SASTERA-UTUSAN MALAYSIA

 
 
 
ARKIB : 24/01/2010

                
                







.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}










HSPM jadi acara tahunan
Oleh  Ku Seman Ku Hussain




 Muhyiddin (kanan)
menyampaikan hadiah kepada Said Zahari di majlis Hadiah Sastera Perdana
Malaysia (HSPM) di Kuala Lumpur Isnin lalu. 



Penganjur Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ditegur oleh
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila penerima
hadiah untuk tahun penilaian 2006 dan 2007 disampaikan pada 2010.

Majlis penyampaian hadiah HSPM ke 18 telah diadakan di Hotel Legend
Kuala Lumpur 18 Januari lalu merangkumi penerima hadiah untuk tahun
penilaian 2004 hingga 2007. HSPM dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) mula diperkenalkan pada 1972 yang dikenali sebagai Hadiah
Karya Sastera.

Semasa berucap pada majlis penyampaian HSPM itu, Muhyiddin
melahirkan rasa terkejut kerana HSPM tidak diadakan secara tetap dua
tahun sekali. Majlis penyampaian hadiah sepatutnya diadakan pada 2006
dan 2008 yang lalu..

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta DBP menganjurkan HSPM
setiap tahun dan bukan dua tahun sekali seperti kebiasaannya untuk
mencari lebih banyak karya-karya sastera yang berkualiti tinggi.

Ini bermakna tahun depan dan seterusnya, khalayak sastera mempunyai
satu lagi anugerah dalam kesusasteraan selain Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan (HSKU) yang diadakan setiap tahun sejak 25 tahun lalu.

Penganjur HSPM mesti serius untuk memastikan acara ini diadakan pada
masa yang ditetapkan. Ketiadaan acara pada 2006 dan 2008 memperlihatkan
seolah-olah belanja untuk kegiatan sastera menjadi mangsa penjimatan.

Kesungguhan

Ini memberikan kesan yang buruk sekaligus menambahkan persepsi
masyarakat bahawa kesusasteraan tidak memberi sumbangan dalam
pembangunan negara.. Padahal kerajaan telah lama memperlihatkan
kesungguhan menyemarakkan dunia sastera dan budaya.

HSPM adalah hadiah yang bertaraf nasional dan sekaligus menjadi kayu
pengukur turun naik mutu pengkaryaan di negara ini. DBP mungkin boleh
memberikan jawapan ketiadaan acara pada 2006 dan 2008. Adakah pihak
sekretariat tidak sempat mengumpul karya-karya untuk dinilai atau
sememangnya sengaja tidak diadakan?

Memang benar, apalah ada pada acara penyampaian hadiah. Tambahan
pula khabarnya semua pemenang untuk tahun penilaian 2002 dan 2005 sudah
diberi hadiah. Tetapi hadiah disampaikan menerusi pos. Acara dalam
kesusasteraan juga penting kerana ini mengingatkan masyarakat tentang
hal-hal kesusasteraan.

Format penyertaan seperti yang ada sekarang iaitu sekretariat
mengumpul karya-karya pada tahun penilaian wajar diteruskan. Pada masa
yang sama penulis dan penerbit buku juga digalakkan menghantar
pencalonan untuk mengatasi masalah keciciran karya yang bermutu.

Tetapi sekretariat tidak boleh mengharapkan penyertaan daripada
penulis semata-mata. Sebaliknya melipatgandakan usaha menjejaki
karya-karya untuk dinilai bagi HSPM. Kita tidak mahu ada karya bermutu
yang tercicir kerana penulisnya tidak menghantar pencalonan,
sekretariat pula terlepas pandang.

Sementara itu kategori cerpen untuk tahun penilaian 2006 dan 2007, tiga cerpen 
yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia antara sepuluh cerpen yang dipilih oleh 
panel juri.
Cerpen itu ialah Cinta Puncak Sagarmatha karya Rozais Al-Anamy, Pusaka Cendana 
(Nisah Haron) dan Nilai Cinta Kami (Azizi Haji Abdullah). Cerpen Cinta Puncak 
Sagarmatha dan  Pusaka Cendana pernah memenangi hadiah utama HSKU 2006.
Karya puisi Sasterawan Negara A. Samad Said, Malam Rosiah yang disiarkan dalam 
Mingguan Malaysia 2006 antara sepuluh karya terpilih kategori puisi.

Buku tulisan tokoh wartawan terkemuka, Said Zahari, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: 
Memoir Said Zahari terbitan Utusan Publications & Distributors (UP&D) dipilih 
untuk menerima hadiah kategori buku (autobiografi).


      Lebih Bersih, Lebih Baik, Lebih Cepat - Rasakan Yahoo! Mail baru yang 
Lebih Cepat hari ini! http://id.mail.yahoo.com

Kirim email ke