BEZA ANTARA DEMAM SAWAN DAN EPILEPSY (Gila Babi)

Apakah Penyakit Demam Sawan ?

la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada
kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.


Apa itu sawan ?

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan
biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

---------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>


Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?

* Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau
lebih rendah daripada badan.

* Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.

* Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.

* Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau
mengurut badannya.

* Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan
melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam
tempoh 10 minit.

Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh
10 minit selepas memasukkan ubat sawan.



Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?

Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada
kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.



Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?

99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.

---------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?

Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan
(dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak
kekal.



Apakah penyebab demam sawan ?

Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau
jangkitan virus.



Adakah ia berulang ?

Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan
yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi
umur 3 tahun.



Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan

Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang
berlaku.



Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?


Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.

Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik

Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh
untuk menurunkan suhu badan. Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air
batu).

Beri minum air secukupnya.

Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak
anda tidak boleh memakan ubat demam, anda. boleh memberi suppositori
paracetamol setiap 4-6 jam sekali:

: Umur < 1 tahun 5 ml (120 mg)/l sup
: 1 hingga 3 tahun 10ml (240 mg)/2 sup
: umur > 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup


Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit
tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam
sawan.

Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang
lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak
(meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang
mengalami demam dan sawan hendaldah menjalani pemeriksaan doktor

---------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke