Jawaban PM yang mengenai Jet Eksekutif baru, sungguh terang membuktikan bahawa pemikiran PM adalah hanya setaraf minda Pak Pandir.
Dari kisah penglipur-lara, .......... Pak Pandir rasa gembira melihat anaknya menggelitik dimandikan dengan air-panas menggelegak kerana disangkanya anaknya tergedik-gedik kegembiraan. Akibatnya anak kecilnya mati. Setelah anaknya mati Pak Pandir membawa anaknya ke kubur untuk di kebumikan dalam gulungan tikar. Dalam perjalanan, mayat anak Pak Pandir itu terkeluar dari gulungan tikar lalu tercicir tanpa di sedari oleh Pak Pandir. Pak Pandir gembira kerana "mayat" yang dibawa dalam tikar itu semakin ringan. Tanpa usul-periksa, Pak Pandir telah menanam tikar kosong, tanpa mayat anaknya kedalam kubur. Dalam perjalanan pulang dari kubur Pak Pandir terjumpa mayat anak yang tercicir tadi. Pak Pandir yang lurus bendul itu terus buat andaian mayat itu anak orang lain tanpa usul-periksa. Apabila sampai di rumah terus dia berkata kepada Mak Andeh ... "Andeh, bukan anak kita saja yang mati, anak orang lain pun mati juga." Pak Pandir berkata bahawa kerajaan hanya menyewa pesawat tersebut dari PMB. Ia bukan duit kerajaan. ULASAN: Sewa kepada PMB pakai duit rakyat, bagi Pak Pandir itu bukan duit kerajaan. Bagi Pak Pandir GLC PMB bukan syarikat kerajaan tapi milik kroni. Sewa kepada kroni adalah berganda-ganda lebih mahal dari harga kapalterbang itu sendiri. Penyamun seperti PM Pak Pandir inilah yang menyebabkan GLC seperti MAS, Tabung Haji, Bank Bumiputera dll semua lingkup dan binasa. Sebab itulah PM Pak Pandir selalu tidur .......... bagi dia semuanya OK ! Jet eksekutif: Penyokong Dr M tolak dakwaan PM Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 30 Jan - Laman web penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, MYKMU, menyifatkan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa wang kerajaan tidak digunakan untuk membeli jet eksekutif sebagai amat aneh. Dalam kenyataannya, Perdana Menteri mendakwa hanya menyewa pesawat itu dari Penerbangan Malaysia Berhad (PMB). "YAB berkata bahawa kerajaan hanya menyewa pesawat tersebut dari PMB. Ia bukan duit kerajaan. "Kenyataan ini amat aneh kerana mengikut laman web PMB, PMB kini adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad. Apakah ini bukan duit kerajaan?" soal MYKMU yang menyifatkan penjelasan Perdana Menteri mengenai perkara itu amat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya. Laman itu juga mempersoalkan pembelian jet eksekutif itu. "Soalnya kita baru sahaja mempunyai pesawat khas untuk Perdana Menteri yang dikendalikan oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) beberapa tahun lalu sahaja. Mengapa perlukan lagi pembelian baru ini?" Perdana Menteri juga dianggap menimbulkan kekeliruan oleh laman itu apabila menggambarkan kerajaan tidak rugi kerana hanya menyewa dari PMB. "Jawapan Datuk Seri bahawa kerajaan tidak rugi menyewa kerana PMB yang akan menanggung jika rosak dan sebagainya menimbulkan kekeliruan. Sebagai anak syarikat milik Khazanah Nasional, PMB merupakan hak milik kerajaan. "Sebarang perbelanjaannya merupakan perbelanjaan harta benda kerajaan," kata laman web tersebut. ____________________________________________________________________________________ Never miss an email again! Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/ Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/