SASTERA-Utusan Malaysia

 
 
 
ARKIB : 09/04/2010

                
                







.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}










Tamadun 1900 tahun di Merbuk
Oleh OPAT RATTANACHOT 
uspet...@utusan.com.my




Naib Canselor USM, Prof.
Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (berbaju biru-dua dari kiri) melihat
tapak penggalian sambil diberi penerangan oleh kakitangannya berkaitan
penemuan dua tapak tinggalan sejarah di Sungai Batu,Lembah Bujang
Merbok. 



LEMBAH Bujang merangkumi keluasan kira-kira 300 kilometer persegi
bermula dari Gunung Jerai di daerah Kuala Muda, Kedah hingga
menyeberangi Sungai Muda memasuki kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Ia merupakan kawasan peradaban tertua di Asia Tenggara dengan mula
dikenal pasti berdasarkan penemuan lebih 20 candi oleh Kapten James Low
pada tahun 1840. 


Ekskavasi yang dijalankan sebelum ini juga mendapati kawasan tersebut merupakan 
sebuah pelabuhan utama di Asia Tenggara. 


Penemuan candi-candi lama dan artifak yang dikatakan bertarikh abad
ke-6 hingga 12 Masehi turut menjurus kepada pelbagai kisah peradaban.
Namun begitu, ia tidak dapat dibuktikan kesahihan berikutan tarikh
yang diberikan hanyalah anggaran dan mempunyai banyak kelemahan.

Keadaan tersebut mendorong kepada masalah kekurangan pengetahuan tentang 
kewujudan tamadun awal di negara ini. 


Menyedari hakikat berkenaan, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah
merancang pelan penyelidikan lengkap untuk mencari tapak baru dan
meminta bantuan pakar arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan kajian menyeluruh
di Lembah Bujang. 


Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi USM berjaya menemui sebuah
pusat tamadun yang dilengkapi monumen dan batu bersurat berusia lebih
1,900 tahun di Sungai Batu, Merbok. 


Lebih menakjubkan, misi penyelidikan yang diketuai Pengarah Pusat
Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar
Saidin itu membuktikan adanya kehidupan sebuah komuniti manusia
prasejarah yang serba lengkap dengan konsep keagamaan, sosioekonomi dan
perdagangan. 


Penyelidikan di kawasan seluas tiga kilometer persegi di sebuah
ladang sawit di tepi Jalan Lencongan Merbok itu turut meletakkan ia
sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara. Ia mengatasi
Angkor Wat di Kemboja yang wujud sekitar abad ke-12 Masihi dan
Borobodur, Indonesia (abad ke-9 Masihi).

Menurut Mokhtar, penyelidikan itu bermula pada tahun 2007 apabila
pihaknya yang diberikan tanggungjawab oleh JWN menemui sebuah tapak
baru berdekatan Sungai Batu Besi melalui kaedah pemetaan awal.

Katanya, para penyelidik mengesan 30 bukit kecil atau dalam bahasa
saintifik dikenali sebagai 'mound' di kawasan itu yang dijangka
mempunyai pelbagai fungsi seperti kediaman dan pemerintahan.

Bertitik tolak dari situlah, proses ekskavasi dimulakan pada 1
Februari 2009 melibatkan kira-kira 70 orang staf PPPAG, penuntut
jurusan arkeologi USM dan kakitangan Muzium Arkeologi Lembah Bujang
serta penduduk setempat.

Hasil pertemuan itu kemudiannya didedahkan kepada pengetahuan umum
pada 4 Mac 2009. Pada ketika itu, para penyelidik berjaya menjumpai dua
artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi sekitar abad
ke-3 Masihi.

Misi penyelidikan tersebut diteruskan para dengan bantuan beberapa
tokoh akademik seperti Profesor Sam Teng Wah (pakar kimia); Profesor
Ruslan Rainis (pakar data sistem maklumat geografi); Profesor Madya Dr.
Nawawi Nordin (pakar data geofizik); Profesor Madya Dr. Wan Fauzy
(pakar penggambaran) dan Profesor Madya A. Rahman (pakar data seni
kreatif) serta beberapa penuntut peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Tidak lama selepas itu, ia berjaya menghasilkan perkembangan positif
dengan penemuan satu kompleks baru berserta 90 tapak di kawasan
berkeluasan 3 kilometer persegi itu.
Mokhtar memberitahu, kompleks dan monumen tersebut disifatkan
penting kerana ia merupakan kunci untuk membuka sejarah tamadun awal
negara.

"Kajian saintifik ke atas 10 tapak telah berjaya menonjolkan
Malaysia sebagai kawasan tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara,"
katanya.

Bukti-bukti lain seperti tapak peleburan besi, dewan, bangunan,
upacara amal, batu bata, atap genting, tembikar dan lain-lain telah
memberikan interpretasi jelas tentang kefahaman sejarah warisan lebih
menyeluruh.
Lebih penting lagi, satu batu bersurat yang ditemui turut mengukuhkan lagi 
bukti kewujudan tamadun tersebut.

Batu bersurat terbabit ditulis dalam bahasa Sanskrit Pallava yang
berkisar kepada kepercayaan Buddha, animisme dan fahaman spiritual
masyarakat purba di Sungai Batu. 
Ekoran penemuan berkenaan juga, para penyelidik telah mendapatkan
pengesahan pentarikhan di beberapa makmal termasuklah di Beta Analytic
Lab di Amerika Syarikat, University Oxford, University of Washington
dan Korea Basic Science Institute di Korea menerusi kaedah 'Radio
Carbon' dan OSL (Optically Stimulated Luminescence).
"Hasil yang diperoleh menunjukkan tarikh sah bahan sejarah tersebut ialah pada 
tahun 110 Masehi," kata Mokhtar.

Ketika ditanya tentang pemilihan lokasi Sungai Batu sebagai pusat
tamadun oleh masyarakat purba, beliau memberitahu, data geofizik
menunjukkan kawasan tersebut mempunyai jarak kira-kira dua kilometer
dari sungai dan paya bakau.

"Ini bermakna, besar kemungkinan kawasan sekitar Sungai Merbok yang
sekarang jaraknya kira-kira lima kilometer dari pusat tamadun,
dahulunya adalah lautan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, penyelidikan kawasan tersebut perlu
diteruskan memandangkan ia berpotensi untuk memberikan kepelbagaian
bukti lain yang dapat mengukuhkan kajian ketamadunan negara.

"Ia sangat penting untuk membolehkan kita menonjolkan Malaysia
sebagai negara yang mempunyai kedudukan penting dalam Asia Tenggara
sejak dahulu kala lagi," tegasnya.


  



addthis_pub             = 'UtusanOnline'; 
addthis_logo            = 
'http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif';
addthis_logo_background = 'EFEFFF';
addthis_logo_color      = '666699';
addthis_brand           = 'Utusan Online';
addthis_options         = 'favorites, email, digg, delicious, myspace, 
facebook, google, live, more';



__________________________________________________
Apakah Anda Yahoo!?
Lelah menerima spam?  Surat Yahoo! memiliki perlindungan terbaik terhadap spam  
http://id.mail.yahoo.com 

Kirim email ke