Friday, March 19, 2010
PUSAT TAMADUN TERTUA ASIA TENGGARA DITEMUI DI MALAYSIA. 
Jikasebelum ini ditemui bukti-bukti bahawa Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang 
lebih tua dari jangkaan sebelumnya iaitu sekitar abad ke 3 Masihi (Tahun 
200-299) mendahului usia Kerajaan Kutai di Indonesia, baru-baru ini ditemui 
bukti-bukti bahawa Kerajaan Kedah Tua telah wujud sekitar 110 Masihi (tamadun 
Sungai Batu) atau abad 1 Masihi.
 
 
Candi Kampung Pangkalan Bujang.
 
 
Candi Pendiat.
 
 
Candi Batu Pahat.
 
 
Candi Bendang Dalam.
 
 
Candi Pangkalan Bujang.
 
 
Candi Sungai Batu.
 
Gambar-gambar di atas merupakan runtuhan beberapa buah candi-candi purba di 
Lembah Bujang.Berdasarkan kajian, candi-candi di Malaysia ini mempunyai 
pengaruh 
tempatan iaitu campuran binaan bata dan kayu. Di bawah merupakan contoh 
miniature candi-candi di Lembah Bujang.
 
 
 
----------------------------
 
TAMADUN 110 MASIHI.
 
 
Bukti terbaharu pusat tamadun berusia 1,900 tahun.
 
Penemuan sebuah pusat memproses batu bata dan besi serta jeti-jeti purba di 
Sungai Batu tidak jauh dari Lembah Bujang membuka satu lembaran baharu dalam 
sejarah peradaban Malaysia.Jika sebelum ini hanya candi-candi yang ditemui, 
tapak arkeologi Sungai Batu pula menemui dua jeti, dua relau peleburan besi 
purba, pusat pembuatan batu bata dan 87 tapak masih dalam proses penggalian.
 
Turut di temui ialah 10 000 buah alat peniup haba, tembikar-tembikar lama, dan 
prasasti yang berbentuk syair dan mantera dalam tulisan Sanskrit - Palava.

Kirim email ke