Wednesday, March 17, 2010 
RAJA  THAI RAMA III BERDARAH MELAYU? 
J

ika Perdana Menteri pertama  Malaysia Yang Amat Mulia Tun Abdul Rahman Putra al 
Haj berdarah Siam  melalui ibunya Che Manjalara dari keluarga bangsawan Siam, 
begitu  jugalah sebaliknya Raja Rama III raja Thai dari Dinasti Chakri.Namun  
baginda bukan Islam tetapi penganut Buddha yang taat. Apa yang pasti  ibunya 
datang dari keluarga bangsawan Islam dari Selatan Thai atau  mungkin juga 
sebelah Kelantan atau Patanni. Wallahua alam.

Raja Rama III atau nama asalnya  Putera Jessadabonindra merupakan putera kepada 
Raja Buddha Loetla  Nabhalai dengan seorang gadis Melayu bernama Chao Chom 
Manda 
Riam atau  nama asalnya Maryam. Dilahirkan pada 31 Mac 1787 dan mangkat pada 2  
April 1851. Baginda merupakan pemerintah Thai dari Dinasti Chakri yang  ke 3.




Setelah ditabalkan sebagai Raja  Thai baginda menggunakan nama PHRA BAT SOMDET 
PHRA PORAMINTHAMAHA   JESSADABONINDRA PHRA NANGKLAO CHAO YU HUA. Manakala 
ibunya 
pula Maryam  menggunakan gelaran KROM SOMDET PHRA SRI SULALAI.

Semasa pemerintahan baginda juga  kerajaan Kedah melakukan pemberontakan pada 
1837 iaitu semasa  perkabungan kemangkatan Maryam. Baginda telah menghantar 
Panglima Tat  Bunag untuk mendamaikan Kedah. Untuk makluman Tat Bunag datang 
dari  keluarga bangsawan Bunag iaitu keturunan Islam Parsi bermazhab Syiah  
yang 
telah murtad dan memeluk agama Buddha.Moyang Keluarga Bunag ialah  Syeikh Ahmad 
dan Muhammad Said dari Safavid, Parsi.




Posted by EDDY DY  at 5:32 PM  0 comments         Links  to this post  
Labels: Sejarah Budaya Tamadun Melayu  

Kirim email ke