RENCANA-BERITA HARIAN




    Pakatan  tidak mampu jadi alternatif kepada BN
    Oleh Haspaizi Mohd Zain




    
                       
    SEBAIK
Pas selesai membuat keputusan terhadap dua pemimpinnya iaitu
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Ali dan Ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Samad kerana melanggar disiplin parti, Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan DAP pula tampak semakin bergolak apabila pemimpin
mereka semakin sibuk mengkritik kepemimpinan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng.


 Bagaikan tidak menghormati resolusi persepakatan yang
dimeterai pada Konvensyen Pakatan Pembangkang akhir tahun lalu,
pemimpin PKR tidak mengendahkan arahan pucuk pimpinan apabila terus
mengkritik sesama sendiri. Walaupun, PKR semakin bergolak dengan
perbalahan sesama sendiri, ia tidak menarik minat Umno atau Barisan
Nasional (BN) untuk menghentam mereka.


 Umno dan BN sebaliknya terus berusaha menumpukan kepada
langkah memenangi hati rakyat. Berbanding pembangkang, selepas pelbagai
janji ditabur pada kempen pilihan raya umum lalu, kini mereka semakin
sibuk berpolitik sehinggakan lupa akan amanah diberikan rakyat. 
        





    



innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";

innity_country = "MY";innity_path = "/200912_2140/9202/";innity_proxy = 
"proxy_12481";innity_ord = "ord=[timestamp]";function 
ebStdBanner0_DoFSCommand(command,args){try{command = 
command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") 
|| 
(command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[0].handleInteraction();}catch(e){}}function
 ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}






    

    
Bermula dengan tindakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli
Nordin, membuat laporan polis terhadap Khalid yang didakwa
memperlekehkan enakmen agama Islam, kemelut pembangkang kian ketara
apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dengan
terbuka mengkritik Guan Eng, diikuti rakannya yang juga Ahli Parlimen
Nibong Tebal, Tan Tee Beng.


 Namun bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md
Arip, menyifatkan konflik yang berlaku dalam PKR dan DAP adalah
sandiwara murahan dicipta pembangkang bagi mengalihkan tumpuan rakyat
terhadap perbicaraan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.


 Beliau berkata, tuduhan pemimpin parti itu bahawa Guan Eng
adalah diktator, cauvinis dan berfikiran komunis adalah perkara lama,
kerana sememangnya mereka sudah tahu serta arif dengan pendirian DAP.
Malah katanya, sudah terlewat bagi pemimpin PKR untuk menjadi wira
Melayu, selepas nasib peniaga Melayu di Pulau Pinang terhimpit dan
ditindas kerajaan negeri. 


  
  
    function ebStdBanner1_DoFSCommand(command,args){try{command = 
command.replace(/FSCommand:/ig,"");if((command.toLowerCase()=="ebinteraction") 
|| 
(command.toLowerCase()=="ebclickthrough"))gEbStdBanners[1].handleInteraction();}catch(e){}}function
 ebIsFlashExtInterfaceExist(){return true;}











    
                        

    
"Kalau Zahrain cakap Guan Eng sebagai komunis, ini sebenarnya perkara
lama. Sebaiknya kita usah terpengaruh dengan kemelut yang berlaku dalam
pakatan pembangkang, kerana itu semua adalah sandiwara ciptaan mereka
sendiri yang akhirnya Anwar akan kata semua masalah itu dapat
diselesaikan," katanya.


 Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad
Zarkashi, berkata tindakan Anwar mengheret Ahli Parlimennya yang
'celupar' ke Lembaga Disiplin adalah untuk mempertahankan rakan
kongsinya dalam pakatan daripada menyiasat punca tidak puas hati anak
buahnya. Manakah yang lebih penting, iaitu mempertahankan rakan kongsi
atau menyiasat sejauh manakah kebenaran isu yang menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan wakil rakyat terbabit. 

 "Anwar sudah tentu tidak sanggup dan tidak berani
memperjudikan masa depan pakatan pembangkang. Ini akan menghancurkan
kredibilitinya sebagai pemim-pin pembangkang. Dia akan dilihat sebagai
terlalu lemah untuk merealisasikan kewujudan pakatan pembangkang. 

 "Apatah lagi mereka baru saja selesai mengadakan konvensyen
pakatan pembangkang dengan pelbagai resolusi dan janji yang
indah-indah. Paling ketara, Anwar pasti tidak mahu memperjudikan
impiannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.


    
                        

    
Kegagalan merealisasikan kewujudan Pakatan Rakyat bermakna Anwar
semakin jauh daripada mimpi besarnya itu. Oleh itu baginya, mengambil
tindakan disiplin adalah jalan selamat berbanding tindakan menyiasat
isu rasa tidak puas hati yang dibangkitkan. 

 Tetapi hakikatnya kredibiliti Anwar dan PKR yang mahu
menjadi parti yang demokratik dan mempertahankan kepentingan rakyat
sudah semakin dipersoalkan. 

 Bagi Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, pakatan pembangkang
tidak mampu menjadi parti alternatif kepada BN serta gagal menunaikan
apa yang dijanjikannya.


 Katanya, belum sampai satu penggal pembangkang memenangi
beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu, pelbagai kemelut mula
timbul dan sememangnya menghakis kepercayaan rakyat.


 "Saya fikir dalam pakatan pembangkang kini mempunyai krisis
kepercayaan dalam parti dan antara parti. Dalam keadaan pakatan
pembangkang menjadi alternatif kepada BN, namun nampaknya mereka tidak
berjaya.


 "Apa yang pasti pengundi akan membuat penilaian terhadap apa
yang berlaku kini, mereka akan menilai sikap parti pembangkang dan ini
akan memberi kesan kepada pembangkang," katanya.


 Malah katanya, kemelut yang dihadapi ketua pembangkang kini
juga akan memberi kesan kepada pembangkang dan sekiranya Anwar didapati
bersalah, maka pembangkang juga bakal tumbang.


 Apa pun, kini adalah masa terbaik untuk rakyat menilai akan
kemampuan sebenar pakatan pembangkang. Pada masa sama, ia juga mungkin
menyediakan ruang untuk Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan
itu yang tentu akan punah dari segi moral jika mahkamah mendapati Anwar
bersalah.







innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";

















      Yahoo! Mail Kini Lebih Cepat dan Lebih Bersih.. Rasakan bedanya sekarang! 
http://id.mail.yahoo.com

Kirim email ke