SASTERA-UTUSAN MALAYSIA

 
 
 
ARKIB : 14/02/2010

                
                







.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}










Menoleh kebangkitan Keranda 152
Oleh  Rozais  Al-Anamy


Sasterawan Negara Datuk Usman Awang telah menghasilkan puisi protes
Keranda 152 pada 1967. Puisi ini membawa satu kebangkitan kalangan
pejuang-pejuang bahasa apabila Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan
yang dibentangkan di Parlimen ketika itu tidak menggambarkan kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Fasal 152 Perlembagaan.

Disebabkan keengganan kerajaan menolak keputusan yang dibuat di
Parlimen, para pejuang bahasa mengadakan perhimpunan besar-besaran di
perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 3 Mac 1967. Tujuannya
untuk melahirkan protes kerana orang politik gagal meletakkan bahasa
Melayu di tempat yang telah tertulis dalam Perlembagaan.

Tragedi bahasa Melayu yang membawa kepada perarakan Keranda 152 ke
Parlimen itu berlaku sepuluh tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.
Dalam usia kemerdekaan yang dianggap masih muda kalangan tokoh politik
Melayu telah lupa tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Kalangan tokoh politik Melayu ketika itu kelihatan tidak ada
semangat untuk memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu, semua ini
terpancar daripada keputusan di Parlimen yang meletakkan bahasa Melayu
di tempat yang tidak sepatutnya sebagai bahasa kebangsaan negara ini.
Kemarahan perjuang bahasa dan rakyat jelata tidak ada agenda politik di
sebaliknya. Mereka berjuang demi bahasa Melayu yang mulai dipijak
selepas sepuluh tahun merdeka.

Malangnya bahasa Melayu. Ini kerana selepas tragedi Keranda 152
empat dekad lalu, bahasa Melayu terus terpinggir dan dipinggirkan oleh
kalangan politik Melayu sendiri. Ketika ini bahasa Melayu hanya pada
nama saja menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Tetapi
segi praktisnya bahasa Melayu berada di tempat tercorot. Bahasa Melayu
tidak diasuh menjadi bahasa perpaduan ketika orang politik sibuk
bercakap tentang perpaduan kaum.

Apakah kita memerlukan perhimpunan Keranda 152 yang kedua untuk
menyedarkan kalangan pembuat dasar supaya bahasa Melayu diletakkan di
tempat yang dimuliakan dalam Perlembagaan? Ketika pejuang bahasa
dianggap kolot dan anti establishment, gerakan memartabatkan bahasa
Melayu tetap diteruskan.

Petikan ucapan bekas Ketua Pengarah DBP, Allahyarham Tun Syed Nasir
Ismail pada perhimpunan Keranda 152 40 tahun lalu wajar menjadi
renungan pembuat dasar. Kata Syed Nasir, "  Saya menangis bukan
kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari
saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa
sekarang ini. Saya terikat."

Kalau ditoleh sejarah silam, bahasa Melayu telah menjadi bahasa bagi
kerajaan Melayu- Islam, bahasa persuratan, bahasa undang-undang dan
menjadi alat pengembangan agama Islam di Nusantara sejak abad ke 13.
Bukan itu saja malah menjadi lingua franca perdagangan dan sosial sejak
ratusan tahun dulu. Kemudian pada 1957 bahasa Melayu termaktub dalam
Perlembagaan.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak pernah berhenti. Hari
ini dan esok Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam), Gabungan Persatuan
Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional (Pena), DBP dan
banyak persatuan penulis serta NGO Melayu lain menganjurkan Hari
Pejuang Bahasa 152. Acara yang akan dijadikan acara tahunan ini
berlangsung hari ini dan esok di Rumah Gapena, Rumah Pena dan Balai
Budaya DBP.

Ketua Satu Kalam, Mohamad Daud Mohamad memberitahu, mulai tahun ini
Hari Pejuang Bahasa 152 akan dijadikan acara tahunan untuk mengingatkan
kembali kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan berusaha
meletakkan bahasa Melayu di tempat yang wajar dalam pembangunan negara
masa kini.

sokongan

Menurutnya, Kalam yang mengepalai Hari Pejuang Bahasa 152 dengan
sokongan banyak persatuan penulis dan NGO Melayu gembira kerana
mendapat sokongan pelbagai pihak untuk menganjurkan acara penting bagi
memperjuangkan bahasa Melayu di negara ini. 

Sokongan itu diharap boleh
memberi isyarat kepada pembuat dasar supaya berhati-hati menggubal
sesuatu dasar yang melibatkan masa depan dan kepentingan bahasa Melayu.
Hari Pejuang Bahasa 152 bermula malam ini dengan majlis tahlil di
Rumah Gapena kemudian diikuti dengan majlis makan malam. Pada pukul 9
malam, diadakan Pengucapan Puisi 152 di Rumah Pena bersebelahan
dengan Rumah Gapena. Difahamkan acara deklamasi puisi ini tidak
menyenaraikan penyair tertentu tetapi terbuka kepada orang ramai untuk
mendeklamasikan puisi bertemakan bahasa Melayu.

Esok pula akan berlangsung perasmian Hari Pejuang Bahasa 152 dan
pelancaran Tabung Pembangunan Kegiatan Bahasa dan Sastera. Acara ini
pada mulanya akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimana pun disebabkan pada
saat akhir Dr. Rais mempunyai urusan di luar negara, Ketua Setiausaha
kementerian itu, Datuk Kamaruddin Sairaf akan mewakili Dr. Rais.

"Esok juga diadakan acara Sumpah Setia Bahasa, ucaptama oleh
Pengerusi Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad serta sesi wacana
Peradaban Bahasa Melayu, " jelas Mohamad Daud. 


Sesi wacana membariskan ahli panel terdiri daripada Prof. Datuk
Abdullah Hassan, Datuk Baharuddin Zainal (Bahasa Zain), Dr. Ridhuan Tee
dan Dr. S. Nathesan Sellapan. Semua acara ini terbuka kepada orang
ramai.


      Selalu bisa chat di profil jaringan, blog, atau situs web pribadi! Yahoo! 
memungkinkan Anda selalu bisa chat melalui Pingbox. Coba! 
http://id..messenger.yahoo.com/pingbox/

Kirim email ke