. Mereka seolah-olah suka kerja di Kem Kamunting. Rileks kot! Cikgu-cikgu juga ada gelaran. Ada dua orang cikgu namanya sama, Ahmad. Seorang bila masuk sahaja ke blok tahanan selalu senyum. Kami panggil dia Cikgu Mat Senyum!. Seorang lagi selalu batuk, kuat pula tu. Jadi kami panggil dia Cikgu Mat Batuk!. Ada problem sikit. Kalau Cikgu Mat Batuk masuk shif malam, alamat kami tidak tidur lenalah. Asik terbangun dek batuknya yang kuat tu. Itu juga derita namanya tu, sengsara Kem Kamunting! Shif siang dan petang biasanya ada tiga warder. Seorang Encik, seorang Kopral atau Sarjen dan seorang Cikgu. Shif malam hanya dua orang. Kedua-duanya Cikgu. Tengok jenis Cikgu macam mana. Kalau Cikgu Mat Senyum masuk, saya akan korek! Kepada Cikgu Mat Senyum yang sudah bekerja di Kem Kamunting 20 tahun, saya tanya siapa yang masuk Kem Kamunting? Jawabnya dengan yakin: "Tahanan politik". Katanya dia jugalah yang jaga Suhaimi Said, Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, V David, P. Patoo, Kia Soong, Nasir Hashim, Mohd Sabu, Khalid Samad, Mahfudz dan yang lain sewaktu dan selepas waktu dengan mereka. Cikgu Mat Senyum rasa kasihan tengok orang-orang cerdik pandai, berpendidikan tinggi dan baik-baik kena tahan duduk penjara macam orang salah. Bukan salah pun, katanya. Tapi "depa dah nak tangkap, nak buat macam mana. Kami jaga sajalah". Cikgu Mat Senyum cerita masa kes Memali dulu dua buah bas sarat dengan orang-orang Kampong Memali diangkut ke Kem Kamunting. Tangkap muat! Kesian katanya orang-orang kampong ditangkap dan dikurung di Kem Kamunting. Antara mereka ramai orang-orang tua. Paling tua ada yang dekat-dekat 65 atau 67 tahun. Budak pun ada. Katanya ada seorang yang berusia 16 tahun. Semua kena ISA sebab dituduh bersubahat dengan Ustaz Ibrahim Libya. Cikgu Mat Senyum sedih kerana mereka masuk Kem Kamunting bukan kena buat apa-apa pun. Bukan ada apa program pun. Cuma kena kurung. Semua datang dari Memali. Orang-orang tua yang ditahan sedih tidak lalu makan. Cakap pun tak mahu. Ada seorang yang duduk diam menyendiri. Tegur orang pun tidak. Sasau. Macam nak jadi gila, dah tak siuman dah. Budak berumur 16 tahun itu pula, asik menangis saja. Tak henti-henti menangis. Selepas 3 bulan mereka dihantar balik ke Memali. Hantar balik pun naik bas. Jumlah semua mereka adalah 43 orang! Itu tidak termasuk apa jadi kepada mereka ketika mereka ditahan di Alor Setar sebelum dihantar ke Kem Kamunting. Ramai di kalangan mereka yang diseksa. Pengakuan mereka yang telah disiarkan oleh PAS pada masa itu adalah ramai di kalangan mereka yang dicabut bulu janggut, bulu misai, bulu lubang hidung dan bulu anunya. Terdapat juga tahanan di kalangan makcik-makcik dan kakak-kakak yang juga dihina sedemikian rupa. Kalau nak buang air, buang air saja di tandas yang pintunya sengaja dikopakkan. Ketika mereka mencangkung di dalam tandas lompong tersebut, mereka diperhatikan oleh anggota polis yang mengawal! Tidak mengapa, saya tidak mahu ungkit cerita Memali. Kes tutup! Sebab itulah kemahuan para mangsa sendiri. Tetapi catatan kekejaman ISA dan sengsara Kem Kamunting pasti terus menghantui mereka hingga ke hari ini. Cikgu Mat Senyum juga menceritakan betapa kasihannya beliau terhadap dua orang adik beradik berbangsa Cina. Mereka memiliki satu perniagaan kecil mencetak buku, plastik dan seumpamanya. Tiba-tiba mereka ditahan di bawah ISA. Kemudian mereka dihantar ke Kem Kamunting. Mereka dituduh terlibat dalam sindiket memalsukan pasport. Dua orang adik-beradik itu sering menangis mengenang nasib malang mereka. Kecewa dan marah kerana tidak dapat membela diri. Mereka benar-benar rasa dianiaya. Kena zalim. Kena tindas. Menurut mereka sebenarnya mereka mendapat pesanan mencetak sampul plastik bersaiz pasport. Mereka tidak tahu-menahu sampul plastik itu akan digunakan untuk pasport. Ada pesanan maknanya ada biznes. Maka mereka pun terimalah pesanan tersebut. Lagipun itu suatu yang menjanjikan keuntungan. Tiba-tiba semasa disoal-siasat oleh SB mereka diberitahu bahawa mereka telah terlibat membekalkan sampul plastik kepada satu sindiket besar memalsukan pasport. Mereka memberitahu yang mereka tidak tahu-menahu tentang sindiket tersebut, juga tidak tahu kalau ada sebarang aktiviti mereka yang melanggar mana-mana undang-undang negara. Kerja mereka hanya biznes, bekalkan pesanan pelanggan dan dapat bayaran. SB-SB penyoal-siasat tidak terima pembelaan diri mereka. Menurut SB mereka telah secara tidak sedar terlibat langsung dengan sindiket pemalsuan pasport dan dengan itu telah memudaratkan keselamatan negara. Kedua orang adik beradik itu melalui hari-hari getir selama 2 tahun di Kem Kamunting. Setelah genap tempoh penahanan 2 tahun, dalam keadaan mereka bersiap sedia untuk dibebaskan, tiba-tiba datang surat perintah tahanan. Sambung lagi 2 tahun!. Merengkoklah mereka selama 4 tahun di Kem Kamunting. Kesalahan? Mencetak sampul plastik berukuran pasport yang asalnya hanya sebagai satu urusan perniagaan memenuhi permohonan pelanggan. Deritanya ISA! Saya juga diberitahu oleh cikgu-cikgu bahawa seorang tahanan yang menghantar makanan ke blok kami sebenarnya adalah seorang yang kaya raya. Dia seorang berketurunan Cina. Namanya Robert. Robert dikatakan memiliki banyak motosikal berkuasa tinggi. Beliau suka memecut motosikalnya dengan laju di lebuhraya. Rumahnya besar. Kereta-kereta mewah juga banyak. Robert ditahan di Kem Kamunting di bawah kategori MINSU. MINSU adalah singkatan kepada Mint Palsu atau wang syiling palsu. Robert kaya sebab buat syiling palsu atau mungkin sebab dia kayalah maka dia buat syiling palsu. Apa cerita ini? Tapi Robert pernah sendiri berkata:"Banyak susah ooo, syiling tatak banyak untung loo.. baik bikin itu Panadol. Panadol palsu lagi manyak untung looo". Seminggu dua selepas saya dengar Robert mengeluarkan kata-kata seperti itu, saya dapat tahu Robert telah dibebaskan. Kes Robert diceritakan sebagai kes 50/50. Maksudnya, Robert ditahan di bawah ISA di atas kes buat syiling palsu. Syiling yang dapat dirampas dilaporkan dapat dirampas, yang tak dapat dirampas...Allahu a'lam. Juta-juta!. Semasa soal-siasat berlaku rundingan. Dengan siapa ya? Bila Robert masuk Kem Kamunting tutup cerita. Jangan buka mulut. Lepas dua tahun di Kem Kamunting, Robert dibebaskan. Keluar-keluar saja, split! Split 50/50. Dengan siapa ya? Semasa saya ditahan pertama kali pada tahun 1998, saya membidas SB penyoal-siasat tentang polis tidak bertindak terhadap jenayah-jenayah maksiat di negara ini. ASP Pilus yang menyoal-siasat saya menjawab: "You kena tahu, kami telah diajar untuk tidak jolok sarang tebuan.. Kalau kami jolok, siapa nak bayar gaji kami". Maksudnya SB dapat dua jenis gaji. Satu gaji rasmi, satu lagi gaji gelap. Gaji gelap datangnya daripada taukey-taukey biznes maksiat seperti pelacuran, "judi haram" dan rumah-rumah urut. Demikian juga semasa saya ditahan kali kedua pada tahun 2001, ASP Mohd Arif Ariffin yang menyoal-siasat saya selalu mempertahankan taukey-taukey yang menjalankan biznes maksiat. Katanya: "you tak boleh buat undang-undang Islam di negara ini. Taukey-taukey besar tu, balik kerja nak pergi rumah urut. Nak main perempuan. You buat Islam, habis mereka memberontak. Tak aman negara ni jadinya nanti". Saya percaya bahawa split 50/50 yang dilakukan oleh Robert ada kaitan dengan apa yang dikatakan oleh ASP Pilus dan ASP Mohd Arif Ariffin. Bahkan bukan lagi satu perkara yang rahsia di kalangan tahanan di bawah kategori syiling palsu, IC dan pasport palsu bahawa lokap serta kemudahan semasa ditahan selama 60 hari soal-siasat polis ada harganya. Kalau bayar RM20,000 dapat itu, itu dan itu. Kalau bayar RM10,000 dapat sekian dan sekian. Bayar kepada siapa? Siapa yang membayarnya? Macam mana nak buat bayaran? Itu bisa diatur, pak! Ini tidak termasuk tahanan yang dapat buat panggilan kepada isteri atau girl-friend. Boleh guna handphone. Boleh bertemu isteri untuk memenuhi hajat sebagai suami isteri. Dengan girl-friend? Bisa diatur! Bila? Ya, semasa disoal-siasat dalam tempoh 60 hari. Rasuah? Jawablah sendiri. ISA? Jawabnya, ya. Ezam menceritakan kepada saya bagaimana pegawai-pegawai yang menyoal siasatnya nampak begitu mewah sekali. Ada yang berpakaian kemeja berjenama mahal. Ada yang memakai jam berjenama Rolex. SB yang sama memiliki kereka BMW. Mana dapat wang, bung? Ezam juga menceritakan kepada saya bahawa semasa ditahan lokap sebelum kena ISA, beliau jumpa seorang anak muda yang menunjukkan kesan-kesan bintat-bintat merah penuh di badan dan kepalanya. Beliau ditahan kerana dipaksa mengaku di mana beliau menyembunyikan kereta yang dicurinya. Beliau mengatakan beliau tidak mencuri kereta dan tidak tahu menahu apa-apa tentang kereta yang disembunyikan. Anak muda ini diikat tangatnya ke sebatang palang dan bajunya dibuka. Setiap kali beliau enggan mengaku, beliau ditembak dengan sepucuk pistol berpeluru getah. Menurut Ezam anak muda itu kata pistol itu pistol betul. Hentakan peluru getah itu amat kuat. Sakit. Perit. Berdas-das tembakan itu dilepaskan pada jarak dekat ke arah badan dan kepala anak muda itu. Apa motif tindakan polis di balai tersebut?. Ezam dengan berani mengatakan: "Polis nak duit lah". Menurut Ezam ada sindiket di belakang kereta curi. Setiap kereta yang dicuri insuran kena ganti. Untuk selamatkan duit syarikat insuran, "komisyen" diberikan kepada polis kalau jumpa semula kereta yang dicuri. "Komisyen" biasanya RM5,000 bagi setiap kereta yang berjaya ditemui. Ini bermakna jika sebuah kereta Proton dicuri, syarikat insuran kena bayar ganti sekitar RM50,000 atau RM60,000. Tapi kalau dapat ditemui semula dengan khidmat polis yang cekap, maka syarikat insuran hanya kena keluar RM5,000. Saya tanya beberapa kali: "Betul ni Ezam, polis tembak budak tu, duit punya pasal". Ezam menjawab: "Betul...betul Pak Abu. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/