Gastrik punca pedih ulu hati

Klik disini untuk maklumat lanjut : http://www.biovco.com

SESEORANG yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut 
‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. 

Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat 
malam atau awal pagi. 

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi 
berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk 
berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati 
menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti 
susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian 
atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang 
dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair. 

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di 
dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, 
‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. 

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada 
pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, 
yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid. 

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik 
termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut 
sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam 
nyawa. 

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi 
mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Klik disini untuk maklumat lanjut : http://www.biovco.com

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

TESTIMONI PENGGUNA : GASTRIK

Setiap kali datang bulan Ramadhan saya mula risaukan gastrik yang saya alami 
selama ini. Apabila sakit gastrik menyerang mengakibatkan saya tidak dapat 
berjalan. Saya mengambil Produk BioVCO selama seminggu sebelum berpuasa. Kini 
apabila tiba bulan Ramadhan, saya tidak perlu risau lagi kerana yakin dengan 
kemampuan produk BioVCO membantu meyembuhkan penyakit Gastrik.

Fatimah Sitam
53 Tahun
Pontian Johor

Sihat tanpa ubat, rawatan melalui pemakanan semulajadi : http://www.biovco.com
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
  

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke