Mengapakah banyak Doktor palsu di Malaysia ?

Dollah Badawi adalah PM palsu kerana dilantik oleh
Mahathir seorang, bukan pilihan rakyat Malaysia.
Kini Mahathir mengaku bahawa antara kesilapan besar
yang pernah dilakukannya ialah memilih Dollah sebagai
PM ke 5.

Najib juga TPM palsu, kerana kaki betina dan rasuah
itu dipilih oleh Mahathir, bukan pilihan rakyat
Malaysia.

Kerajaan Malaysia yang ada sekarang adalah PALSU
kerana dipilih melalui Pilihanraya palsu yang
didalangi oleh SPR palsu yang bergelumang dengan
penipuan.

Malaysia Darul Palsu.




Doktor palsu didedah -- 6 pusat perubatan dikendali
warga asing, jururawat yang menyamar
Oleh: HABIBAH OMAR

PUTRAJAYA 22 Jan. – Awas, bukan semua doktor yang anda
temui di klinik dan pusat perubatan adalah doktor
sebenar yang bertauliah untuk merawat pesakit.

Jika anda tidak bernasib baik, mereka mungkin salah
seorang daripada doktor palsu yang menipu merawat
orang ramai dengan berselindung di sebalik nama klinik
dan pusat perubatan,

Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah mengenal
pasti sekurang-kurangnya enam buah pusat perubatan
yang mengupah doktor palsu untuk merawat pesakit
termasuk menyambut kelahiran bayi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semasa
mendedahkan perkara itu berkata, pusat-pusat perubatan
tersebut dikendalikan oleh warga asing, pembantu
perubatan, jururawat komuniti dan bekas jururawat
tentera yang menyamar sebagai doktor.

‘‘Mereka tidak mempunyai kelayakan tetapi beroperasi
seperti doktor termasuk menyambut bayi sedangkan pusat
perubatan tempat mereka bekerja mempunyai nama canggih
seperti klinik 24 jam dan pusat bersalin,” katanya.

Soi Lek berkata demikian selepas mempengerusikan
mesyuarat jawatankuasa bertindak Beta-Agonist
peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan di sini
hari ini.

Menurut beliau, gejala itu terbongkar selepas semua
pengusaha klinik perubatan dan pergigian swasta
diwajibkan mendaftarkan premis mereka dengan
Kementerian Kesihatan di bawah Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Enam pusat perubatan yang menggaji doktor-doktor palsu
itu terletak di Klang dan Johor Bahru. Kementerian
Kesihatan kini dalam proses mendakwa doktor palsu dan
pusat perubatan tersebut.

Tempoh pendaftaran di bawah Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 telah
berakhir November lalu. Di bawah akta itu, pengamal
perubatan 

yang gagal berbuat demikian boleh didenda sehingga
RM300,000 atau penjara enam tahun dan kedua-duanya.

Mengenai penguatkuasaan akta tersebut, katanya, pada
peringkat awal ia diperkenalkan terdapat doktor yang
‘merajuk’ kerana mereka terpaksa mendaftar namun
selepas disemak, kementerian mendapati ada doktor yang
memiliki klinik merupakan doktor palsu.





 
____________________________________________________________________________________
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to