MAKLUMAT PENTING UNTUK  IBU HAMIL DAN SUAMI


-------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
-------------------------------------

Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:


1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.

Tanda-tanda:


- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa

- Oedema (bengkak)

- Air kencing mengandungi albumin.

- Pertambahan berat badan yang berlebihan.



Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah
sawan (Eclampsia)

Tanda-tanda "Impending Eclampsia" (akan mendapat sawan):

- Loya-loya/muntah

- Sakit sudu hati (epigastric pain)

- Penglihatan menjadi kabur

- Pening kepala yang berterusan



2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes)


Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:

- Air kencing mengandungi gula

- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes

- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes

- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu

- Obes (berat badan lebih dari 80kg)

- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati
di dalam perut/lahir mati.

- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)

- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.



3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung


iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras
haemoglobin kurang dari 10gm%.

Tanda-tanda:

- Pucat

- Letih



4. Pendarahan semasa mengandung


Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:

- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)

- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara
perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah
tinggi/terjatuh/tercedera.

- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj


-------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
-------------------------------------


Tanda-tanda:


- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan
tiba-tiba.

- Pucat dan letih

- Sakit perut yang berterusan



Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan
nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan
meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.



5. Jangkitan


a) Salur kencing



Tanda-tanda:


- sakit semasa kencing

- demam

- sakit dibahagian ari-ari



b) Kemaluan


Tanda-tanda:

- Gatal dikemaluan

- Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk



6. Penyakit perubatan, termasuk Leiah (asthma), Penyakit Jantung,
Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.


Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan
penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling
(Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum
merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau
sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segata arahan yang
diberikan oleh doktor yang merawatnya.



7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.

Tanda-tanda:

- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500
ml).

- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.

- Tekanan darah menjadi rendah

- Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika
pendarahan berterusan.


-------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
-------------------------------------





[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke