Pemimpin Umno disaran belajar cara berpolitik pemimpin Cina Oleh Salman Hussin
BATU PAHAT, 29 Mac - Pemimpin-pemimpin Umno yang kurang bertamadun disaran mencontohi cara berpolitik orang Cina, walau pun mereka berlainan parti tetapi dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan kaum dan bangsa mereka akan tetap bersatu. Inilah cara orang cerdik berpolitik, mereka tidak menggunakan platform politik untuk kepentingan peribadi atau parti mereka semata-mata sebaliknya mereka memanfaatkan sepenuhnya kuasa politik ini untuk kepentingan kaum dan bangsa mereka. Saranan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, semasa berucap sempena pelancaran kempen Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari peringkat Negeri Johor, yang telah diadakan dekat sini, 25 Mac lalu. Menurutnya, walaupun MCA, Gerakan dan DAP parti yang berlainan dan dalam Parlimen mereka seringkali hentam menghentam antara satu sama lain tetapi dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan masyarakat Cina mereka akan bercakap dengan satu nada. "Dalam soal pendidikan sebagai contoh, mereka akan bersatu untuk memastikan kepentingan pendidikan masyarakat Cina tidak diganggugugat kerajaan bahkan mereka terus menuntut lebih banyak keistimewaan diberi kepada sekolah Cina," kata Mohamad Sabu. Menurutnya lagi, sejarah telah membuktikan walaupun Dr Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas dengan pendiriannya tetapi beliau gagal memaksa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK-C) menggunakan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik. "Pemimpin-pemimpin Cina dari ketiga-tiga parti ini terus mempertahankan penggunaan bahasa ibunda di sekolah tersebut dan akhirnya kerajaan terpaksa tunduk dan patuh kepada kemahuan mereka, inilah bukti betapa bersatunya mereka terhadap perkara yang membabitkan kepentingan bangsa mereka," sambungnya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, selanjutnya berkata, inilah cara orang cerdik berpolitik tidak seperti Umno dan PAS yang terus bertelingkah dalam semua hal walau pun perkara yang dipertikaikan itu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Menurutnya lagi sikap serta pendirian pemimpin Umno hari ini tidak sama dengan pemimpin Umno terdahulu seperti Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, yang lebih mengutamakan kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Sebaliknya pemimpin Umno hari ini hanya mengutamakan kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri, mereka langsung tidak menghiraukan nasib masa depan anak bangsa mereka sendiri, katanya. __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Small Business - Try our new resources site! http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/