SASTERA-BERITA HARIAN
Tangisan Padang di Teluk Likas Oleh Fatta Hassan Sankar bhsast...@nstp.com.my PENGARAH DBP Cawangan Sabah, Zubaidi Abas (lima dari kanan) bergambar kenangan dengan penyair yang menjayakan Tangisan Padang di Teluk Likas. Tanda simpati penyair Sabah kepada mangsa gempa bumi Sumatera SETITIK air mata yang tumpah di bumi Padang bagai turut menyentap nurani saudara serumpun di bumi Malaysia sehingga terlaksana Baca Puisi Teluk Likas - Tangisan Padang sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap tragedi di Padang, Sumatera Barat, pada 30 September lalu. Tirai majlis anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; dibuka deklamator Ali Amat Anas yang membacakan puisi, Suatu Padang karya Ready Susanto, penyair dari Bandung yang dikirimkan kepada khusus untuk acara terbabit. "dan tibalah jua aku di suatu padang, reruntuh gedung dan ribuan orang berpulang menjumpaimu, suatu pertemuan belum terlunaskan. "ah, kakak sayang, maafkan, maafkan petang ini dijemputnya aku untuk satu janji yang tak dapat lagi dibatalkan. Deklamator yang sudah lama tidak beraksi di pentas puisi, Basyiroh Abd Mukti, juga seorang peguam, tampil dengan Tangisan Padang karya Hasyuda Abadi, mengajak khalayak untuk segera insaf betapa pentingnya hubungan ukhuwah sesama manusia apalagi jika bersaudara. saudara-saudaraku yang lain yang telah hilang dan merasa kehilangan musibah ini menyentuh kalbu mendekam rasa sayu, sedih dan pilu. hulur seluhur simpati dan doa yang panjang bumi bergetar itu hikmah keinsafan dan tangisan yang membelah padang menyatu patuh tiadakan goyah takwa tiang yakin telah didirikan berzaman semakin ampuh menerima ketentuan di sana tangisan kudengar/dari padang kesengsaraan ujian Tuhan terjemahan yang memancar piala keimanan. Pensyarah Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Fuad Bebit, selaku hos tampil dengan puisi, Pandang-Pandang di Padang dan menyampaikan dengan penuh dramatik ujian getir yang terpaksa dihadapi penduduk tujuh perkampungan di Padang. penonton seolah-olah melihat padang bergegar tiang bergoyang tiangnya hilang pohonnya tumbang terumbang ambing mencari imbang tersasar terdampar tak sedar dalam runtuhan celah-celah akar besar tercalar terlantar di balik kamar tertiarap terhempap di tengah padang padang hilang tak sempat dipandang. Ketua Satu IPS, Mohd Jasni Yakub, membawa segala keresahan mangsa gempa bumi ketika beraksi di pentas dengan puisi, Jeritan Kota Padang, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Mohamad Arifin Arif, lewat Sepadang Tangis mengajak semua segera insaf di samping bertawakal dengan bencana yang menimpa. reda takkan hakis tabah yang menitis dari hujung qadar menetas kasih di pucuk tawakal. sepadang tangis esak syahdu bertebar sepetang uji al Akbar sepadang hikmah iktibar. Pegawai Perancang Bahasa DBP Sabah, Abdul Nassir Said, beraksi di pentas puisi dengan Kembali Sujud, Salmah Matius (Wajah di Cermin karya Hasyuda Abad), Muhammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Congo (Tsunami Bukan Hanya Nama). Penyanyi lagu puisi tersohor Sabah, Aloy, mengalunkan lagu popular Ebiet G Ade, Berita Kepada Kawan secara acapella pada majlis yang turut dihadiri, Pengerusi Institut Penilaian Sastera Sabah (INPES) yang juga Ahli Kehormat IPS, Janathan Kandok dan Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas. Majlis Baca Puisi Teluk Likas - Tangisan Padang yang berjaya mengubat kerinduan peminat sastera di Sabah turut dimeriahkan dengan aksi baca puisi oleh Ismaily Bungsu, Nandrayanatirow, Hasyuda Abadi (Sukor Usin), Muhammad Salleh, Alipah Jambuan, Eyna Juning, Salmah Matius dan Yusuf Nur. "Coba Yahoo! Mail baru yang LEBIH CEPAT. Rasakan bedanya sekarang! http://id.mail.yahoo.com"