Rasuah, pengganguran, jenayah, kemiskinan dll masalah
besar rakyat tidak penting bagi UMNO Barang Naik.
Bagi UMNO/BN yang utama adalah habuan fulus dan
memuaskan nafsu konek dan pantat mereka.
Sebab itulah dihebohkan isu Kahwin Misyar.
Aiman tak kisah asalkan konek masyuk pantat ...
sama-sama sedap.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2468&Itemid=1

Protes harga minyak: FRU, polis belasah peserta
perhimpunan      
Oleh Saidatul Amani, Nabilah Abdullah & Azamin Amin 
 
KUALA LUMPUR, 28 Mei 2006 - Sekali lagi rakyat
digegarkan dengan tindakan ganas dan kejam anggota
polis simpanan persekutuan (FRU) yang menjadikan
peserta perhimpunan aman membantah kenaikan minyak
umpama haiwan.

Seramai 20 aktivis termasuk dua wanita ditangkap dalam
perhimpunan tersebut antaranya; Ketua Pemuda
PAS,Salahuddin Ayub; Setiausaha DAP,Ronnie Liu;
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda KeADILan, Badrul
Hisham Shahrin; Zulkifli Nordin; AJK Lajnah Pengguna
PAS Pusat, Wardah Abdullah dan aktivis keADILan,Nora.

Bantah kenaikan harga minyak, elektrik

Perhimpunan aman itu bermula jam 10 pagi di hadapan
Dataran KLCC, dipengerusikan oleh Badrul Hisham dan
diikuti dengan ucapan Ketua Penyelaras Protes, Dr
Hatta Ramli.

Orang ramai mula berhimpun pada jam 9.30 pagi bagi
melahirkan bantahan ekoran kenaikan harga minyak
diikuti kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun ini.

Dalam ucapan itu Dr Hatta berkata, rakyat terpaksa
menanggung kenaikan harga minyak dan terkini diikuti
pula dengan kenaikan tarif elektrik.

Kata beliau,apabila harga minyak naik semua harga
barang-barang ikut naik dan ini telah menjejaskan
kehidupan rakyat terutama mereka yang bergaji kecil
apatah lagi mereka yang tidak bergaji.

Menurutnya, negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi
tidak menaikkan harga sebaliknya kerajaan itu
menurunkan harga  apabila harga minyak dunia naik.

Tambah beliau, negara tersebut berkongsi keuntungan
dengan rakyat contohnya harga 90 sen diturunkan
menjadi 62 sen. 

"Harga minyak dunia naik sepatutnya rakyat memperolehi
 keuntungan dan tidak munasabah rakyat yang terpaksa
menanggung," katanya.

Polis guna 'water cannon' pada orang ramai

Ketika Dr Hatta berucap, helikopter berpusing di atas
kawasan perhimpunan sebanyak tiga kali dan serendah
lima kaki. Beliau terpaksa menghentikan ucapan kerana
ketika itu akibat angin bertiup kencang menyebabkan
daun-daun kering berterbangan dan suasana bising.

Laungan `hidup-hidup, hidup rakyat, jatuh-jatuh harga
minyak, turun-turun harga minyak, Pak Lah-pak Lah
turun, Najib-Najib turun'. Laungan itu berterusan
sehingga helikopter beredar daripada kawasan tersebut.

Wakil mahasiswa, Lim Sok Swan turut mendesak kerajaan
supaya menurunkan harga minyak. 

( Ustaz Nasharuddin sedang melihat kecederaan akibat
dibelasah polis seperti yang dialami oleh salah
seorang yang menyertai perhimpunan aman pagi tadi )


Pada jam 10.41 pagi pihak polis mula memberi amaran
dan melaungkan perkataan;`Diminta perhimpunan
dihentikan serta merta atau kami akan huraikan dengan
kekerasan.'

Ketika amaran diberikan wakil DAP, Ronnie Liu sedang
berucap. Sebanyak tiga kali amaran diberikan dan
ketika Ronnie berucap dalam bahasa Mandarin tepat jam
10.46 pagi, trak `water cannon' mula membuat semburan
air ke arah peserta protes.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin
Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Salahuddin Ayub;
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Presiden Jim, Zaid
Kamaruddin; Badrul Hisham ; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz
Omar; Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Idris Ahmad dan
peserta protes tidak berganjak dari tempat mereka
membuat perhimpunan.  

Mereka hanya berganjak apabila anggota FRU menyerbu
dan menangkap Salahuddin, Badrul Hisham, Ronnie Liu
dan aktivis lain dengan keadaan mereka yang basah.

Zahir dibelasah di hadapan keluarga sendiri, orang
ramai

Keganasan FRU tidak dapat disangkal apabila menangkap
seorang peserta protes umpama menangkap seekor
binatang buas.  

Lebih 15 orang menangkap seorang peserta protes.
Perlakuan ganas itu juga berlaku terhadap Timbalan
Setiausaha Agung KeADILan, Zahir Hassan, yang
ditangkap di tengah jalan raya dan dibelasah ketika
beliau bersama isteri dan anaknya mahu menyeberang
jalan menuju ke bangunan Avenue.

Zahir dipukul di muka,di belakang badan dan (ketika
berita ini ditulis) beliau sedang menerima rawatan di
Hospital Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan akan terus
dibawa ke IPK, Jalan Hang Tuah.

Dalam kejadian tersebut, beberapa orang anggota FRU
menarik Zahir keluar daripada kepungan isteri, anak
dan peserta protes lain. Dua orang FRU memapah Zahir
untuk terus ditahan.

Sebelum itu, Ustaz Nasharudin, Mohamad Sabu, Mahfuz
Omar dan  Ustaz Idris Ahmad dikepung FRU dan dihalau
supaya bersurai ketika FRU berlaku ganas terhadap
peserta perhimpunan aman. 

Lebih 2000 orang berkumpul sejak 9.30 pagi untuk
melahirkan bantahan rakyat terhadap tindakan drastik
kerajaan menaikkan harga minyak yang sekaligus
menyebabkan hampir semua barangan keperluan harian dan
tarif elektrik naik secara mendadak. 

Anggota FRU dan polis bersurai jam 11.25. Ketika
mereka bersurai peserta protes melaungkan perkataan;
"hidup rakyat, reformasi, FRU kaki pukul, FRU kaki
pukul'.

Ekoran tangkapan 20 orang peserta protes itu,
perhimpunan aman akan tetap diadakan.

Protes diteruskan, laporan Suhakam dan polis akan
dibuat

Menurut Dr Hatta, dijangkakan ini merupakan bantahan
kenaikan harga minyak yang terakhir tetapi disebabkan
tindakan ganas pihak berkuasa demonstrasi akan
diteruskan.

Ustaz Nasharuddin yang ditemui selepas beliau dihalau
oleh FRU kesal dengan tindakan zalim kerajaan yang di
luar perikemanusiaan dan tidak menghormati suara
rakyat yang mengadakan perbincangan secara aman. 
 
“Kita akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) berkenaan dengan tindakan
zalim ini dan rakyat tengok sendiri bagaimana rakyat
dipukul. Jika suruhanjaya yang ditubuhkan tidak
memberi manfaat kepada rakyat. Kita akan buat laporan
Polis," katanya.

Sementara itu Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kesal
dan berkata, Penambahbaikan Suruhanjaya Polis Diraja
Malasia tidak memberi kesan kepada kerajaan. 

“Saya sedih dengan tindakan zalim FRU yang mengganas
sedangkan rakyat berhimpun secara aman untuk
menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga
minyak,”katanya.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar
berkata, kerajaan hari ini gagal dalam menguruskan
wang negara dan kerajaan seharusnya menurunkan harga
minyak bukannya menangkap dan memukul rakyat.

Beliau mempersoalkan, jika kerajaan memberi alasan
membatalkan jambatan bengkok kononnya protes daripada
rakyat mengapa kerajaan tidak menurunkan harga minyak
melalui protes yang dilakukan oleh rakyat.

“Rakyat harus sedar dengan kuasa yang ada pada rakyat
hutang Syarikat besar kepada TNB dipindahkan kepada
rakyat sebab itu kerajaan tidak mengumumkan kenaikan
takif elektrik pada waktu pilihan raya Sarawak kerana
ia tahu kuasa rakyat boleh mengalahkan BN pada
pilihanraya itu,”katanya.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah
Azizah Khatib Mat sedih dengan tindakan zalim kerajaan
terhadap rakyat yang hanya menyuarakan pendapat tetapi
sebaliknya dilayan macam binatang.

"Kemungkinan kita akan mengadakan lagi bantahan supaya
kerajaan sedar akan suara yang ada pada
rakyat,"katanya. - mks.
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Home is just a click away.  Make Yahoo! your home page now.
http://us.click.yahoo.com/DHchtC/3FxNAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to