________________________________

________________________________
$$URUSNIAGA FOREX SECARA MUDAH$$

$$JANA WANG DARI SEMUA UNIT AMANAH MALAYSIA -TERJAMIN$$
________________________________

________________________________




----- Forwarded Message ----
From: Rushovian Md Zin <rushov...@yahoo.com.my>
To: rushcapsulec...@yahoo.com
Sent: Fri, April 2, 2010 7:56:02 PM
Subject: Fw: RG09... Sedikit renungan






----- Forwarded Message ----
From: 

 
From:respeks_gr...@yahoogroups.com
[mailto:respeks_gr...@yahoogroups.com] On Behalf Of am...@daxontech.com
Sent: Monday, 29 March, 2010 8:36 AM
To: mahli...@yahoogroups.com
Cc: respeks_gr...@yahoogroups.com
Subject: RG09... Sedikit renungan
 
  
Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka
sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena
keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr
seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi
hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku',
jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan
menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah,
doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8
adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3
tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya.
Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam
kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung,
beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di
universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg
lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang
tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu
tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri
yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan
dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya
susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang
hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2
halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan
Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar,
malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya,
setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama
tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan
sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah
dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu',
beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika
itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai
saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan
sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya
dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message'
pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak.
Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada
apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn
tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam
keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan
dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya 
SubhanaLlah..indah
sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik
sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat
wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu
sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana
Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih
dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas
mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi"
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar
suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh
alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh
kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya
Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini,
dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab
utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di
hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika
itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar
buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan
Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian
melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi
menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat
Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan
pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun
kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan
ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu
kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini?
wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi
oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan
pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat
tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda.
Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn
kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya.
Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat
kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk
di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada
dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit
berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian
yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih
menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk
kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau
merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh
tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis
dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak
menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg
Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg
biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah,
apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat
dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg
berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
"Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu.
Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr
memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri,
Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil
orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg
kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2
malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak
mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami
hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari
dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami)
denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya
kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang
siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan
di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya
dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang
sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu
itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn
tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn
sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat
orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi
meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk.
Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian
sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah
beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit
ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis.
Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru',
beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh
sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas
nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat
Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau
boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah
Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas
muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang
sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar
adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan ,
mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.
Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek
kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia
berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah
pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari
hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya..
Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para
sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah
melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya
oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui
ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw,
"bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu
semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku
tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan
mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya
Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah
dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat
nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran
kisah ini.
 
 
 
 
 

DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is 
intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain 
confidential information.  You are hereby notified that the taking of any 
action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, 
distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone 
other than the intended recipient(s) is strictly prohibited.  If you have 
received this Message in error, you should delete this Message immediately and 
advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information 
in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its 
Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by 
PETRONAS or any of the companies within the Group. 
________________________________
 Open emails faster. 
Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 
optimized for Yahoo!.Get it here! (It's free)


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke