SASTERA-BERITA HARIAN
                       



    Godam: 'Maaf mas dan mbak, semua saling meminjam!'
    Bersama Salbiah Ani
dah...@nstp.com.my



    
                       
    GODAM
minggu lalu, Antara kemanusiaan, kesombongan dan harga diri! mendapat
reaksi daripada orang kuat Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena),
Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Ibrahim Ghafar.


Kiriman SMSnya berbunyi: “Salam puan Salbiah. Terima kasih
Godam hari ini. Sebagai penulis rasa diwakili. Meluah rasa resah di
hati. Penulis kita tak pernah dihargai, malahan dihina dan disakiti;
maruah dan emosi. Kita di tempat mereka dilayan sepi, mereka minta
istimewa di sini.”


Disusuli dengan puisi spontan beliau: “Padang; ketika 7.6
skala ritcher melanda/ bergegar bumimu barat Sumatera/ takdir mengambus
konfrontasi di Jakarta/ padamkah marah mereka ganyang Malaysia/ yang
maraknya tumpah di laut rasa/ sedang sebenarnya kita jiran tetangga/
cubit paha kiri, kanan turut terasa/.

        





    

innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








    

    Isu
Antara kemanusiaan, kesombongan dan harga diri! yang disinggung dalam
Godam minggu lalu, turut mengundang pembongkaran maklumat tidak masuk
akal dan pasti menambah parah ‘luka’ rakyat Malaysia dengan
tindak-tanduk warga serumpun itu.


“Jika difikirkan memang tidak masuk akal, tetapi inilah yang
terjadi. Pesawat Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan ke
Padang, Indonesia, hendak dikenakan cukai 300 peratus untuk membeli
minyak.


“Akhirnya minyak diterbangkan dari Kuala Lumpur dan kadar yang
sama hendak dikenakan atas sewaan kereta pacuan empat roda (MPV)
penghantar bantuan, lalu sebuah MPV diterbangkan khas dari Malaysia,”
demikian pengakuan seorang doktor perubatan kepada penulis.

  

    
                        

    Pendedahan
ini menunjukkan betapa pengorbanan kemanusiaan oleh Malaysia sama
sekali tidak menyentuh nubari sesetengah rakyat negara jiran itu,
tetapi bantuan dari negara ini tetap mencurah seperti air sungai yang
mengalir ke laut, tanpa henti.


Seorang teman diskusi pula melihat kegilaan mempaten budaya
menjadi punca masalah kekeruhan hubungan budaya antara Indonesia
Malaysia dan perkara ini mendapat perhatian ekoran tumpuan yang
diberikan media massa di negara jiran itu berhubung perkara terbabit.


“Media Indonesia memberi tumpuan kepada perkara sedemikian,
tetapi tidak media di Malaysia. Sedikit pencerobohan menyebabkan
ledakan reaksi. Media Malaysia masih dikuasai orang politik atau rela
hati dilihat rapat dengan tokoh atau parti tertentu,” jelas teman ini
dalam nada sinis.


Kebenaran dakwaan kegilaan mempaten budaya oleh negara jiran
itu antaranya dapat dilihat melalui usaha mereka mendapatkan
pengiktirafan dunia bahawa batik adalah warisan mereka dan langkah
serupa turut diambil sebuah lagi negara republik yang berjiran dengan
Malaysia.


    
                        

    Ketika
Singapura mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa roti prata (roti
canai) dan nasi lemak adalah milik mereka, tetapi Malaysia tidak
menunjukkan kecenderungan ke arah mengangkat makanan mahupun budaya
sebagai sebahagian daripada pengenalan jati diri negara. 

“Kita berusaha ‘menjual’ sukan sebagai cap dagang negara ini,
sedangkan perkara terbabit mengalami pasang surut seperti pernah
dilalui arena bola sepak, hoki dan badminton negara, seolah-olah lupa
aspek makanan mahupun budaya boleh mengangkat Malaysia di mata dunia,”
jelas seorang lagi teman.


Suatu hakikat yang sering dilupakan kelompok yang suka mencari
silap negara jiran itu ialah ketiadaan sempadan politik dan geografi di
Alam Melayu suatu ketika dulu, malahan ada bahagian tertentu di Siam
juga sebahagian daripada wilayah rantau sebelah sini.


Hakikat Alam Melayu satu wilayah dengan hujah Teori
Pengunduran Glaseir bahawa sesetengah rupa bumi tenggelam ekoran
pencairan bongkah ais hingga mengakibatkan kenaikan paras air laut dan
kini perkara serupa berlaku disebabkan fenomena pemanasan global.


“Pada zaman itulah juga berlaku banjir besar pada zaman Noh
seperti dikisahkan dalam al-Quran, malahan Injil sehingga nabi itu
ditertawakan oleh kumpulan yang menentangnya kerana menyediakan kapal
besar di atas darat sebagai persediaan bencana menimpa,” ujarnya.


Kelompok Sapu Malaysia @ Ganyang Malaysia sengaja meremehkan
hakikat berlakunya migrasi penduduk secara semula jadi dan dalam bentuk
paksaan ketika kuasa besar menjajah, menyebabkan terjadi perkongsian
budaya secara tidak sengaja antara negara berjiran mahupun jauh
terpisah.


Jika Indonesia mahu mendakwa bahasa wayang kulit milik mereka
umpamanya, ia sama seperti menafikan bahawa ia juga adalah pinjaman
daripada India kerana kisahnya berdasarkan kitab Mahabratta dan
Ramayana ketika Islam belum berkembang di rantau sebelah sini.


Mereka hanya memberi sentuhan Indonesia dalam kisah yang
disampaikan dengan watak utama daripada kedua-dua epik utama terbabit
untuk persembahan wayang purwo dan wayang golek; meminjam kisah benua
yang jauh terpisah itu dan apakah ini masih gagal mencelik akal budi
mereka!







innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";











        
    
C


      Wajib militer di Indonesia? Temukan jawabannya di Yahoo! Answers! 
http://id.answers.yahoo.com

Kirim email ke