Tujuh orang pelajar Universiti itu tersilap. Sepatutnya mereka jadi Penagih Dadah, bukan jadi Mahasiswa Universiti. Kalau 7 orang itu menjadi Penagih Dadah mereka akan di beri layanan yang sangat istimewa. Kalau jadi Mahasiswa Universiti, menyusahkan ibu-bapa dan negara. Kena hutang keliling-pinggang terutamanya dengan along PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Kecerdikan Mahasiswa membuatkan mereka memperjuangkan keadilan dan kebenaran, yang upahnya ialah ISA dan disingkirkan dari pengajian. Susah-payah kena pikul buku tebal dan buat research yang memecahkan kepala-otak. Lepas graduate, peluang besar hanya jadi penggangur sahaja.
Kalau jadi Penagih Dadah, dapat masuk Mahligai Serenti, dapat makan free, pakaian free, hotel free, dadah free, jarum free, kondom free, pelacur free ...... semua ditanggung HALAL oleh KERAjaan UMNO Barang Naik. Setelah keluar Serenti boleh jadi penyamun, peragut, perogol dan pembunuh ....... kalau ditangkap dapat masuk balik Mahligai Serenti ........ bahagia hingga ke anak-cucu, dengan syarat tidak menentang kehendak nafsu buas UMNO Barang Naik... Selagi UMNO Barang Naik masih menjajah Malaysia Boleh, galakkan anak-cucu anda semua mejadi Penagih Dadah tegar, profession yang paling mulia !!!!! Tindakan UITM menolak sambung belajar ISA 7 ........ KUALA LUMPUR, 8 Jun - Tindakan Universiti Teknologi Mara (UITM) menolak permohonan menyambung semula pengajian oleh Helman Samsudeen, salah seorang mangsa ISA 7 yang teah dibebaskan oleh mahkamah memeranjatkan banyak pihak. Tindakan pentadbiran tersebut dengan alasan bahwa tempoh pengajian Helman telah tamat tempoh adalah alasan teknikal yang diperbesarkan. Helman bersama enam lagi pelajar telah didakwa di bawah Akta Polis atas tuduhan menyertai demonstrasi membantah ISA di perkarangan Masjid Negara dan mereka dikenali sebagai 'Mangsa ISA 7'. Ekoran itu, kesemua mereka telah digantung dari belajar oleh pusat pengajian mereka termasuk Helman oleh UITM. Baru-baru ini, Mahkamah telah membebaskan mereka dari pertuduhan itu dan Helman memohon untuk menyambung pelajarannya semua di UITM namun di tolak. Angkatan Muda PKR dalam kenyataannya berasa pelik kerana Helman dan enam yang lain digantung oleh pihak universiti bukan atas kehendak mereka. Sebaliknya mereka telah dilarang untuk hadir ke kuliah dan peperiksaan oleh pentadbir universiti sendiri, kata Amirudin Shari, Biro Mahasiswa Angkatan Muda PKR dalam kenyataannya. "Oleh itu alasan menggunakan peraturan tempoh belajar adalah suatu yang tidak adil, pelarian dan helah untuk tidak memberikan Helman hak untuk mendapatkan pendidikan," katanya. Katanya lagi, tindakan Uitm juga mengambarkan sikap mereka yang tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah membebaskan mereka dari tuduhan perhimpunan tanpa permit yang dikenakan kepada mereka. Ini juga membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah suatu yang tidak releven dan bertamadun untuk diteruskan. __________________________________ Discover Yahoo! Stay in touch with email, IM, photo sharing and more. Check it out! http://discover.yahoo.com/stayintouch.html ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/