----- Forwarded Message ----
From: Sham Norris <norris_s...@yahoo.com>
To: kenalan-ab...@yahoogroups.com
Sent: Thursday, July 23, 2009 12:31:50 AM
Subject: Re: [KENALAN] Fw: INDUSTRI GERAGAU..baca !!!


LAIN KALI BELI UDANG NI KAT KELANTAN,BYK KAT TUMPAT,SEPANJANG PANTAI 
GETING...100% HASIL KERJA ORANG MELAYU ISLAM KITA..INSYA ALLAH TERJAMIN HALAL
 
Norisham Md Nawi
Pemandu Pelancong Berlesen 
B.Inggeris / B.Melayu (TG9156)
H/P : 017-9787001
 


--- On Wed, 22/7/09, Yusri Yusof <yusry_m...@yahoo.com> wrote:


>From: Yusri Yusof <yusry_m...@yahoo.com>
>Subject: [KENALAN] Fw: INDUSTRI GERAGAU..baca !!!
>To: amin_yah2...@yahoo.com.my, amin_yah2...@yahoo.com, amirol_ha...@yahoo.com, 
>kenalan-ab...@yahoogroups.com, "ard bangi" <izhar_bi...@yahoo.com.my>, "mohd 
>razib abd rahim" <proto2t...@yahoo.com>, "fairuz hussin" 
><budak_ba...@yahoo.com>, "ponex nca5512" <fadly820...@yahoo.com>, "ronny 
>joffry" <cny3...@yahoo.com>
>Date: Wednesday, 22 July, 2009, 1:59 AM
>
>
> >
>
>
>
>
>----- Mesej Dikirim Lanjut ----
>Daripada: Afizah Abd Rahim <afizah...@yahoo.com>
>Kepada: Kak Jemm <jamilaha...@pecd.com.my>; kak mot <aziemah_ta...@yahoo.com>; 
>kak dila mfg <iha_a...@yahoo.com>; kak Liza IBMS <norhalizam...@yahoo.com>; 
>lehe ha leha <zale0...@yahoo.com>; lela majnun <ach_il...@yahoo.com>; Iza HR 
><ieza_...@yahoo.com>; fazi...@ingresscorp.com.my; yusry_m...@yahoo.com; Yani 
>Hr Training <nur_irya...@yahoo.com>
>Dihantar: Selasa, 21 Julai, 2009 9:51:40
>Subjek: INDUSTRI GERAGAU..baca !!!
>
>
>
>  
>KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU 
>Posted in bebas by Rudy 
>http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/ 
>Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua 
>Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. 
>InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang 
>menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. 
>Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup. 
>Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan 
>rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang 
>menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada 
>sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah 
>bagi mee. 
>Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas 
>tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini 
>yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil 
>pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang 
>yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi 
>mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas. 
>Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan 
>udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, 
>pakaian pekerja berkenaan. 
>Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh 
>bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut. 
>Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak 
>tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan? 
>Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor 
>anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut. 
>Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala 
>pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau. 
>Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama 
>dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak 
>geragau yang sedang dijemur tersebut. 
>Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus 
>menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan….. 
>Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah 
>kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa 
>sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu 
>makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita 
>gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat 
>perkara syubhah seperti ini. Aduhai! 
>
>
>________________________________
 Nama E-mel baru untuk anda! 
>Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
>yang baru.
>Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! 
________________________________
 New Email names for you!  
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke