ANAK PADERI PELUK ISLAM    ﷲﺍïº"ﻤﺤﺭﻮ
ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...
Sahabat semua terutama sahabat saya di dalam RINGO...... Bacalah dan
Renungkanlah....   Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)   Nama
saya Farhan Bin Abdullah.  Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis.  Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu
kawasan di Sabah.     Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang
paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami
mendapat sokongan penuh negeri!  Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.  Pihak gereja
selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!   Berbagai aturcara
dibuat untuk membantu orang kampong.  Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya
masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami
bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,
pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan
intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang
dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan.  Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam
yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan  agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya
kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.    Pada suatu hari sewaktu
tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar
saya(saya panggil cikgu).  "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya
rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu
bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
   Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-  - Mengapa orang Islam sembah
Kaabah  -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian
dan Islam adalah agama langit.  -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan
turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan
bukannya Nabi Muhammad.  -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang
Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.  Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
   Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
   Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke
rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.  Seorang
berjubah hitam membawa salib.  Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi.  Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat
pilihan.       Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik
saya mengikuti
mereka.  Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang
saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,
"mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz
itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah.  Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz
sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis
kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur.  Secara kebetulan rakan
saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.  Alhamdulillah!
Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.  Kemudian saya bekerja dengan
Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,
Melaka dan Pahang.    Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih
kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. 
Saya rasa tiada keiklasan.  Biarlah saya jadi pendakwah bebas.    Saya
ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya
mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan
Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya.  Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya.  Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya
sayang adik beradik saya.  Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan
akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang
sesuai menerangkan tentang Islam.  7 tahun saya telefon.  7 tahun saya
hantar surat dan buku-buku.  saya menangis kerana rindukan ayah, emak
dan adik beradik.  Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.  Saya menangis dan
menangis.  Saya ambil wuduk dan sujud syukur.  Air mata saya menjadi
terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya
bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya.  Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah.  Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul.  Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita  ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.  Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya?  Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan.  Inilah sikap umat Islam.    Saya pernah berdialog
dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. 
Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun
jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah.......Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana
saya tahu Apa itu Islam!!!  Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu.  Saya berdialog
tentang Islam.  Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang.  Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa
benarkan pungut derma dll.  Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian.  Satu usaha yang agak ketara ialah
Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...purapura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia(UPM)!!!  Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja
ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City.  Dijampi oleh paderi termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.  KALAU TERMINUM,
cari air kolah dari 3 masjid.  Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x,
dan Selawat.  Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!!

TOLONG FORWARDKAN!!! Demi ISLAM...Demi AGAMA yang
tercinta...InsyaAllah...    HALALKAH REZEKI KITA....???  BIARLAH 10 SEN
HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!! KITA MAKAN......BAGI
ANAK - ANAK KITA MAKAN......NAK SELAMAT DI AKHIRAT ??? KITA KEKAL
SELAMANYA DI SANA!!! RENUNGKANLAH............WASSALAM!!!    [ Kawan
RINGO anda ] & AGEN BEBAS ANDA :  [ JUAL-BELI-SEWA HARTANAH / KONTRAKTOR
/ URUT TRADISIONAL / TAPAK KAKI (REFLEKSOLOGI)


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke